Thursday, March 27, 2014

Surat cinta buat xxxx...

... Dan inilah surat cinta buat xxxx yang tercinta.
dan dikongsi di sini dgn harapan mungkin menjadi iktibar utk yyyy atau zzzz...




salam xxxx,
kak na harap sgt apa yg kakna tulis ni xxxx ambik disisi yg baik dan bebas dari apa pun prasangka. demi Allah, kakna hantar surat cinta utk xxxx ni dgn penuh kasih syg...

xxxx...
masa mula kakna mula2 kenal xxxx, kakna suka sgt. akak rasa xxxx cantik dgn menutup aurat dgn sempurna. kesempurnaan tu datang pakej dgn pembawakan diri xxxx yg peramah. masa tu kakna malu, sebab kakna tak mampu nak pakai mcm xxxx dan yg lain...

skrg bila tgk gambar xxxx pakai baju lengan sekerat, dah tak pakai stokin, tudung dah kecik... sedangkan xxxx yg sekolah arab terlebih dahulu dapat kesedaran/kewajipan tentang aurat... kakna jadi sedih. sedih kalau satu hari nanti Allah bolak balikkan hati kakna dan lupa/leka... takde siapa nak tegur kak na masa tu. dan kakna terus dlm kelekaan tu... 

ya... akak tahu, akak tak mampu nak ubah family sendiri. hanya mampu menegur, jika mereka tak terima... takpelah... akak dah jalankan tanggungjawab akak. begitu juga dgn xxxx...

kakna juga tahu kakna tak layak nak berpesan mcm ni dgn xxxx. kakna masih byk kekurangan yg perlu diperbaiki. kakna hantar surat ni memang dgn harapan jika satu hari nanti kakna terbabas, xxxx akan jd pengingatnya... biasalah, kita perempuan dgn nafsu berhias suka dipisahkan. lara dunia buat kita terleka...

moga Allah istiqamahkan hati kita... jadi isteri solehah bukan sekadar utk tampil cantik depan suami, tapi depan Allah juga. cari redha Allah dlm mencari cinta suami.

maaf yg tak terhingga jika surat cinta ni mengguris hati xxxx... 
lagi sekali, kakna tak maksudkan yg bukan2... ditulis dgn penuh kasih sayang kerana Allah.... jika terbit sekelumit rasa menyampah/prasangka, xxxx anggap jer akak tak pernah hantar surat ni...

-Kak na-



Demi Allah... 'surat cinta' ini ditulis dgn penuh kerendahan hati, tulus ikhlas dari hati demi kasih sayang krn Ilahi. alhamdulillah, teguran manja ini diterima dgn lapang dada oleh xxxx, malahan xxxx sangat berterima kasih dgn teguran ini. dari sudut saya, sbg saudara... jadi tanggungjawab menegurnya. 

surat cinta ini membawa kpd perbualan yg panjang. rupanya kelekaan dan mahu tampil cantik dpn suami buat xxxx tersasar. krn apa,  fikir menutup aurat tu hanya dgn berjubah dan baju kurung. lalu dituduh tak pandai berhias utk suami. salah... kalau teringin nak pakai skirt dan blouse, silakan... banyak blouse yg menepati syariat. berhiaslah mengikut syariat landaskan.

(selingan).kalau dulu, saya tak 'berani' nak kluar rumah tanpa mekap sebab saya mmg rasa saya takde neutral beauty dan sgtlah mak lampir kalau tanpa mekap. skrg, Allah bagi kekuatan luar biasa dgn muka bogel. jgn kata mekap... bedak pun tak pakai. sebab apa... senang nak solat. tapi suami tetap puji cantik walaupun kadang2 saya tahu dia berdusta tapi dustanya saya hargai sebab saya tahu dia nak bagi sokongan moral kat bini dia ni. terima kasih abang...

sambung...
tak terluah rasa gembira saya bila xxxx menerima teguran ini di sisi yg positif. buat saya makin percaya dan pegang: jika teguran/perkongsian kita baik dan benar2 ikhlas tanpa niat nak cari kesalahan2 orang, insyaAllah orang yg ditegur dapat rasainya sendiri. ikhlas si pemberi... ikhlasnya pasti dirasa oleh si penerima. 

pesanan buat saya sendiri...
ada orang berkongsi sebab nak tunjuk dia tahu... ada orang berkongsi, sebab nak tuju/sindir orang lain... ada orang berkongsi sebab memang benar2 ikhlas nak kongsi. tapi kita... setiap teguran, anggaplah teguran ikhlas utk kita. niat orang kita tak tahu...
biarlah setiap teguran/perkongsian yg kita luahkan benar2 ikhlas dan bukan niat nak cari kesalahan orang atau nak tunjuk kita tahu...
wallahua'lam...

moga Allah redha...


