last week, aku hadiahkan kuali berada lagi satu untuk diri sendiri... sebagai pembakar semangat untuk lebih rajin memasak katenya... blueekkkkkkkkkk...
kuali baru ku ini kuberikan nama MEK WOK. MEK WOK adalah sangat seksi berbanding kuali2 yang lain kerana ia berwarna merah berahi... i like!!! MEK WOK berasal dari Syarikat Menang... dah lama aku usha MEK WOK ni dari kejauhan... nak beli, tak mampu lagi... RM 176 untuk sebuah kuali, ku kira agak mahal di situ... lainla kalau dengan MEK WOK ni aku menggoreng sayur tanpa perlukan sebarang perencah pon sedap... tak jugak kan... so, simpan jer niat tunggu kaya sikit. minggu lepas, Syarikat Menang bagi diskaun 40% (promosi hanya untuk 3 hari sajer). so tekan2 kalkulator = RM100+- jer... Along... NAKKKKKKKKK!!! (kwn aku chekgi along adalah dealer barangan Syarikat Menang).
akhirnya aku berjaya memiliki MEK WOK dengan uwang sendiri tanpa perlu menggoda achik untuk bayarkan... bangga2... seee, betapa serasinya aku dan MEK WOK, sesama pencinta merah...
kerana tak nak MEK WOK kesunyian tanpa pasangan seperti betapa sunyi nya ina tanpa achik... aku belikan PAK DIP sebagai pasangan chenta hati MEK WOK. juga kaler merah... baru serasi bersama. :)
k, semalam aku telah merasmikan MEK WOK dan PAK DIP dengan menggoreng mr crab. berjoget joget mr crab kegirangan dalam perut MEK WOK. best katanya... dan yang bestnya lagi, tak der la jiran sebelah tahu aku sedang bergoreng sebab tiada lagi sound effect ketung ketang seperti biasa... sunyi jer kali ni...
#nasib ko minggu ni chik, aku ngah semangat kentang nak gunakan mek wok ni... maknanya tetiap hari ko makan lauk berunsurkan goreng hoke... hehhehehe...