Friday, October 31, 2014

Lunch Box murah yang kunun macho untuk si suami.




Assalamualaikum wbt.
"Yaumul Jum'ah Sayyidul Ayyam"
Hari jumaat itu adalah penghulu segala hari.
Semoga Jumaat ini menjadikan kita hamba Allah yg byk berselawat ke atas junjungan Nabi saw.

Alhamdulillah, apa yg terhidang utk dimakan ini rezeki dari Ilahi. 
Dengan sedikit usaha lawan kemalasan dlm diri. 
Sesungguhnya kitalah raja dan pemerintah dlm kerajaan diri.
Kita takkan mampu mengubah orang sekeliling kita jika kita tidak bermula dgn perubahan diri sendiri.

Hari ni extra rajin dari biasa. 
Buat bread pizza, butter rice duet bbq drummet. 
Extra ‪#‎overnightoats‬ utk si isteri.

Nway, suami semakin bersemangat berbento. 
Semalam gi Mr. DIY, dia pilih lunch box sendiri, demand tak nak putih clear mcm isteri. 
Nak kaler2... Suka sangat jumpa tipuware tulis LUNCH BOX. 
Siap beli thumbler baru satu set warna biru jugak. 
Isteri suka tipuware putih tembus pandang sebab cantik nk ambik gambar. 
Kang dah tak putih berseri lagi gambar isteri! :p

Sebenarnya isteri memang berkira-kira nak belikan bento / lunch box yang lebih macho untuk suami.
Baru mengusha di laman sesawang... tapi yang jumpanya mahal sungguh.
RM35 seketul tu kira mahal untuk orang kedekut macam saya.
Jumpa yang murah tak sampai 10 hengget di Mr. DIY tu kira bonus. ;)
Ingat nak beli 2 3 tapi seb baik jadi buat penenangnya. 
Eh dah lebih kurang regenya... tapi ini dapat banyak! :)

Beg bento baru isteri. 
lebih besar dari biasa... lebih banyak muatannya.
jangan isteri makin besar dan lebar sudahlah ye. ;)



Hadis; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”


Wednesday, October 29, 2014

Bekal ke kantor; chicken wrap & overnight oats




Assalamualaikum dan selamat hari rabu...

Ini bekal ke kantor kami laki bini hari ni;
Chicken wrap atau bahasa melayu kebab lah senang.
Tapi dlm kisah kami laki bini, sang isteri sentiasa lebih.
So saya ada extra bekal banding suami iaitu overnight oats utk breakfast. :)

PAK MENTERI bawa bekal apa hari ni?
Share la... bleh tiru menu pak menteri nanti.
Nanti jgn lupa hashtag #bekalkekantor ya.
Love u lah!!!

Resepi #chickenwrap sempoi lenggam:
- ayam potong kecik2, mlm sebelum tidur perap dgn sos bbq, paprika, black pepper crush n mix herbs. pagi, just grill kejap jer dh msk.
- panaskan whole wheat tortilla wrap (saya pakai brand mission dibeli di giant) atas pan kejap (kejap sgt, lama takut ia kejung n susah nk gulung nanti), then letak mayo n cili sos sikit, salad, zucchini n ayam then gulung. siap!

#Overnightoats tu saya ngelat jauh dr resepi asal.
Overnight kan dlm esbok pakai fresh milik n yogurt yg berperisa, madu n garam sikit. lebih sedap dari pakai plain yogurt. pagi saya tambah fresh milk n sebiji oren. takde dah nak bubuh dalam jar segala, tak praktikal sebab susah nk makan! lg pon jar susah nak basuh. hidup mesti praktikal! :))


***************************
Updated
***************************

Ni ha... Anonymous tinggal komen kunun macam pedas tapi saya tak rasa apa pun...
Lagipun wak apa nk sentap dgn org tak bernama.
Lagipun jugak kempen JOM BAWA BEKAL ni mmg antara yg paling kelakar kot...
tak payahlah nk jadi kaki kipas kerajaan sgt sampai idea tak bijak ni pun ko nak angkat ibu jari.
bagi idea bijak sikit confirm saya sokong punye! :)








Friday, October 17, 2014

Support kempen #JomBawaBekal






Bekalan ke kantor suami isteri.

