Friday, April 18, 2014

Dapatkan Bulatan Gembira (Usrah) anda dgn JUS. Semua orang mesti punya satu! Bagaimana? Kini ada solusinya.



Assalamualaikum sahabat2 dan kesayangan2 hamba...


Pada akhir tahun 2011, saya terkesan dgn satu video tentang 'Bulatan Gembira' di blog Angel Pakai Gucci. krn video itu, saya berazam untuk mencari BULATAN GEMBIRA... untuk saya yg masih baru dlm fasa penghijrahan ketika itu, saya rasa BULATAN GEMBIRA mampu memimpin perjalanan yg masih bertatih ini dalam menuju Jannah... oh, tiap kali berkata hal ini, sumpah air mata sangat murah... sesungguhnya, di kala itu saya merasa sangat sendirian tanpa ada murobbiah yang memberi suntikan semangat setiap kali saya kalah dengan hasutan nafsu dunia... 

Dalam mencari...
Tetiba ada kawan inchik suami tanya nak join dia usrah tak? oh, ibarat manusia kebulur di padang pasir yang diberi set NANDOS yang sungguh yummyyyy~~~ pantas kata NAK NAK NAKKK!!! See, bila kamu berkehendakkan sesuatu yang baik, Allah akan permudahkan urusanmu... tinggal MAHU @ TIDAK MAHU... yer, aku mahu!!!

Teringat lagi malam bersejarah itu...
buat pertama kalinya aku berada di dalam BULATAN yang sumpah osem itu, air mataku cam waterfall... laju dan mencurah curah. tidak terbayang suatu hari aku diberi peluang oleh Allah untuk berada dalam bulatan seperti itu... bukan kerana terpaksa... tapi aku mencari kelompok2 itu... sukar digambar dengan kata2... sumpah emosi yang amat. malu bila kenangkan memperkenalkan diri dengan tangis esak dan hingus meleleh...

Dalam BULATAN itu...
ada USTAZAH sebagai ketua... tuturnya lembut... bicaranya manis... aduh, sejuk hatiku... 
ada datin yang baik yang bermurah hati jadikan butiknya sbg tempat perjumpaan... 
juga ada politician... ada doktor... ada cikgu... ada mahasiswa... ada jurutera... ada ibu muda...
berbeza latar belakang dengan satu tujuan... 
mencari ilmu dan berukhwah demi mencari redha Allah...

kini sudah hampir 3 tahun aku dalam bulatan gembira itu...
betapa aku rasa kasih dan sayang serta nikmat berukhwah kerana Allah.
betapa aku rasa bulatan itu mengajar aku hidup dalam tarbiyah.
betapa aku rasa bulatan itu beri kekuatan utk aku yg jahil ini utk istiqamah dlm sebuah hijrah.
betapa aku rasa bulatan itu penyokong dalam kembara menuju JANNAH...

dan hari ini...
aku mahu kamu2 kesayanganku rasa apa yg aku rasa...
rasa bagaimana berukhwah kerana Allah...
rasa bagaimana hidup dengan tarbiyah.
biar kamu tak rasa kamu kembara sendirian di gurun tandus yg penuh cabaran dan dugaan serta fitnah di akhir zaman.
biar kamu rasa nikmatnya mengejar mahar sebuah Syurga.




------------------------------------------------


Ayuh... klik JUS - Jom Usrah dan dapatkan BULATAN GEMBIRA ANDA.







"KEEP CALM AND JOM USRAH!"


Adakah anda atau rakan-rakan anda berminat sertai usrah?

Mudah sahaja:

Hubungi JUS! Call centre di:

013-3891595 (sms/whatsapp/call)

Atau email kami di:

jomusrah.jus@gmail.com

Info yang diperlukan:

1) Nama penuh
2) Umur
3) tempat tinggal 
4) tempat kerja atau nama tempat belajar
5) HP number (untuk kami follow up tentang availibilty usrah)
6) email address

*Insya Allah, kami akan cuba cari usrah yang terdekat dengan tempat tinggal anda. 

**Alhamdulillah setakat ini usrah ada di setiap negeri termasuk sabah sarawak dan labuan.



------------------------------------------------





USRAH bukan untuk orang BAIK-BAIK...
USRAH adalah untuk orang yang ingin jadi LEBIH BAIK...



Thursday, April 17, 2014

Hukum Menyebut “Rest In Peace – RIP” Kepada Bukan Islam Meninggal Dunia


Apakah hukum untuk orang Islam menyebut “Rest In Peace – RIP” pada ketika mendengar seorang yang bukan Islam meninggal dunia? Adakah ia bergantung pada niat? Bagaimana jika ucapan itu hanya sebagai penghormatan sesama manusia?