Tuesday, March 25, 2014

Penantian 17 hari terhenti... Demokrasi yang dicabuli...



24.Mar.2014...
2 berita buat hati pecah berkeping keping…

Sedih penantian 17 hari MH 370 terhenti di Lautan Hindi.
faham... menerima kehilangan tanpa jasad itu pedih sekali...

Tapi remuk lagi hati ini...
bila 529 ikhwanul muslimin dan penyokong Dr. Morsi dihukum mati.
saudara seIslam yang dizalimi!
mana pergi laungan demokrasi?!
yer... pisahkanlah jasad pejuang Islam dari nadi...
tapi bukan nadi Islam ad-Deen!

Ya Allah, tiada daya kami melawan takdir di bumi tadbirMU…
Tabahkan hati dan jiwa2 yang terduga…
Innalillahiwainnailaihiraji'un

- Azlina Hasan -

***********************


 #kopipes:
Tamat nya penantian itu.... 

Jika nisan mu itu ombak,maka kami pasrah, 
jika kubur mu itu didasar , maka kami berserah,
semoga angin lautan Hindi Selatan menjadi talkin pd mereka yg m'jadi hamba Mu.
Qada dan qadar itu pun tlh tertulis
kun fayakun turut menggaris
jika itu takdirmu maka itu juga berlaku.
bersemadi lah di sana
alam lautan yg m'jadi alam barzakh
Semoga kalian tenang di sana
setenang laut yg tidur di kala subuh.
Dan kami..
Yg entah bila dijemput pulang utk tidur yg panjang cuma mampu mengutus doa dan mengirim simpati
sebagai wakil suram di hati..
Al fatihah...





Friday, March 21, 2014

Perginya calon Bidadari Syurga, Sofwatul Amani…


Bila takdir berbicara…
kelu tadbir untuk menyanggahnya.
Akurlah bahawa DIA TUHAN, kita hamba…

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un buat calon penghuni Syurga, 
adik Sofwatul Amani yang telah pulang pada Penciptanya pada hari ini (21.Mar.2014) lebih kurang 7pm.

Sudi kiranya sedekahkan al-Fatihah buatnya… Moga tenang beliau di sana…

Kepada ibubapa amani, takziah… mungkin inilah pengakhiran yg terbaik utk amani.

AL-FATIHAH…


Kisah arwah di SINI


Thursday, March 20, 2014

#Trobek ~ Keputusan SPM saya...

Saya...
dari sekolah kampung yg takderla pedalaman mana.
bukan budak bijak dan tak mampu nak tusyen secara peribadi.
kalau ada, cukup kelas tambahan yang cikgu beri percuma.
selebihnya belajar sendiri tapi takde lah rajin mana.

SPM...
keputusan saya takde lah cemerlang mana.
alhamdulillah... Allah tolong tempatkan jugak kat univerisiti di selatan tanah air.
Allah tolong lagi saya tamatkan belajar dan berjaya pakai topi dan jubah konvokesyen walaupun masa sem 1 tahun 1 tu ingat nak kena tendang U dah.
lepas konvo, Allah tolong dapatkan kerja walaupun gaji kecik jer.
skrg... masih di syarikat yang sama sebab Allah dah tulis rezeki saya kat sini lagi.

tahniah kpd yg berjaya dapat keputusan cemerlang...
yg tak berapa cemerlang, ada aturan yg lebih baik yg Allah rencanakan.
usaha dan tawakal dan segalanya Allah yg tentukan.

pertolongan Allah sentiasa dekat cuma kita yang menjauh.


Wednesday, March 19, 2014

WordlessWednesday ~ Tipu pun tipula...




X mampu nak pakai Tupperware. Skali hilang, bisa nangis wooooo. 
Tippuware Ikea mari jerla… janji isinya sihat!


