Thursday, November 20, 2014

Setiap rumah tangga ada Syaitan power!

Assalamualaikum wbt...
Segala puji hanya bagiMu ya Allah...
Terima kasih untuk sehari lagi diberi peluang bernafas secara percuma.

Dengan skemanya hari ni saya nak kongsi satu isi kuliah di Masjid berdekatan rumah saya yang disampaikan oleh Ustaz Zul Ramli. Kalau sesiapa selalu dengar Usrah Nurani di IKIM, mesti kenal Ustaz ni. Suami gelarkan beliau sbg Ustaz isteri sebab isterinya ni minat sungguh dengan Ustaz Zul ni. Bahasanya sentiasa menyapa lembut dan menyantuni jiwa saya... Selalu nangis dalam kereta bila dengar beliau berbicara di IKIM. Yer yer... saya spesis wanita badang keturunan Neng Yatimah! Nampak jer sasa tapi hati tisu... :p

Berbalik pada modus operandi asal iaitu nak share isi ceramah yang dengan rendah hatinya saya nak berkongsi memandangkan banyak sangat kes-kes rumah tangga yang makin mengarut sekarang ni, contohnya cerita Mah dan suaminya dengan si Janda sebagai pelakon pembantunya. Walaupun pada saya ia tak ubah seperti cerpen rekaan semata yang bermisi untuk di-viralkan. Oh maafkan saya! Tapi prop dan jalan cerita sangatlah drama melayu. Tapi tidak dinafikan, mungkin ada berlaku secara realitinya tapi kalau yer, itu jantanz liberal yang tak layak dipanggil lelaki apatah lagi suami. Apapun, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Minta Allah jagakan rumahtangga kita dan of course kita kena usahakan yang terbaik untuk jaga kerukunan rumah tangga kita, baik sebagai isteri atau suami.

Ah, melalut lagi!
Ok, kembali.

Ok, apa yang saya kongsi ini adalah berdasarkan catatan dan pemahaman saya. Kalau ada salah di pihak saya, maafkan saya dan kalau nak tambah dan kongsi, dialu-alukan ya...


Ustaz Zul Ramli, Kuliah Dhuha, Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak;


Ada satu qabilah syaitan paling handal yang posisinya paling kanan di sebelah Iblis (ketua syaitan) yang bernama DASIM. Tugasnya adalah memporak perondakan / merosakkan rumahtangga anak cucu Adam. 

Sejurus dinikahkan, syaitan Dasim terus bersama pasangan sampai bila-bila. Tugasnya adalah berusaha untuk memutuskan silaturahim, mencerai beraikan ikatan perkahwinan, mengobarkan rasa benci satu sama lain dikalangan suami isteri, sehingga terjadi penceraian.

Dasim tetap ada dalam rumahtangga samaada dia besar sebesar rumah, atau ia sekecil kecil lalat. Rumah yang dihiasi dengan zikir, alunan al-quran dan penghuni rumah menjadikan rumah sebagai tempat ibadah menjadikan Dasim akan makin kecil. Tapi jika rumah hanya didendangkan dengan oppa gangnam style, running man, (cerita2 lara) dan penghuninya tidak solat, maka makin besar Dasim. Bila Dsim makin besar, makin power Dasim utk meruntuhkan rumahtangga.


Tambahan daripada saya dari kuliah-kuliah yang lain;
Sebelum masuk rumah, bagi salam walaupun tiada penghuni di dalamnya pada ketika itu. Jika rumah tidak berpenghuni ketika itu, salamnya: "Assalamu `alaina wa `ala `ibadillahis shalihin"
Dan bila masuk, amalkanlah membaca ayat Qursi.

Tambahan dari saya lagi...
Apa yang dapat dilihat hari ini, masalah rumah tangga makin meruncing kerana berapa ramai suami isteri yang tidak solat... membaca Al-Quran jauh sekali. Bila jauh dengan agama Allah, macam mana rumah tangga nak bahagia???

Kepada Mah, laki Mah, laki kawan-kawan Mah, jiran-jiran2 Mah, dan semuanya...
kerukunan rumah tangga BUKAN SEKADAR terletak pada cantiknya sang bini menjaga penampilan diri bercelak bergincu berwangi sambut sang laki, tapi tentang kita laki bini menjaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jagakan hubungan sesama manusia. Dan orang yang kuat iman, insyaAllah Allah pelihara dari perbuatan mungkar. Tapi rumah tangga mana tidak diuji... normal lah tu kan. Lagikan lidah dan gigi tergigit, inikan kita laki bini. Tapi tanganilah setiap ujian rumahtangga dengan bijak dengan kewarasan minda dan Iman.