Secara dasarnya Islam membenarkan ucapan yang baik terhadap orang bukan Islam atas dasar kemanusiaan dan penghormatan terhadap hak mereka dalam melaksanakan agama mereka. Ini dapat dikiaskan dengan penghormatan Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.

Dua perkara penting dalam isu memberi ucapan kepada orang bukan Islam. Pertama, niat seseorang dalam memberikan ucapan tersebut. Sekiranya sesuatu ucapan diberikan dengan niat membenarkan kepercayaan sesuatu agama yang jelas bertentangan dengan Islam, maka ia adalah dilarang. Sementara sekiranya ia diucap sekadar penghormatan secara umum, maka ia adalah harus.
 
Keduanya, latarbelakang tradisi istilah yang diucapkan. Sekiranya ia telah menjadi sebahagian dari amalan keagamaan maka ia adalah dilarang.
 
Dalam konteks ucapan Rest in Peace, ia adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. Ia juga biasanya diukir di batu nisan mereka yang telah meninggal dunia di kalangan masyarakat Kristian. Versi penuh ucapan tersebut yang berasal dari bahasa Latin itu ialah ‘May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace.’
 
Ia juga mengandaikan orang bukan Islam tersebut akan mendapat rahmat dari Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin. Sedangkan dari sudut akidah Islam seseorang yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan. Ini berdasarkan ayat al-Quran, Surah al-Taubah:113,“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu ahli neraka.”
 
Oleh yang demikian seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya kepada seorang bukan Islam.
 
Walaubagaimanapun Islam tidak menghalang seseorang Islam mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti “Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda “ atau “ kami mengucapkan kesedihan atas kehilangan si fulan dari keluarga anda”.

Wallahu a'lam.

* artikel asal: 



#Nota kaki Cik Puan Kaki:
untuk mengelak kekeliruan, ucap je takziah atau express simpati atas kehilangan si mati pd keluarga, xyah nak sebut RIP...
 


Wednesday, April 16, 2014

Tips berpakaian ke pantai? tips takde... sharing jer boleh. ;)


Semalam ada yg inbox tanya tips pakaian ke pantai. 
saya takde tips pun sebenarnya tapi saya kalau ke pantai saya suka pakai satu blouse n skirt macam dalam gambar ni. Kira ni dah jadi macam uniform pantai saya la.




Blouse pasar malam yg loose, labuh, agak tebal dari material t-shirt serap peluh. 
Saya pilih baju ni sebab kalau angin sepoi2 tak reti bahasa pun, tak nampak susuk badan. 
Dan of course warna hitam jadi pilihan sebab warna paling selamat walopon sedikit panas. 

Skirt pula jenis kain nyutnyut yg tebal. 

Tiang bendera 2 batang pun tak nampak dan berbayang. 

Stokin tak lupa.

Oh topi gabak serta spek datin juga sbg tambahan. heheeee...

tapi lps hijrah, ada satu kecintaan saya korbankan iaitu aktiviti laut seperti snorkeling skodeng binatang2 laut yg super comel dan berendam like dugong. Sebab? bila basah, nampak susuk badan.

Tapi kecintaan pada pantai dan laut masih tebal tapi cukup santai2… 

cecah kaki manja… kejar2 ombak gedix2 cenggitu jerla. 

#suami... nak bercuti di private island yg ada kite dua jer boley? eh... ade ker?! kalau ada... mampu ker?! :p



Tuesday, April 1, 2014

INACHIC akan buka booth di Rasta TTDI. Datang tau! Dapatkan baju2 muslimah patuh syariah.

Assalamualaikum kesayangan...
dgn malu2 kuceng kite nak ajak LIKE official Instagram utk INACHIC Fashionable in Syariah Way 
di @inachicbyinaachik. 



Dan saya akan buka booth di Glitz Bazaar di Rasta TTDI pada
5 & 6 April 2014
bermula 10am - 7pm.
booth no 13





Jangan lupa datang tau... support kite yg 1st time nak bukak booth ni. 
dahla sangat2 tidak dirancang. alatan semua tak lengkap... koboi jerlah! 
peluang tak datang berkali-kali... grab saje apa peluang yg terhidang depan mata. hehehe...

nanti boleh dapatkan 
jubah, dress, long cardigan, blouse, skirt, bawal bercorak bidang 60, plain chiffon wide shawl  
Insyaallah, saya akan bawakan anda baju2 patuh syariah. 
bak kata: fashionable in Syariah way. amacam?! 

 sebahagian dari stok. banyak lagi stok yang blom sempat nak dikerjakan. 

untuk online shopping, saya akan buka next week, 
lepas setel bukak booth di Rasta TTDI ni.
buat masa skrg, saya tak ambil tempahan, order atau main chop2. hehee...
maklumlah, tak cukup kakitangan. siang hari kerja... 
datang jangan tak datang! 
nanti boleh muah2 laga2 pipi! :)