Sbg rakyat yg taat, patuh dan bersyukur... 
saya ikut saranan pak menteri utk bawak bekal ke kantor sbg langkah penjimatan.

apa deme ingat bawak bekal takyah beli beras? 

Segala mak nenek binatang dan tumbuhan tetiba wujud dlm esbok tanpa perlu ke pasar?!
takde idea bijak sikit ker?!

Support kempen #jombawabekal bukan sebab berjimat tapi tak lalu dah nak makan kat maple dan malas nak turun n menapak time lunch :p




Wednesday, October 15, 2014

Overnight Oats. Sedap ker?!








Terjebak jugak akhirnya lepas terliur tengok ramai rakan IG upload gambar #overnightoats.
jangan mintak resipi sebab mocik punya resipi versi suka suki hati wa sendiri. ;)
orang suruh letak chia seed, mocik tak letak sebab x jmp kat Giant semalam.
orang suruh guna greek yogurt, mocik guna plain yogurt biasa.
alah... belasah jerla... ko yang masak, ko yg nk makan kan.... hahhahaaa...
mocik tempek resepi kat blog Aku Bukan Chef.


Sedap tak?!
hmmmmm... makanan sihat mana ada yg sedap hingga menjilat sudu kan...
still kalah la kalo nak compare ngan roti canai / nasik lemak / segala mak nenek kuih melayu tu...
tapi boleh la... lagi sedap dr mkn oat biasa tu.
try la... sedap la jugak sebenarnya.
yang mocik suko... penyediaanya. macam main masak-masak! :)


Korang boleh refer mat saleh punya resipi.
diorang lagi variasi... telan air liur nengok! :)


Sape dah cuba sila lapor diri. perisa apa atau oat campur buah apa yang paling sedap?
meh ler sharing is sexy ops sharing is caring. ;)



Tuesday, October 14, 2014

Doa bila ditimpa musibah

Tidaklah setiap musibah bererti kemurkaan daripada Allah.
Seperti mana nikmat itu juga adalah ujian dari Allah.
Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, 
dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, 
untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, 
siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.


Bila ditimpa musibah, bacalah;
"Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Raji'un, Allahumma ajirni fi mushibati wakhluf li khairan minha" 
[Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada-Nyalah kita akan dikembalikan. Ya Allah berilah pahala atas musibah ini dan tukarkanlah dengan yang lebih baik daripadanya]


Hadith Rasulullah SAW telah menjelaskan yang bermaksud: Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah lalu membaca ayat yang diperintahkan Allah SWT "Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Raji'un, Allahumma ajirni fi mushibati wakhluf li khairan minha" (Sesungguhnya Kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya, ya Allah berilah pahala atas musibah ini dan tukarkanlah dengan yang lebih baik daripadanya) melainkan Allah SWT memberikan pahala dan menukarkan dengan yang lebih baik baginya." (HR. Muslim)

# Semoga kami tergolong dalam orang2 yg syukur dan sabar. ameen.




Friday, October 10, 2014

7th Wedding Anniversary; Avani Sepang Goldcoast Part 1 (Harga Bilik Penginapan)



Assalamualaikum...
Lama dah tak wak entry jenjalan kan... 
ingat lagi zaman kegemilangan blog kakikusukaberjalan (eh, pernah gemilang ker?! muahaha), kalau wak entry jenjalan sampai ber- part - part. Ala2 entry berantai gitu. 