Tuesday, March 18, 2014

DHUHA. Amalkan dan rasakan sendiri penangannya! :)



Feb.2014 | Masjid Terapung Kuala Ibai, Kuala Terengganu | Huawei Ascend P6

Assalamualaikum wbt sahabat2 semua.
Setiap hari, mulakan hari indah kita dgn solat sunat Dhuha. Jaga sholat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Rezeki bkn sekadar dlm bentuk kebendaan, tapi juga dlm bentuk kesihatan yg baik, suami/isteri yg menyenangkan, anak2 yg cerdik, sahabat2 yg baik, jiran yg baik, rakan sepejabat yg baik… eh, banyak lah kalau nak senarai. tak terhitung! semua rezeki utk kita.
Tak boleh byk, kita mulakan dgn 2 rakaat. Niat x pandai bahasa arab, melayu pon boleh: 
"sahaja aku sembahyang sunat dhuha, 2 rakaat krn Allah Taala"
Kalau kata rasa nk cpt sgt, taknk baca surah pilihan pun takpe, baca al-fatihah jer. Buat dulu kemudian rasakan nikmatnya.
Mungkin awal2 ni rasa berat. takpe... paksa diri! lama2... bila keterpaksaan jadi kebiasaan, hari akan jadi serba tak kena bila tertinggal atau disengaja tinggal.

Ada yang tanya... macam mana nak solat sunat Dhuha kak? apa surah pilihan?
Nak ilmu detail, kena belajar lah atau beli buku panduan solat sunat. tapi saya just share dalam bentuk santai jerla erk... solat sunat dhuha sama macam solat subuh tanpa Qunut. 2 rakaat lepas tu salam. tapi hari tu ada Ustaz share, 2 rakaat tak memadai dgn keperluan seharian kita... kena 4 rakaat. tapi jgn terikat dgn ni... kalau rasa 4 tu berat, buat 2 dulu. jauh lebih ok dari langsung tak buat. bila iman dlm diri makin grow up seiring sejalan dgn tumbesaran badan (ngehee...), boleh up jadi lebih dari tu hingga 12 rakaat.
Surah pilihan dalam Solat Sunat Dhuha pula takde penekanan yg wajib pun. baca jer mana2 surah pilihan. kalau taknak baca surah pilihan pun tak apa. tapi mengikut yang dianjurkan ulama:
Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
Selamat mempraktikkan DHUHA dalam diari harian anda dan rasakan sendiri 'pengangan'nya! :)

Love u Lillahi Taala sahabat semua…

Wednesday, March 12, 2014

WordlessWednesday ~ Nampak tak apa yang saya nampak?



11.Mar.2014, Selasa, 4:25 pm
3 hari selepas 'kehilangan' MH370.

Allahuakbar... 
kami masih mengharap keajaibanMU yang tiada mustahilnya bila KAU kata KUNFAYAKUN...

# kesayangan nampak apa?


Sunday, March 9, 2014

Pesanan ayat 83 di tragedi 8 haribulan 3

Pagi ini…
Terjaga aku dari tidur,
Betapa aku harap cerita semalam itu mimpi semata.
Tapi Tuhan punya aturan…
siapa kita menidakkan apa yg DIA kata YA.
Hanya mampu berdoa. 
Tapi sembang pasal berdoa tapi tak berdoa dgn sebenar doa adalah POYO jer. 
Please jangan jadi POYO.


Dalam keghairahan kita berkongsi berita atau apa shj rumours, satu jerlah saya nak share dan ini satu teguran kpd juga tadi.

Surah An-Nisā':83 - Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu.

Sebaiknya, kita tunggulah official news. 
Hentikanlah sebarang spekulasi, dan ini bkn hal yg mudah  sebab ini melibatkan hubungan 14 buah negara. Semoga kita semua terkecuali dr sebarang fitnah.

Biarlah simpati kita dtg dgn empatinya. Bkn sekadar status di mukabuku, tapi sama2 kita solat hajat minta Allah beri yg terbaik utk semua… permudahkan urusan pencarian dan diberi kekuatan utk keluarga mangsa.
Innalillahi wainna ilaihirajiun…
#prayforMH370



Friday, March 7, 2014

Hibanya...


Setahun dah berlalu,  
dah lama sorok dari waled dan mama,berpakaian ketat ke kelas masa diploma dulu,balik kg jee mesti pakai baju kurung,tp jauh dr mak ayah..pakai mcm sarung nangka. sepandai2 tupai melompat jatuh ke tnh jugak. 
waled mama dtg buat surprise kat kolej,nak bg duit belanja and buah peberet kakak,jambu batu. 


