Thursday, October 31, 2013

Ralat!


Sayangnya bila HIDAYAH yg Allah beri dipersiakan...
berubah utk seketika cuma.
kenapa?!
sebab hidayah tu Allah beri... istiqamah tu usahakan sendiri.
istiqamah bkn setakat tulis status penyesalan di mukabuku... tapi di ketika sujud.
hadiri majlis ilmu, bukan sekadar tgk you tube.
jgn terlalu taksub dgn fesyen hingga tudung sedia labuh kembali disingkatkan.
stokin sedia tersarung dikata hilang tak tahu letak mana...


Ralat bila tak mampu nak bantu.
apa ada dgn kata semangat kalau empunya diri tak bersemangat.


Ya Allah... tetapkan hati-hati kami di jalan MU.
perelokkan pakaian kami serta bersihkan hati kami.
sedarkan kami yg kami akan mati...
ada balasan syurga neraka di sana nanti...


Ameen...








Wednesday, October 30, 2013

InaAchik selepas 30 hari Atkins Diet


 permulaan diet


 hari ke-15, lost 3.5kg
masa ni raya haji... makcik sepupu semua tegur knape dah 'kecil'


 hari ke-21, berjaya singkirkan sekampit beras 5 kg lemak. :)


terkini, hari 28. 
berat statik selepas mengalami tekanan dan cabaran beratkins ketika outstation selama 4 hari di Sabah bah... tapi saya perasan, ia lebih kpd inch lost. ;)


ok, sekian laporan di hari ke 30 beratkins. 
target nak lost 5 kilo jer lagi. tak nak kurus sgt, nanti tak huggable. kohkohkohhh~ :p





Tuesday, October 29, 2013

Perkahwinan pada aku...


Dalam berumah tangga... mesti ada tolak ansur.
kita sama pagi pergi kerja pulang senja.
bini masak kecah dapur, suami kemas kilatkan dapur.
isteri hidang santapan, suami mkn dan basuh pinggan. ;)
isteri basuh baju, suami sidai dan angkat baju.
isteri masak lagi... suami kemas dan vakum rumah. 
(typical melayu msk 2 -3 kali sehari bila cuti kekdahnya).
bukan bila isteri kelam kelibut memasak dan juga mandikan anak,
kau suami goyang kaki menonton TV.
itu pentingkan diri! :p

ini namanya kerjasama dalam rumah tangga...
bila kerjasama, kerja jadi mudah (wonderpets kata).
suami ringan tulang itu suami paling macho dan bergaya! :)

perkahwinan itu satu perkongsian.
kongsi suka duka dan juga wang! hehehe...
tiada istilah tu duit aku, itu duit kau... (bagi aku)
kalau boleh berkongsi bantal dan selimut, kenapa tidak dompetnya sekali?! ;)

cerita cemburu dalam perkahwinan.
cemburu kecil tanda sayang.
cemburu jangan sampai buta,
kelak bawa kpd kemusnahan.

jangan harap difahami kalau tidak belajar utk memahami.
jangan harap dilayan romantik kalau tidak pandai create suasana romantik.
perkahwinan adalah tentang saling memahami... saling memberi.

buat si isteri, 
jaga aurat, jaga maruah suami... 
pada dia terletak syurgamu wahai kaum isteri...

buat suami,
jalankan tanggungjawabmu kerna isteri amanat terbesar dari Ilahi.
bagaimana isteri, itu cerminan diri seorang suami.
nafkah mu bkn sekadar duniawi... tapi juga ilmu ukhrawi.

isteri... jadi solehah untuk dapat soleh nya si suami...
suami... jadi soleh untuk dapat solehah nya si isteri.

akhir kata...
perkahwinan itu bukan satu beban...
ia nikmat dunia kurniaan Tuhan.




 saling memerlukan...
dan sama2 kita usaha menjadi pasangan suami isteri yg saling melengkapi.



Friday, October 18, 2013

Menu Diet Atkins: Variasikan telur untuk sarapan pagi


Saya sebenarnya tak suka sgt makan telur. specially telur rebus. mmg cannot go. kalau telur mata, boleh la telan... tapi kena cicah cili sos. bila dah terjebak dgn ATKINS diet, telur tu dah macam makanan asasi kot.

tak pernah lg dlm umur hidup beli telur sepapan. kali ni barulah pecah rekod kehidupan 30 thn. 
lps tu ada tanya, tak bahaya ker mkn telur hari2? saya engineer... bukan doktor. so, bg doktor punya jawapan la yer...

