aku mula berkenalan dengan Nuffnang pada 18.02.2009.iaitu diawal penglibatan aku dengan dunia goblog blog.
sumpah, tak pernah termimpi nak ada blog sendiri...
tapi terjebak tanpa dipaksa...
dari situ timbul suka...
dari suka jadi hobi untuk buang masa...
tapi aku berblog bukan kerana nama...
juga bukan mengejar uwang semata...
tapi kalau ada peluang depan mata, takkan nak kata TAK NAK juga! ;)
pendapatan pertama adalah RM 106.66 pada September 2009 iaitu selepas hampir 7 bulan berblog. masa tu dah terkinja kinja la nak ekspresikan kegembiraannya tu... masa tu aku lupa aku beli apa ngan duit tu! yang nyata, confirm lebur kat shopping mall! :)
lepas tu, bila cukup RM50, malas nak cashkan... sebab proses penghantaran cek tu ambil masa. pastu kalau dapat cek, aku malas nak gi bank. ya kenyataan, aku tak suka sebarang urusan bank melainkan cucuk duit kat ATM! hehehhee... jadi biar dia berkepuk dalam akaun kasik beranak dengan suburnya... akhirnya tunaian kedua dilakukan pada Julai 2010 sebanyak RM 260.50. kali ni aku nak berbelanja secara berhemah. nak beli something yang boleh dikenang kenang dan berguna sbg seorang blogger. apakah?! aku beli kerbau merah atau nama scientificnya adalah buffalo external hard drive berwarna merah bersaiz 500 GB dengan harga RM 200. baki tu pepandaila menabung kat JUSCO... ;p
KERBAU MERAH kesayangan saya hasil dari berblog...
selepas 2 bulan iaitu pasa bulan September 2010, aku cashkan lagi RM 64. sebab menurut seorang kawan, earning akan lebih pantas bila kerap cashkan pendapatan. oh, ini tak taula fakta atau auta. ikut ajerla...
tapi suratan atau kebetulan, memang pendapatan aku kencang sikit lepas tu. aku berjaya cash kan dua lagi pendapatan pada November 2010 (RM 67) & December 2010 (RM 50).
mungkin pendapatan ini tidak seberapa bagi blogger2 hebat... tapi untuk blogger cap kaki yang baru bertapak cam aku ni, aku dah suka gilerrrrrrrrrrrrr dah~ RM 550 tu aku rasa cam 5000 hengget ko! rasa cam nak lompat bintang 88 kali! seb baik, kondisi dan kandungan lemak dalam badan tak mengizinkan...
tapi sekarang, pendapatan aku agak slow...
adakah encik Nuffnang sudah tidak menyayangi saya?