Igtkan nak bg kakak surprise rupanya depa yg terkejut tgk anak depa :') ,lps bg duit belanja,waled diam,mama plk ckp..dah tak kenal kakak..semua diam mmbisu & terus balik,waled tak contact kakak 2 mggu,sedangkan kalau hari2 biasa,call 3,4x sehari.. kakak Call tak angkat,mesej tak balas..merajuk dan kecik hati,dan sudah pasti sedih...Putri,adik kakak..hari2 call kakak, dia kata waled setiap hari sebut nama kakak,nak tau kakak makan ke tak, duit cukup ke tak...tp mungkin luka kat hati tak boleh hilg lg..

masuk minggu ke2 waled diam tanpa berita,before waled fly ke mekah atas urusan kerja,waled bls mesej kakak yg kakak hntr 2 mggu lepas. :') mesej waled yg kakak simpan sampai skrg.. tenkiu waled..kakak janji,kakak takkan biarkan api neraka kena pada badan waled hanya sbb kakak ikut nafsu jahat kakak ni. Doa waled mama dah dimakbulkan. Doakan kakak istiqamah. (: 

Maafkan salah silap yg lalu. Kakak takkan lagi jadi penghalang utk waled dan mama kesyurga. 
with ♥: kakak

"selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat,maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke Neraka. (HR Tirmidzi & Hakim)


mesej dari Walednya.

sumber dari tuan empunya nya:
https://www.facebook.com/faatihah.mazlan




Jujurnya, air mata saya berjujuran baca catatan ni.
tup tap tup tap jatuh atas meja tak sempat lap sebab laju sangat.
Allahu... rasa hiba sangat2...

AURAT.
inilah cabaran terbesar seorang wanita.

ramai antara kita mampu jadi anak yg menghiburkan hati orang tuanya..
ramai yang mampu jadi isteri yang menyenangkan suaminya...
ramai yang mampu jadi ibu yang terbaik utk anak2nya...
ramai yang mampu jadi sahabat yang baik utk sahabat2nya...
tapi tak mampu nak jadi hamba Allah yg baik utk PenciptaNYA.

dengan keberkatan dan kemuliaan hari Jumaat ini...
rendahkan hati...
minta Allah beri kekuatan utk kita menutup aurat dgn sempurna...
minta Allah beri kekuatan utk istiqamah dlm menutup aurat dgn sempurna...
minta Allah berikan hidayah utk sahabat2 kita utk menutup aurat dgn sempurna...
jadikan ini sekecil-kecil jihad kita.
jihad berperang dgn nafsu kita.

di kala ada hati2 yang terketuk walau sekecil-kecil jentikan,
percayalah... itulah sekecil-kecil HIDAYAH dari Allah SWT.
jangan bertangguh lagi, mulakan hari ini. sekarang ini.

Allahu Allah...
ampunkan kami pendosa2 yg sering terleka.
jauhkan kami dari azab api neraka.

Allahumma ameen...





Thursday, March 6, 2014

Bekal-day dan tips nya...



Today is Thursday...
Thursday is bekal-day...
Bekal-day is everyday...
Gambateh! ;)

**takyah nak minta angka di penimbang la... its secreto de amore :p


yang takde kerja... 
atau yang buat2 takde kerja,
meh layan bekal2 cik puan kaki.
kot2, dapat idea nak jadikan hari2mu bekal-day jugak kan...

yang pasti, semua menunya ala2 pantas dan tuntas. ;)











ramai tanya bangun pukul berapa yang sempat nak sediakan bekal segala ni?

jawapannya:
waktu bangun jangan cerita. dah tentu2 bangun awal untuk solat subuh kecuali hari2 pelepasan am utk wanita2 istimewa. 
tapi mula masuk dapur pukul 7:30 - 7:40  pagi. 
ktung-ktang secara pantas, pukul 8:00 - 8:10 pagi siap. 
lepas tu mandi dan bersiap laju2. marginkan sedikit masa untuk ambik gambar bekal2 ni. :p
 pukul 8:30 - 8:40 pagi bertolak ke kantor.
pukul 9:00 masuk kantor. ;)
**kan tak pepasal dah jadi macam diari pagi InaAchik dah...**

ini untungnya rumah dekat dengan kantor. aku rela rumah tak berapa besar berbumbungkan lantai rumah orang, berlantaikan bumbung rumah orang asal tak menghabiskan sisa2 usia yang ada di lebuh raya. banyak2 tekanan, tekanan di lebuh raya yang aku tak berapa bijak lagi nak menanganinya. aku takut wanita ayu berubah jadi singa! muahahhahaaa...

tips dari cik puan kaki utk ber-bekal setiap hari:
# menu simple2 dah la...
# setkan menu / bahan2 malam sebelum paginya 


ada jugak hari terlajak mimpi dan hari terpijak duri palas (baca malas) hingga hari tidak lagi digelar bekal-day. so, jadilah tapau-day. tapi selalu sakit jantung sebab harga kedai kat bawah office ni tahap nak sembelih orang. eh ker memang standard harga semua mahal nak arwah sekarang?!