Pokok pangkalnya; Carilah bahagia dengan mengenal ALLAH.  



CAK! GRRRRRRRRRRRRR~~~ *ini bukan DASIM! hahahaha...


Monday, November 17, 2014

Jika terpaksa Membenci...



Jika terpaksa membenci, jangan ketara.
Sembunyikan bersama sabarmu.
Pendam rasamu, rendam katamu.

Jika terpaksa membenci, benci seadanya.
Jangan dirinya, tapi kelakuannya.
Jangan keterlaluan, jangan berlebihan.

Jika terpaksa membenci, 
jangan sampai dapat dibaca.
Sembunyikan segala di sudut hati.
Namun ingat, jangan beri hatimu padanya.

Jika terpaksa membenci...
Ahhh... alangkah indah jika kalimah itu tiada!

#diinpirasikan dari buku Di Mana DIA di Hatiku


Friday, November 14, 2014

110 atau 10 campur 10???




Alhamdulillah bertemu lagi dengan Jumaat.

Sudah baca Surah AL-KAHFI?
Tak mampu baca 110 ayat,
bacalah 10 ayat pertama + 10 ayat terakhir. 
Moga Allah selamatkan kita dari fitnah dajal akhir zaman.

"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum'at." (HR. Al-Hakim) 

Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.” [HR Muslim]



Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.” [HR Muslim]

Dalam membaca laju-laju...
tanpa sengaja, terpandang terjemahan ayat 46. 
Dan saya tahu Allah sedang berbicara dengan saya... 
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. - Al-Kahf:46 - 

 #S.E.N.Y.U.M


Wednesday, November 12, 2014

Rumah kecil di pinggir kota metropolitan.


Rumah kecil di pinggir kota metropolitan.
Rumah kecil berbumbungkan lantai rumah orang.
Rumah kecil yang ringkas yang menjadi syurga dunia utk penghuninya mencari tenang melepas lelah sebelum 'pulang'.

Surah An-Nahl; ayat 80:
"Allah menjadikan utk kamu rumah-rumah kamu sbg tempat yg menyenangkan"

Maka jadikanlah kediaman kita sbg syurga dunia yg paling mendamaikan.
sebagai tempat yang paling menenangkan.
tempat kita bina dan utuhkan cinta dan kasih sayang.
tak perlu dekorasi yang sarat dan melampau...
rumah kita bukan muzium untuk tayang segala mak nenek perhiasan.
cukuplah sekadar sedap dipandang, kemas dan bersih sebagaimana Islam mengajar kita tentang kebersihan.

Di sini saya kongsi tatarias (fuyyooo ayat skema der) rumah kecil saya dengan konsep ringkas dengan pendekatan moden minimalis. takde perabot mewah... tiada hiasan mahal... biasa2 saje.
Semoga ada manfaat dan bagi idea untuk kesayangan2 gojes saya di sini.








tengah menabung nak buat kitchen cabinet baru.
yang sedia ada dah nak tercabut pintu. hehee... ;)


Ada rumah yg besar tapi terasa sempit.
Ada rumah kecil tapi terasa luas dan lapang.
Bersyukurlah jika rumah itu 'diluaskan' dan 'dilapangkan' dgn AL-QURAN.

Bento ke kantor; Left over perlu hangat ker tidak?

Assalamualaikum kesayangan...
Mulakan hari indah dgn Dhuha;
bukan sekadar utk menjemput rezeki...
tapi tanda syukur pada Allah yg Maha Memberi Rezeki.


Kisah hari Rabu...

#BentokeKantor #dinnerleftover;

malam tadi sengaja masak dinner lebih untuk bekal hari ni.
Sardin n sayur goreng tu just masuk peti ais,
pagi ni terus masuk bento tanpa dihangatkan, biasa hangatkan dulu.
by lunch, rasanya lauk pauk ni dah dlm keadaan suhu bilik.
Percubaan pertama wak keje cenggini. kalo menjadi, sonang kerja den! :p

Biasa left over korang hangatkan dulu tak?

Nway, extra butter toast sesame bread n kuah bolognese utk isteri. ;)




malam tadi punya dinner.
sesekali dapat cenggini, memang makan nasik tak toleh kiri kanan.