Tuesday, September 30, 2014

Tempahan Super Wide Shawl InaAchik dibuka sekarang.





Assalamualaikum...

jika berminat dgn ‪#‎superwideshawl‬, saya ambik order dulu, tapi siap dalam 2 minggu +-.
dah siap baru saya msg blk untuk dapatkan bayaran.

utk confirmkan order, boleh whats app di +60193357284 / inbox FB Page Blog Kakikusukaberjalan / email saya di azlinahasan@gmail.com saya dan bagi butiran tersebut:
WARNA PILIHAN: (dah inbox nanti saya pm kan pilihan warna2 yg bermacam-macam ada)
NAMA:
ALAMAT:
NO PHONE:

harga:
1 PCS = RM 33
2 PCS = RM 63

(tak termasuk postage)


*tempahan dibukan sampai 10.Oct.2014

Monday, September 29, 2014

Tutorial Super Wide Shawl Labuh Depan Belakang gaya InaAchik



Inilah gaya shawl kecintaan saya. Labuh depan, extra labuh belakang. 
Paling mesra solat, paling selesa, paling menggembirakan!

Biarlah orang kata macam kelambu dari belakang, ia tetap gaya yg paling jadi pilihan.


Shawl beli mana?
saya custom made sebab shawl di pasaran tak cukup lebar untuk saya. makanya saya adalah jenis syok sendiri suka giler ngan #superwidechiffonshawl keluaran sendiri; @InachicbyInaAchikSenang bentuk n flowy. :)


RM33 jer selai, RM60 untuk 2 lai (tak termasuk pos). see... sempat lagi promote kekdahnya. 
dasar sungguh! :p
Dah banyak terjual dan sekarang buat bila ada tempahan jer. tu pun kumpul2 tempahan baru buat sebab busy ngan kerja sekarang. Kalau sesiapa berminat, boleh email azlinahasan@gmail.com. Boleh buat tempahan kalau anda mampu bertabah dan bukan nak cepat. 

Untuk penggunaan tanpa was-was, saya memang sentiasa pakai inner neck yg x labuh sangat utk warna yang gelap. Kalau warna yang light sikit, saya pakai syria awning lembik kat dlm sbg inner. 



Dah ramai mintak tutorial cara pakai shawl ni. 

Sebab saya adalah malu nak buat video sendiri, saya saya share youtube org lain punya tutorial.





Cara pakai sama sahaja, BEZAnya:
di bahagian yang pendek tu, saya panjangkan sedikit lebih kurang 2 jengkal dan tolakkan ke atas bahu kiri dan tolak lebihannya ke belakang.



kemudian yang panjang lilit macam dalam video tu.

Bila nak keluar, saya standby 1 keronsang lebih. 
bila nak solat, pinkan sahaja tudung di balakang supaya tak terbang bila solat. :)



SELAMAT MENCUBA dan terus berusaha menjaga aurat sebagaimana ia diperintahkan pada kita...

"LET VEIL OUR AURAH FOR BRIGHT AKHIRAH"

Wednesday, September 24, 2014

Ibadah Qurban pada kita... pada mereka... pada DIA.

Assalamualaikum...
Perginya Ramadhan diganti dengan satu lagi peluang untuk kita menambah amal ibadah iaitu pada bulan Zulhijjah iaitu pada 10 Zulhijjah kita menyambut Hari Raya Qurban.

Tinggal beberapa hari lagi nak Raya Qurban kan...

Apa makna raya Qurban pada kalian?
"Raya qurban tak best macam raya puasa... tak meriah! Hanya lepak rumah dengan keluarga sambil makan2 daging sampai panas."


Tak qurban ker?
"Oh tak... sebab tahun lepas dah qurban."
Adik-adik... kakak-kakak... abang-abang... makcik-makcik... pakcik-pakcik...
Qurban itu hukumnya bukan sekali seumur hidup, jangan tertukar dengan AKIKAH! ;)
Ahli sunnah sentiasa tidak melepaskan peluang ber-qurban. Qurban adalah untuk memposisikan diri kita di sisi Allah untuk jadi hamba yang lebih bertaqwa.


Tak kah kita rasa bersalah... sepanjang tahun ini kita mampu berbelanja beli handbag berjenama... berebut beli gelang rantai bila dengar harga emas turun... berjalan sini sana... makan sedap itu ini... beli perhiasan rumah segala... upgrade kereta kepada yang lebih selesa...
tapi bila part Qurban, kita kata: "oh, saya tak mampu nak qurban tahun ni..."