Dr fb DR HAMID ARHSAT: 
Ada orang yang takut makan telor , kononya ia meningkatkan cholesterol dan menambah risiko sakit jantong. Ada pula pantang makan telor lepas pembedahan dan lepas bersalin kerana ditakuti luka bernanah. Kesemua itu tidak betul kerana banyak kajian yang menunjukkan tiada kaitan makan telor dengan cholesterol malah ada kajian yang 1-2 biji setiap hari melindungi kesihatan mata,jantung dan otak sebab kandungan amino acid - choline. Kandungan nitrogen dalam telor membantu pemulihan/healing lepas bedah dan trauma. Kandungan vitamin D3 dan sulphur juga jadi pelindung penyakit kanser. Satu kajian keatas wanita2 yang makan 1-2 biji telor setiap hari bolih menurunkan risiko kanser payudara dengan kadar 44%.

lepas tu ramai atkiners merungut bosan makan telur rebus dan telur mata hari2... yg pergi rebus hari2 tu knape? ;) variasikanlah telur tu. jadikan spinach omelette ker... egg-chicken foldover ker... egg-sardine roll ker... egg bla2 ker... egg bla3 ker... :p

ok, sini saya share pelbagai telur yg telah divariasikan utk breakfast dan kadang2 kalo malas nak masak beria utk dinner, boleh jugak ngap telur lagi. tapi setakat ni, paling banyak saya mkn telur dalam sehari adalah 4 biji. tu sekali sekala sgt la... biasa 2-3 biji. bukan hari2... bak kata, takut muntah telur. hazab lagi, kentut bau telur. hazab ooooo... sekampung bau! hahahaaa...

 telur mata dgn oregano + black pepper crush dan seasoning.
masa ni tak tahu cili sos takleh makan masa induction.
dingap bersama fresh salad with olive oil + oregano + black pepper


egg-sardine roll. ni sedap!
masak sardin > dadarkan telur, letak moyanis dan sardin + salad + zucchini + tomato + cili merah dan roll kan. 

 ulang tayang menu sama utk 2 -3 kali sebab sedap. time ni sayuran habis stock.


yang ni pagi tadi punya sarapan. istimewa sikit,
biasa 2 bijik telur... ni 3 biji telur, ada cheese dan extra mayonis. 
well, dah habis induction bleh mkn mayonis lebih sikit. :p


egg chicken foldover. 
lebih kurang egg-sardine roll tu jugak, cuma ganti dgn grill chicken. yang ni letak mayonis + nandos sos.


spinach + broccoli omelette.
saya suka letak cili kasik pedas2 sikit.


 egg-pizza.
dadarkan telur, letak spaghetti sos, dan utk topping letakla sausage + capsicum + tomato + bla3 (suka2 hati, masak dari iman), kemudian letak mayonis n mozzarella cheese. lepas tu kasik lepak dlm oven kejap. siap! ni hidangan breakfast di hujung minggu. dgn laki cekeding gua sekali gua jamu atkins menu.


 cheesy sausage omelette.


spinach ommelette lagi. duet dgn cheesy broccoli. yummmehhh...


telur lagi...
dah tak tahu nak letak nama ape dah. :p


yo yo o jerkan... nama menu berbagai... bagi nama tak bleh blah...
padahal... tetaplah telur! 
takper... nama kasik up! presentation kasik umph!
biar selera sikit walopon hari2 hadap telur. :p


sekarang, i am enjoying my diet journey.
lebih semangat utk berketung ketang di dapur.
excited mencuba menu2 baru... dan perah otak bagi nama kat masakan sendiri. :p
sampai laki cakap: abang makin tak reti nak sebut menu2 makanan isteri skrg ni. 
hahahahahaa...


EH CHOP!!!
perasan tak, ada tab baru di bahagian atas sinun: ATKINS DIET MENU/RECIPE
klik situ untuk resipi pantas, tuntas dan malas versi AKU BUKAN CHEF.





Thursday, October 17, 2013

Maaf... bicara sinis ini bukan menghukum.