Wednesday, March 5, 2014

Sesi dialog bersama teman ~ Moga perkongsian ada teladannya...

Dengan rendah hati, ingin saya kongsikan perbualan/sesi dialog peribadi bersama seorang teman berkongsi hijrahnya... takde sebarang niat melainkan mengharap dgn perkongsian ini, ada input-input / teladan yang boleh dijadikan sempadan dan juga sebagai motivasi untuk sahabat2 yg lain... jika tidak, anggaplah dia karangan kosong rekaan semata tanpa sebarang persepsi buruk.

BIRU adalah DIA...BOLD adalah AKU

Aku sebenarnya tersentap ngan satu post ko.. pasal solat dan aurat.. aku ni...sangat2 menjaga solat.. aku memang sangat jaga satu perkare tu.. TAPI....aku terlupa satu perkara.. AURAT..okey...sebenarnya..aku tau...aku pernah belajar..dan aku diberikan didikan sempurna tentang nya.. tapi kenapa aku begitu 'menolak'... aku mase tengok baca entry ko berubah tu kan na.. aku speechless... aku malu sendiri... aku sekolah agama.. dah biasa pon sebenarnya belajar menutup aurat dari kecik..pakai tudung labuh...aku rase macam terhantuk dengan perubahan ko.. dan aku tak mampu nak komen pon not even alhamdulillah.. sebab... aku malu pada diri aku sendiri saat tu... tapi sorang2 kawan2 aku berubah... tapi aku tak boleh lagi buat... kalau aku komen 'sokongan' tapi aku tak mampu buat... ape maknenyer tu ... tuk aku sendiri... ibarat...aku tau cakap...pandai menyokong orang...tapi sendiri.... hilang arah... setiap kali...ko update....ko berkongsi ilmu.. aku..macam.............. dah sampai masanya..dah sampai masa.... tapi...aku tetap tak mampu nak buat.. kenapa yer na...??

sebab kita x btol2 nekad. kita sdg menidakkan fitrah diri kita yg nk pulang ke asal kejadian yg suci. sebab syaitan2 dan titik2 hitam dlm diri kita menidakkan... cuma satu perkongsian aku... maaf kalau ko rasa berat sgt: awal hijrah ni kena korbankan byk benda. permulaan jer sebab utk didik hati istiqamah ni susah jugak. pengorbanan terbesar aku buat, aku mmg letgo semua baju2 aku dan laki aku belikan 10 lai jubah masa tu. itujerla aku ada... ko bayangkan masa tu 10 terakhir ramadhan... aku kalo shopping mmg lupa diri. byk aku beli baju ala2 dress nk wak gi open house kononnya. semua aku x sempat pakai dan aku letgo semua tapi aku kentalkan hati... aku takut aku berpaling blk ke daerah asal. tergoda tgk baju2 tu. dan aku yakin, Allah akan pandang dan balas dgn sebaik baik balasan atas sekecil mana usaha aku. aku nekad! yg mana boleh jual, aku jual... yg mana aku bagi org, aku bagi. aku buang semua gambar2 aku tak tutup aurat. ramai org pandang remeh tentang ni konon ia sbg dakwah utk org berhijrah sama tgk cmne kita transform. niat x halalkan cara. bayangkan gambar2 bercuti, syg giler kot tp keep telling myself: NEKAD azlina! jiwa kena kental!

haaa..tu obvious..gambar2 bercuti ko... bende tu perkara pertama aku perasan dan terus terdetik... dan betul..!!! ko betul2 berubah...!! 


masa tu nangis2 tau x tahu nk wak cmne... memula tutup blog. tp achik keep bg semangat... achik kata; knape x jadikan blog sbg medan dakwah. 

dan ko dah buat pon kan... dan kerana medan ko tu lah... aku jugak terpanggil tuk 'kembali' dan harap nya..aku benar2 istiqamah... 