Sebab nama pun blog kakikusukaberjalan, kita raikanlah sekali sekala... walopon puan blog tak lagi sekencang dulu bab berjalan ni sebab asal cuti jer, jiwa tu rasa nak balik kampung jer. rasa bahagia dikelilingi insan2 tercinta. ciri2 penuaan gamaknya yer... ;)


Ni nak story-mory cerita honeymoon meraikan ulang tahun perkahwinan Ina-Achik di darjah 7 bulan 5 hari tu. giler bapak berkepam peram cerita kan. takpe lah kan... korang anggap jer baru semalam mocik laki bini pergi berbulan madu ni. hehee...

Ok, berbalik pada cerita cuti2 fantasia bulan madu ni, plan asalnya kami nak pergi Pangkor Laut Resort. mmg kami laki bini pencinta laut... mmg kira jadilah ni nak ke sana... tapi kunun nak tempah masa Matta Fair bulan 3 kat PWTC tu kot2 diorang bukak booth ker apa kan. sekali diorang takde bukak booth pun masa Matta Fair tu. jaga standard ler tuh! :p

Dalam masa yang sama, masa tawaf matta fair tu, usha2 la jugak hotel2 lain... macam terjatuh hati dgn AVANI Sepang Goldcoast. dah tu boleh plak termakan hasutan penjaga booth (apa erk nak panggil) yg kata dia ni dah 15 thn berpengalaman dlm bidang perhotelan. 1st hotel yg menambat hati dia Impiana Phuket, 2nd is Avani. Masa sebut Impiana Phuket tu, terus ckp... "eh kawan saya baru jer pergi." Makcik! ko tgk, aku tak dapat pergi... kawan pergi pun aku tumpang teruja overdose tau! hahahhaaa...

Ok, skrg antara 2; Pangkor Laut atau Avani.
Terus call Pangkor Laut masa tu jugak tapi sayangnya makhluk front desk masa tu kerek nak arwah. ok cancel terus! kita gi Avani jer bang!


Terus tempah dan bayar masa tu jugak! setel!
then mulalah start counting days. 

On that day...
Ahad, 27. April. 2014... Yuhhhuuuu! (sengaja awalkan sikit dari date Anniversary yg patutnya 1.Mei sebab nak murah punya pasal. hahahhaa... weekend n public holiday kan rate dia kan mahal sikit.)

Gombak ke Sepang bunyi idoklah jauh mana... sebab cerita basi, tak ingat lah bertolak pukul berapa... perjalanan berapa lama. uish, makin teruk penyakit lupa mocik ni.

Yang ingatnya kami sampai awal la jugak... Check-in kan pukul 3 ptg. so merayap rayaplah kat Pantai Bagan Lalang tu. oh kalau tak tak tahu, Avani ni dekat sangat lah ngan restoran2 seafood Bagan Lalang tu. 





Pantai Bagan Lalang. panas kedering masa ni.


Then kami terus ke Avani. kot2 lah tetiba boleh cuba nasib dapat check-in awal kan... 
nan-hado! :p



Ok meh sini nak story pasal Avani sikit sebanyak yang mana ingat...
Kereta tak boleh parking dalam, kena parking kat luar2 tu ataupun tempat parking khas diorang. Tapi jangan risau, diorang ada sediakan shuttle van utk bawak korang ulang alik ke parking. takyah tunggu lama pun... ckp jer nak gi ke tempat parking, berdesup van bawak ke sana. alah, kalo jenis tak sayang lemak, boleh menapak jer sebenarnya. 

Sampai2 jer, korang dihidangkan dgn welcome drink n wet towel. jgn buat jakun mcm mocik, air zapple jer pon deme hidang tp mocik punya cuak tu mcm hape jer. hahahhaaa...