Berebut manusia melatar betapa diri berperikemanusiaan…
berhujah berhadis ibarat diri hebat dan tahu semua ilmu duniawi juga ukhrawi…
tapi perintah Tuhan yg jelas dan nyata tak pula diendahkan.

salah orang hebat kau karang…

sedikit org tegur kekurangan bermacam hujah kau pertahankan…
dan berderu ahli kipas tak mati berhujah bagi sokongan…

resam dunia akhir zaman, biar tak beriman asal tinggi moral.

ya aku sinis sebab aku muak.
cukuplah sebarkan pemahaman moral tanpa seiringkan dgn tuntutan agama.

bila mendidik, bersedia utk dididik…
bila menegur, bersedia utk ditegur…






Islam bukan ikut akal logik semata...
Islam ada landasan yang telah digariskan.
Jangan merasa diri baik sedangkan kita masih terlalu jauh dgn Syurga.



Friday, October 11, 2013

Boleh ker bagi non-muslim daging Qurban?


Last week Syeikh Nuruddin datang ke Masjid saya (wahhhh ada masjid sendiri katanya kan... cam Tokti ngan Tok K plak kan ada masjid sendiri bagai... takder, masjid saya tu merujuk masjid kesayangan dekat rumah ni ha... Masjid Al Khairiyah Tmn Sri Gombak)

Alhamdulillah… banyaknya persoalan bermain di minda terjawab. Tentang Qurban, tentang perbezaan mazhab... ah, macam2! tapi tiap kali beliau berbicara, tak sempat nak menyalin sebab penyampaian beliau dalam lebih kpd bentuk cerita. tu susah untuk dicatat ke dalam nota. lebih seronok mendengar dan terus benam dalam otak.

Ada ilmu saya boleh share tapi ada ilmu tak boleh share sebab atas kejahilan saya dlm menyampaikan. Kita fhm tapi nak sampaikan tu yg masalah. Sebab? akan ada soalan susulan yg sukar bagi kita yg jahil ni nak jawab balik.

Tapi saya perasan satu la, tiap kali ceramahnya, beliau sentiasa tekankan pasal solat di awal waktu. Katanya: peraturan manusia like waktu masuk office kita boleh ikut, tapi panggilan Ilahi yg 5 waktu kita lengahkan. Lagi satu kepantangan beliau adalah main handphone dlm masjid. Dalam majlis ilmu tak bolehkah biarkan seketika sms tak terjawab… check facebook. eh, skrg org tulis nota di hp... ;)


sebab next week dah nak raya Qurban, saya nak share satu ilmu daripada ceramah beliau;

BOLEH KAH BAGI DAGING QURBAN KEPADA NON-MUSLIM?

ok, let say kita qurban 1 bahagian. dlm 1 bahagian tu ada 3 bahagian lagi.


  • 1/3 dari bahagian qurban  kita adalah untuk sedekah. wajib bagi kpd faqir miskin
  • 1/3 dari bahagian qurban adalah untuk hadiah. maksudnya org kaya pun boleh... juga boleh bagi pada org lain yg turut berqurban. cthnya, jiran kita pun berqurban jugak, tapi kita still boleh bagi daging qurban bahagian kita tu kat dia.
  • 1/3 dari bahagian lagi ni adalah untuk diri sendiri. nak masa k ker... nak simpan ker... semua boleh. yang bahagian kita inilah yang boleh diberi pada non-muslim samada dlm bentuk makanan atau daging.
wallahuallam...

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: 
"Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."





Thursday, October 10, 2013

Solat Jamak & Qasar





Tetiba teringat satu pengalaman dlm perjalanan dari Madinah ke Mekah. kami bergerak petang lepas asar. perjalanan yg mengambil hampir 6 jam itu tidak berhenti masa Maghrib dan kami disuruh oleh mutawwif utk niat utk menjamakkan Maghrib kpd Isya'. 

kemudian sampailah kami ke Wadi Qhudaid utk mkn dan solat. jadi lepas makan, saya dan jemaah wanita yg lain pun ke surau utk JAMAK TAKHIR MAGHRIB dan ISYA'. salah seorang sahabat tanya: "macam mana nak solat jamak yer? saya tak pernah buat..." saya pun terangkanlah apa yg patut. alhamdulillah... dia terima dan harapnya dia faham. 