Hakikatnya... Allah bukan minta duit kita pun... tapi melihat sejauh mana kita mampu menguruskan rezeki yang Allah bagi untuk berbelanja di jalan Allah bagi meraih redhaNYA. Membantu kita mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan Allah s.w.t.


Jika hatimu terjentik... ayuh... masih sempat lagi kalau nak berqurban tahun ni... Mungkin kat masjid-masjid berdekatan dah tutup penyertaannya, tapi eQurban masih buka peluang kepada sesiapa yang nak berqurban membuat tempahan sampai 30/9/2014 jam 12.00 tengah malam.

Harga bermula serendah RM 280 untuk 1 bahagian lembu Qurban di Kemboja. Alah, apa sangat RM 280 kan berbanding dengan bermacam nikmat yang Allah bagi pada kita. Biarlah surut atau kering duit simpanan tu, hakikatnya kita akan kaya nanti...
Di samping itu juga, secara tidak langsung kita dapat membantu saudara-saudara Islam kita di Kemboja.




Di Kemboja mendapat sebahagian daging qurban seperti mendapat emas yang sangat berharga nilainya. Mereka yang miskin hanya makan daging setahun sekali itu pun kalau dapat bahagian daripada korban dilakukan di kampung mereka.

Pelaksanaan ibadah qurban 2013 di kemboja – equrban.com


Kalau nak Qurban dan Akikah di Mekah pun boleh. RM 400 untuk seekor kambing.

Nak bagi up lagi semangat korang, saya listkan senarai harga bagi perlaksanaan ibadah qurban, aqiqah & nazar 2014 yang diuruskan oleh eQurban:


  • Korban lembu kemboja:
1 bahagian lembu RM280.
1 ekor lembu RM1960.
1 ekor kambing RM550.
  • Korban, aqiqah, dam & nazar di MEKAH. (Diurus oleh penanggungjawab di Mekah):
1 ekor kambing RM400.


Untuk tempahan sila klik http://equrban.com/tempahan/. Tarikh akhir membuat pesanan adalah pada 30/9/2014.


Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: 
"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."    (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)


Thursday, September 11, 2014

Manusia Pendera...

Kita hakikatnya MANUSIA PENDERA...
Pendera diri sendiri!
Menentang fitrah azali yg putih suci.
Hakikatnya kita sedang didera spiritual oleh diri sendiri.
Jika didera fizikal nampak lukanya...
Jika didera derita spritual,
rasa bersalah... rasa tertekan... rasa berdosa...
Kitalah pendera yang didera dgn DOSA... 

Carilah jalan pulang wahai PENDOSA..


Aug.14. Pulau Melaka, Kelantan.


Wednesday, September 10, 2014

Dekorasi InaAchik Baiti Jannati; Sideboard / Console Table

Assalamualaikum... 
bertemu kita dalam rancangan deko2 suka2 hati! ;)

Untuk dining area pada asalnya saya ingat nak letak cermin penuh satu dinding. tapi bila pikir 7 8 blas kali... saya rasa mcm tak praktikal la pulak. kalo letak sideboard atau console table, lagi berseri... 
bleh letak table lamp... pasu bunga... ;)

Lepas tu di lema antara sideboard ngan console table pulak...
tapi sebab rumah saya kecik... saya rasa sidebord lebih praktikal. kenapa?! sebab banyak laci... boleh dijadikan sbg tempat penyimpanan segala mak nenek perkakas dan harta karun. ;) 
saya tak suka perabot yg untuk hiasan semata tanpa memberi fungsi2 yang menguntungkan seisi rumah.
lagipon console table mahal mcm hape jer... kecik nonet jer pon dah beriban!
**ko nak cantik... nak murah mmg x dapatlah cik puan kaki oi! :p


dining area masa mula2 pindah... masa ni puan dan tuan rumah masih di lema antara nk tampal cermin seluruh dinding atau nak letak sideboard/console table.


Finally pilih sideboard.

sideboard pilihan. simple present tense.
kenalah ngan konsep minimalis (kot).




Ok2... saya dah tahu soalan bocornya...
BELI KAT MANA? BERAPA?
ok, anda jimat tenaga taip soalan ni sebab saya dgn baik hatinya (hehehee) berkongsi info:


tapi saya tak puas hati... saya rasa masa saya beli dulu ( setahun setengah lalu) tu lagi mahal kot dari ni. rasanya dlm 599 ker 699 ker ntah... ah, abaikan!