Jika benar kita BERTEGAS DALAM MENUTUP AURAT...
kita pasti akan ambil berat hal TUDUNG;
berjayakah menutup apa yg harus ditutup dgn sepenuhnya;
ia tak cukup sekadar labuh tapi tidak dijaga pandangan sisi juga pandangan belakang.
kita pasti tak akan berkompromi dengan STOKIN.
takde istilah terlupa pakai stokin atau lupa mana dicampak stokin.
tak kisah ke mana pun kita pergi...
ke laut ke pantai... biar basah.
kita juga pasti takkan bertolak ansur dgn STONGAN (baca hand socks).
labuh pun lengan baju, jika masih terselak bila melakukan sesuatu walaupun sekadar bercakap (ni jenis mulut bercakap, tangan pun bergerak), pakailah handsocks...
malas sangat, pakai baju/blouse/jubah yg ketat di pergelangan tangan.
kita juga pasti tak kemaruk nak berfesyen dgn dress getah di pinggang walopon baju tu longgar,
tak kemaruk fesyen blouse di-tuck-in ke dalam skirt kembang.
tujuan kita berbaju longgar adalah untuk menutup susuk badan,
jadi apa tujuan lagi diikat diketat di bahagian pinggang.
kan?!
ramai yang rasa sempurna menutup aurat hanya dgn berstokin walaupun baju ketat bertudung singkat...
ramai yang rasa sempurna menutup aurat hanya kerana berjubah dan bertudung labuh walaupun tak pakai stokin, lengan baju tersingkap.
ini bukan mengkritik...
jauh lagi menunding jari...
ini peringatan bersama...
ada mungkin kita terlepas pandang...
ada mungkin kita mengharap ada yg sudi mengingatkan.
sama2 kita perbaiki...
jika benar kita bertegas hidup berTUHAN.
moga Allah istiqamahkan kita wanita2 akhir zaman menjadi wanita cantik di sisi TUHAN...
berfesyen sekadar Syariat membenarkannya...