apa yg cuba saya kongsikan drp pengalaman ni adalah: sama2 kita tambahkan ilmu. Ilmu solat kita tak cukup dgn tahu menunaikan solat sempurna mengikut rakaatnya sahaja. kena belajar cara JAMAK dan QASARnya solat, solat SUNATnya, cara solat BERJEMAAH dgn betulnya, solat JENAZAH pun jgn lupa. 

pernah juga berbincang dgn seseorang; dia kata rasa tak best bila nak jamak ker qasar ni. bila berjalan jauh... dia akan berhenti bila masuk waktu (tu kalau ada hentian, kalau takde?) dan berhenti lagi bila masuk waktu seterusnya. saya kata kenapa menyusahkan diri sedangkan Allah dah bagi keringanan sbg bonus kpd hambaNYA? ibarat, boss bagi bonus, kita tolak... kan menolak 'rezeki' tu... 



di sini saya kongsikan SYARAT, NIAT & CARA SOLAT JAMAK & QASAR:

JAMAK: mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Jamak ni pulak terbahagi kepada 2 iaitu

  1. Jamak Takdim - melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib.
  2. Jamak Takhir - melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak
QASAR: ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. 



Syarat Jamak Taqdim
  1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat Jamak Takhir
  1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  2. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.
Syarat Qasar
  1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.



Niat Solat Jamak dan Qasar

i) Jamak Taqdim dan Qasar

  • Zuhur-Asar



“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.


Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :




“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.



  • Maghrib-Isyak


“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.


“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.



ii) Jamak Takhir dan Qasar

  • Asar-Zuhur


“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.



“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

  • Isyak-Maghrib



“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.




Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar

Cara mengerjakan solat jamak dan qasar:
  1. Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
  2. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  3. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
  4. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  5. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
  6. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
  7. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
  8. Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.









Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu atau 90 kilometer). permusafiran kita juga bergantung kepada tempoh kita menginap di sesuatu tempat tu. saya awal-awal dulu keliru juga. lepas pencerahan Ustaz Azhar Idrus, teori senangnya begini: let say balik kampung, kita boleh jamak dan qasar kalau kita stay kat kampung kurang dari 3 hari. kalau lebih, kita tak boleh jamak & qasar setibanya kita sampai ke destinasi kita tu. contoh: balik hari sabtu, stay kat sana untuk ahad, isnin, selasa dan rabu memang dah berangkat pulang. tapi kalau kata kita nak stay sampai rabu, khamis baru nak berangkat pulang, kita dah tak kira musafir. keringanan hanya diberi ketika perjalanan sahaja. 

harap faham lah kan... tak faham pun takpe, at least dapat figure nya macam mana. lepastu, kena gi majlis Ilmu la... setakat baca blog ditulis pulak blogger akak ustajah tak bertauliah ni memang tak cukuplah... setakat dapat fahaman kasar untuk jadikan step untuk move forward untuk dapatkan ilmu mendalam tu boleh la kot kan...


# sama-sama kita perbetulkan yang mana kurang...


komen dari Ustazah Usrah di FB:

Musafir adalah antara aktiviti yang memenatkan dan memerlukan kepada kesabaran yang tinggi. Allah hadiahkan rukhsah solat jamak qasar untuk kita menghargai keprihatinan agama terhadap penganutnya. Islam itu mudah tp bukan bermudah2. Islam itu menyenangkan tapi bukan untuk bersenang-senang. Orang yang melakukan solat jamak qasar bermakna telah mengamalkan sunnah n di situlah bertambahnya keberkatan dan satu daya tarikan kepada mereka yang naru berjinak dengan Islam wp dah lama memeluk Islam/Muslim sejak lahr.

Allahuakbar... terima kasih sgt Ustazah atas perkongsian ni. seperti biasa, murobbiah hadir memberi komen balas yg mengujakan mutarobbiahnya. jawapan ilmiah ini yg ina tak ada/tak tahu... terima kasih lagi sekali ustazah



Wednesday, October 9, 2013

Saya dan DIET ATKINS

Assalamualaikum w.b.t kesayangan... 

ni entry berjala bebel2 takde faedah yer. biasalah pompuan, tak sesudah isu gemuk-kurus-diet. 