Pada asalnya, Encik yg jaga booth tu cadang kami ambik trunk no 9; biliknya berada di tengah laut sikit di salah satu 'dahan' palm tree dan  kununnya dpt best view. lps tu mocik ni ckplah ngan receptionist nak blk kat trunk no 9. sekali dia ckp bilik tu tak ready lagi... kalau nak, kena tunggu. sanggup ni nak tunggu!
sekali receptionist tu tanya knape nak no 9, mocik ngan bendul ni ckplah masa kat matta fair tu dorang suggest truck no 9 ni best bla2... skali girl tu tunjuklah blk tu, verandahnya hadap bilik orang. cit!!! so, dia suggest ambik kat bahagian 'batang' palm tree, tingkat atas (2 tingkat jer pon) yg mana bilik tu balkoninya hadap laut, takyah face bilik org lain... petang boleh tgk sunset. ok set! :)





utk bilik jenis ni, toilet dia takde bath tub ok.
boleh mandi berdiri sambil tenung laut jer. ;)



So inilah bilik kami; Superior Room / Premier Traveller Palm Villa, Bilik No 301.
Walaupun kat 'batang' palm tree, which is ianya adalah laluan utama dari lobby ke restoran dan ke bilik2 yg berada di 'dahan2' palm tree sana, idoklah bising dan mengganggu pun.

Harga? Ok, ditekankan sekali lagi, kami beli pakej penginapan ni kat Matta Fair.
utk Superior Room ni, RM 550++ for 2d1n dan RM950++ for 3d2n (include breakfast).
Ada juga pakej utk full board (ada lunch + dinner) tapi masa kat Matta Fair tu, ada kakak yg pernah duk Avani dan nak repeat lagi utk celebrate birthday anak dia (untung ko nak... birthday mak bawak bercuti Avani...) ckp, "u rugi tau ambik full board sebab sana seafood best n murah! baik u jalan kaki gi makan kat luar. puas hati". bunyi kata seafood murah n best, memang teruja la mocik!

Kami ambik 3D2N sebab taknak jadi macam masa bercuti kat Avillion Water Chalet, yg mana ambik 2D1N jer... tak puas ok! rasa macam baru jer check in petang ni, esok pukul 12 dah nak kena check out! sungguh tak puas! so, kita ambik 3D2N.


Lepas check-in, kita rehat2 kat bilik jer. tunggu petang nak dinner seafood. :)
Lepas mintak bantuan pakcik gugel, kami pilih utk cuba nasib selera anak tekak di Restoran Bayu Malam Bagan Lalang atau dikenali juga sbg Restoran Wak Lan. walk distance jer sebenarnya ngan Avani ni tapi gedix nak jugak naik kereta. 





Oh, mari sini mahu bilang sama kamu... Wak Lan sangat2 tak menghampakan! semua menu serasi ngan anak tekak dan nafsu mkn specially lala goreng cili tu. pedas berapi berpeluh tarik air hidung sok sek - sok sek tp mmg umph! kata hanimung kan... boleh la main lap2 peluh kepedasan. baru lomentik! :p
harga pun affordable la. masa ni lupa la berapa harganya...



Lepas makan layan sunset kat Pantai Bagan Lalang sambil fotogedix laki bini. ;)




 Malam lepak verandah... ditiup bayu malam... tenang! 
Ngomong-ngomong sama kamu... ah, macam semalam baru bercinta! :p

entry ini insyaAllah akan bersambung...



notakakicikkaki: skrg bercuti dah malas nak usung dslr. semua gambar dari henpon yg bukan cap epal digigit pun. :p


**********************

sebab gambar2 saya tak semenggah, saya tempek gambar2 lain belas ehsan pakcik google yg saya rasa mmg betul2 menggambarkan situasi sebenar. kadang2, gambar kat website kemain gah, bila tgk, hampegas. :p


nama penuh hotel: Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa



Lobby nya...



 dia punya tilam n bantal tu punyalah empuk nya... ;)

Bilik saya duduk tu cengginilah; Premier Traveller Palm Villa


Bilik 301 tu kat batang pal tree mcm ni la.. yg tingkat atas. naik tangga x sempat berpeluh pown.
tapi bilik 301 tu taklah dekat sangat ngan lobby. just nice lah...