kadang2 aku x kuat mana jugak... byk juga tohmahan, sindiran diterima. rasa dah mls nk berblog... tapi tiap kali kwn2 inbox dan share hijrah mereka, aku rasa bersalah nk stop. kalau tulisan2 aku jadi asbab utk menggerakkan hati2 sahabat2 aku, y not. mcm aku menolak amanah yg Allah bagi. padahal x susah mana pon... x sepayah pendakwah2 lain yg kena kluar... hanya perlu petik keyboard di ruang berhawa dingin. tu pon nk berkira!

hebat mampu berubah..istiqamah dan mampu menyampaikan ilmu. mengajak orang lain sama2...


hebat apalah sgt... malu ngan kejahilan diri sendiri. n aku berpesan sebab aku xnk org rasa apa yg aku rasa. dan nk org rasa apa yg aku rasa skrg. tenang giler2... x pernah aku jangka camni skali... dulu dah rasa bahagia dah... ni jauh2 lebih bahagia . dan aku harap ko jadi jauh lebih baik dr aku...

ya Allah... bagus nya kan.. aku tak tau lah kalau aku akan punya dugaan dan kekuatan sehebat ko.. aku ni nak tinggalkan skinny jeans aku ritu pon penuh drama...hahaha.. tu baru dugaan kecik tu..huhu kalau ditomah ke bagai..macamane gamak nya aku hadapi yer.. dan perkara paling aku takut kan adalah... aku berpaling...aku tak takut orang lain..aku takut pada diri aku sendiri [selain Allah]

ko boleh! tapi jujur aku ckp... aku struggle for it sebenarnya. x semudah mcm org lain sangka. masa tu, aku x tinggal masjid dan sentiasa gi kuliah maghrib sebab aku nk Allah padamkan titik2 hitam kat hati aku. aku nk malaikat doakan aku... aku baca surah sajadah setiap hari... minta allah tetapkan iman aku. aku sentiasa pesan kat diri sendiri, hijrah kita bkn setakat pakaian... tp cara kita connect ngan Allah... cara kita berhubung ngan manusia. hijrah adalah hijrahkan seluruh cara hidup kita... mkn kita... sosial kita... cara bercakap kita... allah sentiasa perhatikan kita setiap saat.
smp tahap, aku gi mekah... org ckp: nanti gi sana, doa moga Allah berikan anak. tapi aku hanya mintak Allah beri yg terbaik utk aku... kalau anak buat aku jauh dr dia, aku x sanggup. anak bkn matlamat mati aku. ia hanya sbg ibadah kita kat dunia. cukuplah dia bagi aku rasa nikmat hidup bersyariat dan merasai kemanisan beriman

banyak nyer yang perlu aku perbaiki... bukan setakat aurat... na...mekaseh... mekaseh sangat... aku sangat teruk..sampai kan...orang tak kan percaya yang aku ni pernah mendapat pendidikan agama yang bukan sekadar basic... aku bukan jahil..aku tau ape yang aku buat dulu...adalah dosa sangat besar.. tapi...satu perkara... aku tak pernah tinggal solat..pelik sangat kan..


sebab itulah kerja syaitan. dia nk kompiuskan kite: eh... ko dah cukup baik dah... ko solat x tinggal... ko x kacau org

dan...aku amik masa yg bayak nak kembali...!!!!!!!!!!! aku takut...aku akan di kelilingi kehidupan gelap masa2 lampau aku.. tapi aku takut..kalau ingat rase macam...down giler babas...


alhamdulillah... sekurang kurangnya Allah masih sudi nk kita kembali kpd dia. silap2 smp mati? allahu... cuma... x salah menangisi dosa2 lalu kita... tp jgn smp dosa2 lalu tu membantutkan jln kita. fhm x maksud aku? aku mcm ko... lagi jahil... masa mula2 tu aku nangis jer. solat nangis, nk mkn nangis, nk tido nangis kenang dosa2 aku sebab aku takut. smp la sorang ustaz tu ckp... x salah igt dosa2 lalu... tapi cuba ambil semua tu utk memotivasikan kita utk lipat gandakan usaha dan ibadah kita. jgn smp menangisi sampai tahap buat kita rasa down utk teruskan langkah kita.

insyaa Allah na.. dan terima kasih...


setiap pendosa ada masa depan selagi dia mahu mengubah diri dan haluannya.


    WordlessWednesday ~ Makan ubat hati duka?




    Saidatina Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
    "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".


    #sunnah #makanpundapatpahala