Skrg ni saya baru jer berjinak jinak balik ngan DIET yg mana perkataan ini bukanlah best sgt tapi aku terpaksa keadaan memaksa (ayat mesti drama). 

diet ada mcm jenis dan ada bermacam produk perlangsiangan tapi saya memilih DIET ATKINS tanpa sbrg bantuan produk perlangsingan lain. so, pls jgn tinggal komen promote segala mak nenek jenis produk yer sebab saya kedek taik idung masin. :p eh tak... saya pernah cuba produk tett yg glemer di pasaran skrg, tapi x serasi. berak sesudah dan perut makin lapar tapi berat tak turun2. lepas tu, hampir terjebak jugak dgn produk tettttttt lg satu, tapi lepas fikir fikir fikir dan fikir, tak jadi! mahal... tak mampu! :p
dan biasalah... dimomokkan oleh kengkawan, stop ambil produk ni, badan makin naiklah... bla3... ala, dah berhenti mkn produk lps tu tibai segala jenis makanan, mmg la naik kan?! sama la ngan diet ni jugak... ko stop diet, naik lah blk. tapi ni takper, percuma! :)

kalau tanya saya apa itu diet ATKINS, jawapan tak senonoh saya adalah DIET BIAWAK. boleh makan binatang dan tumbuhan byk2 (eh chop, biawak mkn tumbuhan ker?!) tapi kena pantang segala mak nenek karbohidrat. so, kena say big no to nasi, bihun, mee, air manis, kuih, bla3... letih lah nak taip! tengok penerangan secara ilmiah kat SINI la erk... takderla dapat ajaran sesat nanti! ;) . 

kalau nak persoal diet ni elok ker tak... terpulang pada pilihan masing2. tapi pada saya, pemakanan saya makin sihat di mana breakfast pon salad... telur. bosan telur, fresh chicken or beef yg digrill. rasanya lagi bagus drp main belasah segala jenis mknan kan like nasi lemak, kuih muih dan roti canai. kan?! 
saya sebelum terjebak ngan diet ATKINS pada April.2011, saya pernah diet Low calorie dgn pemakanan seimbang ikut keperluan kalori badan - gigih catu kalori ikut website kevin zahri. pergi gym... tapi badan saya tak serasi dgn diet jenis ni. saya terpaksa tahan lapar dan gastrik makin teruk. lps diet ATKINS, saya turun 3kg dlm masa 14 hari dan capai berat ideal saya. lps tu saya tinggalkan diet atkins dan teruskan dgn jaga pemakanan dgn diet seimbang. tapi atas kekangan masa, saya tak pergi gym lagi... utk budak sport mcm saya, adalah menjadi sedikit masalah kalau tinggal exercise. badan naik sikit tapi tahap terkawal sebab jaga mkn.

sampailah tahun lepas saya ambil treatment dlm usaha utk dapatkan zuriat (ayat sgtlah BM azlina. bravo!). sebelum start treatment, mmg doktor dah cakap awl2: segala pil hormon bla3 yg saya ambil ni mmg akan menaikkan berat badan. masa tu, its ok... saya redha! lps pada tu, pregnant. lagila... makan dijaga oleh bonda. balik kerja makan terhidang. lps tu nafsu mkn membuak. segala benda nak, mkn tanpa rasa bersalah dgn alasan: i am pregnant lady! kunun dpt lesen besar! (jgn tiru).

ditakdirkan belum rezeki saya, saya keguguran. lepas tu, berat yg berat tu dikekalkan. tangki kecik dah dibesarkan. kalau biasa x mkn mlm... hanya cukup ngan buah2 atau sup sayur, oh... it cannot go lagi. nak nasik jugak. tapi masih dicatu kuantitinya. tapi utk badan baka keturunan badang berbadan sasa ni, nasik seciput tu pon bagi kesan besar. huhuuuu... last2 give up. mkn jerla... hasilnya, yeah, saya dah overweight dan keluar dari range BMI berat ideal. nangis (tapi breakfast ttp mkn roti canai! hahahhaa)

Saya telah men-dietkan diri pada 27.sept.2013 tapi 4 hari pertama tu diet tu musnah atas sebab diet tanpa ilmu yg cukup. kira secara rasminya mendietkan diri pada 1.oct.2013. semalam timbang kan... kite kan... lost... TET kg! rahsia la dulu... baru 9 hari kan. :p
sikit yg memberangsangkan! alhamdulillah... 