** saya jumpa blog yg offer bilik murah dari publish rate. terjah lah... kot2 rezeki kan dpr murah lg dari mocik dpt ni. mocik mmg suggest sgt avani ni sebab mmg super best! :)
http://goldenpalmtreediscounts.blogspot.com/

dan boleh jugak contact no ni kot. KOT yer... : 012 2208140


Thursday, October 9, 2014

Fesyen skirt kembang - blouse longgar di tuck-in dan bertali pinggang


Cabaran menutup aurat memang besar...

Ada jer 'tanduk' menghasut;
"siapa kata menutup aurat dgn sempurna tak boleh bergaya?"

Maka timbullah fenomena hijabista berstokin berstongan bergaya dgn skirt kembang ber-blouse longgar tapi sengaja di tuck-in atau dipadankan dengan tali pinggang.
lebih santai dan bergaya katanya...
Tapi jangan terlepas pandang; kan dah nampak bentuk pinggangnya...
Sayang pulak kat skirt kembang dan baju longgar yang ok sangat dah pada asalnya.

Biar saja blouse longgar tu gelobos dan bebas...
biar selekeh asal tidak diperlekeh dan diperkotak katik oleh nafsu berhias yg sentiasa membisikkan hasutan hinga kita sejarak demi sejarak menjadi mangsa fesyen hingga lupa apa yang disyariatkan.

Menutup aurat dengan sempurna tak payah...
cuma kita tak kuat!
Berusaha dan bertegaslah!!!

#selfreminder



Begini sudah cantik apa... 
cuma mungkin boleh di-improve tudungnya agar lebih selamat pada pandangan sisi.
*pic belas ehsan pakcik gugel*


Wednesday, October 8, 2014

Solat Sunat Gerhana Bulan (08.Oktober.2014)





Hari ini, RABU, 08.10.2014 dijangka berlakunya GERHANA BULAN. Kita dianjurkan untuk
~ Buat SOLAT SUNAT GERHANA BULAN. Dibuat dalam lingkungan 7:30 - 8:30 mlm.
~ Waktu mustajab doa.


>>Seruan melakukan sholat gerhana:
Hadits riwayat Mughirah bin Syu`bah ra., ia berkata:
Pada masa Rasulullah saw. pernah terjadi gerhana matahari pada hari kematian Ibrahim. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak gerhana disebabkan kematian atau kelahiran seseorang. Oleh sebab itu, apabila kalian melihatnya, maka berdoalah kepada Allah dan tunaikan sholat hingga matahari nampak kembali. (Shahih Muslim No.1522)


>>Seruan melakukan sholat gerhana secara berjemah:
Hadits riwayat Abdullah bin Amru bin Ash ra., ia berkata: Tatkala gerhana matahari terjadi di masa Rasulullah saw. (manusia) diseru dengan seruan: "as-shalaatu jaami`atan" (marilah sholat berjamaah). Rasulullah saw. melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat. Kemudian berdiri dan melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat (yang terakhir). Kemudian matahari nampak kembali. (Shahih Muslim No.1515)


>> Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Gerhana

Rakaat pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Gerhana - "Sahaja aku sembahyang sunat gerhana bulan, 2 rakaat kerana Allah Taala"
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Membaca Surah al-Fatihah
9)      Membaca Surah al-Qur’an
10)    Rukuk
11)    Iktidal
12)    Sujud
13)    Duduk antara dua sujud
14)    Sujud kali kedua
15)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Membaca surah al-Fatihah
2)      Membaca Surah al-Qur’an
3)      Rukuk
4)      Iktidal
5)      Membaca Surah al-Fatihah
6)      Membaca Surah al-Qur’an
7)      Rukuk
8)      Iktidal
9)      Sujud
10)    Duduk antara dua sujud
11)    Sujud kali kedua
12)    Duduk untuk tahiyyat akhir
13)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri.            
Setelah selesai mengerjakan solat Gerhana, sunnah dilaksanakan khutbah yang ringkas.