utk pencinta makanan mcm saya, DIET bukanlah sesuatu yg menyenangkan tapi kata2 semangat dari suami: "enjoy your diet isteri. nanti kurus, senang nak beribadat. ikut suami, suami tak kisah pun isteri kurus ker gemuk." ohhhh~~~ ayat drama suami membakar semangat! 

gambateh azlina! chayok azlina!



jom meriahkan GENG DIET INAACHIK! :p



perkongsian dari Ustazah Bahiyah



excited nak share byk menu diet simple ngan kesayangan! :)
lepas ni jgn terkojut kalo blog KAKIKUSUKABERJALAN meriah ngan gambar food! :p








Tuesday, October 8, 2013

Dekorasi InaAchik Baiti Jannati ; Penentuan konsep rumah + cat dan sofa



Assalamualaikum...
entry deco bermula.
saya cuba tulis seringkas mungkin. ;)

sebelum nak masuk rumah, nak gila fikirkan nak cat rumah warna apa.
sebelum pilih warna cat, kena fikirkan warna konsep nya dulu...
mcm2 lah ni beli buku ID sbg rujukan.
rujukan tak berbayar di hujung jari (internet) jgn citerlah...
IKEA tu pulak berapa kali tawaf untuk curik idea.
tapi itu semua utk IDEA... fulusnya yillek.
masuk rumah bermodalkan wang seciput. tak boleh nak demand2. mana boleh jer.

ok, memula sekali gile nak tema merah hitam putih sebab most of ID utk kondo bertemakan warna ni.
fikir balik, macam bosan... takde variasi. balik2 hitam-merah-putih. rumah lama pun warna ni dah.
ok, saya mahu kelainan!





berkenan pulak warna putih-turquoise.  nampak fresh.




lepas tu, last sekali hati jatuh cinta dgn 
BLACK & WHITE  WITH MODERN MINIMALIST CONCEPT.

Minimalism in interior design means spacious rooms with minimum of furniture and details. The main element of this style is attention to shape, color and texture. Planning doesn’t suppose dividing into rooms; furniture, cloth or glass partitions play the role of separators. In modern minimalism design accent is made on sharp geometric shapes and asymmetry. Furniture must have streamline shapes and upholstered with neutral colored leather. Shiny surfaces and straight lines look amazing in this interior. Details should be made of stainless steel or chromeThe amount of accessories should be minimal. 




ok, i loike!!! nampak simple + elegant.
sesuai utk rumah jenis kondo yg tak besar mana mcm rumah saya ni.
dan sgt sesuai dgn budget yg ciput yg mana tak payah beli perabot byk2! hehehe...
ok, nekad! dah masuk ketegori remaja purba ni, lebih suka sesuatu yg ringkas dan lapang.
putih suci seperti di kayangan. jgn sampai suci dalam debu sudah. :p

bermula dgn kerja mengecat.
untuk keseluruhan  dinding rumah, saya cat putih ICI Dulux Pearl Glo.
harga: RM 95 / 5 litre




ini awal2 masuk rumah tanpa sebarang dekorasi





dan cat kayu/besi untuk pintu dan grill juga warna putih. tapi bila cat pintu mcm cream sikit. :(
harga: RM 125/ 5 Liter











sofa:
 sebenarnya tak kena dgn konsep minimalist yg mana pemilihan furniture bentuk ringkas dan moden tapi sebab suami sgt mementingkan keselesaan ketika beristirehat sambil menonton TV, haruslah beli yg empuk dan selesa utk backbone. lari konsep sikit tak apelah... janji enak utk bergolek golek :p
leather jadi pilihan sebab senang nak maintain kot. 
lagipun rumah kami ni ber-environment sejuk, so takde masalah.
kalau panas, mungkin tak sesuai sikit kot. 
ntah! bercakap tanpa teori yg kukuh! hehee...
puas tawaf Gombak-KL-Balakong-Serdang-Puchong. sekali pencarian terhenti di Serdang Jaya.



sofa bagak tu digandingkan bersama dengan klappsta IKEA.





karpet: 
karpet murah dari IKEA. gila berani mati pilih warna ceria dgn corak ala logo nandos (mementang pencinta nandos kan). kunun nak naikkan seri rumah supaya tak bosan sgt dgn hitam putih.
sekali bila pasang, suami tgk isteri... isteri tgk suami. lepas tu gelak berdekah dekah. hahahaa...
nasib baik tak menari red indian atas karpet tu.
tak ape, nanti kaya sikit kite ganti dgn karpet baru yg lebih elegant yer suami. 

curtain? lampu? dining? next entry la pulak erk... 
nanti habis tenaga taip entry panjang2. :p


**sorry... gambar kurang berkualiti. ambil gambar di senja hari kekdahnya**


gambar rasmi hari raya Aidilfitri tah ke berapa tuan dan puan rumah.



gambar raya tuan dan puan rumah bersama teman2...

**gambar belas ehsan makhenchek NeenaAnuar**



Monday, October 7, 2013

Hijab Tutorial: Shawl labuh di dada mahkota terjaga #part3


Maaf kesayangan yang inbox dan komen2 di IG mintak saya buatkan tutorial cara pakai shawl labuh di depan dan belakang. amponnnnnnnnnnnn... tak terbuat lagi.
nak buat video memang tak pandai lah...
nak buat tutorial bergambarajah kena tunggu laki bagi kerjasama dulu.

sebagai tak menghampakan kesayangan2 saya yang manja menggedix ni,
saya share youtube org lain punya tutorial.
enjoyyyyyyyy~~~~

saya selalu jugak pakai gaya ni tapi yg tang pendeknya tu saya panjangkan sikit supaya bila yg pendek tu ditolak ke bahagian belakang, ianya akan lebih labuh menutup bahagin belakang.


yang ni tak pernah try lagi.



tapi biasanya shawl saya pakai saya custom made sebab shawl di pasaran tak cukup lebar untuk saya. melainkan wide shawl yang bercorak macam NI. tapi ni memang saya dah jatuhkan hukum wajib pakai inner neck yg labuh sikit kat dalam. ala... byk skrg kat pasar malam tudung express awning lembik tapi kita transformkanlah sbg inner neck. 


SELAMAT MENCUBA dan terus berusaha menjaga aurat kita wanita gojes sekalian.

"LET VEIL OUR AURAH FOR BRIGHT AKHIRAH"






Sebab aku sayang...


Sahabat...
ramainya hari ini memilih stongan (baca stokin tangan) sbg pengganti lengan baju yg pendek jadi panjang.
stongan itu sifatnya ketat...
ia hanya mampu membalut lengan agar tidak kelihatan warna kulitnya dan bulu2 roma halus manja di lengan putih gebu.. tapi bentuk lengannya jelas kelihatan.
jadi jangan disalahgunakan penggunaan stongan.
ia fungsinya sbg penyelamat agar tidak kelihatan pergelangan tangan bila lengan baju tersenteng tanpa disengajakan.

terkadang kita tak faham antara tutup aurat dgn balut aurat.

terkadang kita juga terlepas pandang...
baju kita dirasa cukup longgar, tapi ada getah di pinggang.
bukankah itu dah pamer bentuk badan?
untuk selamat, pilihlah yg lebih selamat...

dan sama2 kita pesan pada diri kita: tutup aurat bukan pilihan.
boleh pilih berstokin bila ke masjid, buka stokin bila bercanda di tepi pantai.
bertudung litup ke office, bertudung singkat bila keluar berhibur bersama teman.
pakai tudung di luar rumah, tapi tak kisah buka tudung dalam rumah tapi upload gambar di instagram.

ambil lah pesanan ini di sisi yang positive.
sedang aku berkongsi, aku sedang berpesan pada diri.
tak ape... yg tak tahu, kita fahamkan... yg terlupa, kita ingatkan.

itulah gunanya sahabat kan?!



**googled**



Friday, October 4, 2013

Home Deco InaAchik Baiti Jannati? teaser la dulu erk...


Ramai PM mintak saya share tentang dekorasi rumah kami.
mcm saya ckp dlm entry sebelum NI, rumah kami takde dekorasi mana pun.
sebelum ni memang saya malas nak share pun... tapi bila ramai PM mintak share dekorasi kot2 bagi deme idea sama, mcm tak sampai hati la pulak.
mcm budget pon ader... kunun eklusif sgt la konon umah ko nak kerek2. 
ehhhhh... takde maksud camtu tau!
susah nk jaga hati org ni...
share kang kata nak bermegah pulak.

abaikan2...
kita ambik positive side yer semua.
anggap perkongsian ni perkongsian ilmu kot2 berguna utk jadikan kediaman kita semua sbg tempat yg paling menyenangkan.


kata teaser... sekeping jer dulu la...
gambar pon ala kadar jer.

bertemu di lain episod. 
muahahaha~~~




Aktiviti osem malam jumaat. ehemmmm~~~





berada dalam bulatan ini setiap malam jumaat sangat bermakna untuk saya.
bertemu lutut2 kami menyerap aura2 positif sesama sendiri...
terumatamanya dari Murobbiah kami.

malam tadi pertemuan ini dimulakan dgn bertadabbur Surah Al-Lail.
surah yang dimulakan dgn sumpah Allah;
tentang perbezaan kelam malam menutup cahaya terang 
dan terang siang menampakkan dgn terang yg remang dan tersembunyi...
sebagaimana bezanya kejadian lelaki dan perempuan... jantan dan betina.
begitulah diibaratkan usaha manusia itu berlainan dan krn itu balasannya juga berbeza.
usaha kebaikan akan membiakkan lebih banyak kebaikan dan
amalan keburukan membiakkan lebih banyak keburukan.
surah ini menerangkan bahawa amalan-amalan yang dikerjakan dengan tulus ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah itulah yang membawa kebahagiaan di akhirat kelak.

sorang demi sorang membaca dengan alunan tersendiri.
Allahu... surat cintaMu bukan sekadar untuk dilagu...
tapi bahasa indahMU memberi peringatan dan petunjuk besar untuk kami.


kemudian beralih pula kepada Kitab Tauhid.
mengupas tajuk "Manusia hendaklah melihat kepada makananya"
disampaikan oleh sahabat bulatan kami dgn penyampaian yg sgt bijak.
kagum saya! terima kasih Kak Lina!
dari makanan yg terhidang, yg perlu dilihat bukan sedpnya makanan semata.
tapi dari makanan kita mengenal sifat2 Allah:
Yang Maha Memberi Rezeki (Ar-Razzaq)
Yang Maha Bijaksana (Al Hakeem)
Yang Amat Mendalam Pengetahuannya (Al-Khabeer)
Yang Maha Mengetahui ( Al A'lim)
Yang Maha Mengasihani ( Ar-Rahim)
Yang Maha Pemurah (Al-Karim)
Yang Maha Memberi Petunjuk (Al-Hadi)
Yang Maha Menghidupkan sesuatu (Al-Muhyi)
Yang Maha Membentuk Rupa lagi Maha Mencipta (Al-Musawwir)

dan ada sentuhan mendalam dalam pertemuan malam tadi.
arghhh~~~ malam yang sangat kaya emosi. maaf, klon neng yatimah muncul di pertemuan itu.
seperti biasa, Kak Lily sentiasa jadi penyelamat bagi tisu. terima kasih Kak Lily!
sungguh, saat teruji begini, perkongsian tarbiyah sangat menyentuh hati.
menusuk lalu terbenam di lubuk paling dalam.
tapi sungguh... 
air mata yang gugur itu adalah tanda redha, syukur dan lega atas segala ujian yang Allah turunkan.
rasa Allah sdg menyampaikan salam rindu tanda kerinduan ingin melihat hambaNYA bersujud memohon dan mengharap segala pergantungan kepadaNYA.
Allahu... terima kasih atas ujian yg dtg pakej dgn sabar dan redha ini ya Allah.


nukilan dari Murabbiah:
Ada sentuhan yang mendalam di dalammya. Mencetus perkongsian pengalaman yang amat berharga daripada setiap ahli. Titisan air mata menjadi saksi atas rasa kesykuran di atas perubahan sikap diri yang amat ketara setelah mendapat tarbiyah.

Ujian hidup yang melanda kalau dulu dianggap sebagai badai yang bakal merobohkan apa saja, kini menjadi seperti angin lalu menyapu lembut rasa redha dalam diri. Tiada lagi rungutan dan ungkitan, yang ada ucapan hamallah, pasrah dan yakin Allah menguji untuk meningkatkan ketaqwaan diri. Uhibbukum ya akhawaati "usrati jannati"


Usrati Jannati ku sayang... terima kasih atas ukhwah ini...