Friday, September 27, 2013

Bicara pagi Jumaat suami isteri


Ditekankan di sini... PAGI yer! :p

isteri: "suami... dengan ini isteri umumkan isteri on diet!"

suami: "ok! tapi kalau nak diet semangat kena kental! ni pagi tadi baru tak jumpa stokin dah taknak gi gym mcm budak taknak gi sekolah. lainkali, kalau takde stokin, kaki ayam pon gi gym jugak! tau?! bla bl bla bla blaaaa............."

isteri: bluekkkk~~~

pinjam stokin suami


 kejadian sebelum datang kerja.
atas nasihat doctor, boleh cycling jer.
ni pun semput tahap nak mintak bantuan pernafasan mulut ke mulut. ops!


bento azlina untuk hari ini. 


tah berapa hari la mampu bertahan  ni! kihkihkihhhh~~~
eh, azlina kena kekal positif!
kata2 negatif akan membunuh azammu...
gambateh azlina!!!
chaiyok azlina!!!
:))


salam Jumaat yg indah penuh barakah sahabat dan kesayangan.


 

Wednesday, September 25, 2013

Bonding time suami isteri





buat pasangan suami isteri, sentiasalah cari aktiviti utk mengeratkan cintamu. 
bonding time bkn setakat keluar makan2 dan jalan2.
juga bukan sekadar menonton wayang kegemaran bersama. 
membaca Surat Cinta dari Allah bersama juga bisa menguatkan cintamu. 
semakin kamu mencintai Allah, semakin mekar cintamu pada manusia. 
bercinta sampai tua dan insyaAllah sampai syurga



Tuesday, September 24, 2013

Jika vs Mungkin




Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari anak yang liar.


Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.


Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.


Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.


Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.


Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.


Jika tiada rezeki hari ini, 
mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.



Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.

Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

#bukan kalam saya... saya copy dari Facebook.







 Allah dah atur baik punyer... 
kadang kite tak sedar kelebihan nikmat yg Allah bagi bila asyik pandang satu nikmat yg Allah lambatkan.
BERGEMBIRALAH!.
SENYUMLAH!
kerna sedang kamu menangisi kekuranganmu, 
kamu sedang punya apa yang orang lain tak punya.





hidup terlalu singkat untuk bersedih...






Thursday, September 19, 2013

Cemburu???


cemburu sahabat berumah di tepi pantai, 
tapi tahu kah kamu tiap tahun dia ganti kipas baru yg senang berkarat?

cemburu rumah kawan ada penghawa dingin,
tahukah kamu dia menangis tiap kali membayar bil?

cemburu teman berjalan sini sana,
tahukah kamu dia makan udang ketam sebulan sekali time gaji jer?

ubatnya... 
syukur apa yang kita ada...
bila redha... bila syukur... selesai masalah cemburu. 



nikmati hari-hari indahmu...

berbahagialah dengan apa cara yang kau mampu...


dan berbahagialah melihat sahabat-sahabatmu berbahagia.








dan terasa ingin berkongsi madah tak berhelah yang indah...

Imam Shafi'i membuat suatu analogi yang cukup indah melalui syairnya:

"Berkatalah sesuka hatimu untuk menghina kehormatanku. Maka diamku dari orang yang menghina adalah suatu jawapan. Bukanlah ertinya aku tidak memiliki jawapan, tetapi tidak pantas (tidak padan) bagi seekor singa melayani kerenah anjing-anjing".





sekian...




Thursday, September 12, 2013

Pilih bulu katanya...


terbaca entry l.a.m.a... emosi diragut.
wanita badang ini memang berhati tisu.


-------------------------------------------------
akak... saya tak tahu baca Quran...
saya tak tahu sembahyang...
mak ayah tak pernah sekali pun tanya saya tahu sembahyang atau tidak.
kalau saya x sembahyang, utk apa saya bertudung?!
tapi kebelakangan ini, bila nak tidur macam2 saya fikir:
utk apa aku dijadikan di dunia?
sedang aku akan pulang ke sana...
sedang aku tak punya bekal apa2...
Allah dah bagi segalanya tapi aku masih memilih utk menjauhiNYA.
aku hidup utk apa sebenarnya?!
(kisah benar dlm pertemuan 4 mata antara saya dan dia)
-------------------------------------------------


sedihnya... sedar berapa ramai antara kita masih tidak tahu cara solat dgn sempurna.
baca Quran apatalah laginya...

dan kita...
kita yg kunun baiknya. nak jadi daie katanya...
jgn memilih bulu dan memandang rendah pada sahabat2 yg kita pernah berada di 'daerah' sama yg lebih kurang je jahil kita.
yer, perlu cari sahabat yg baik... dorong kita jadi lebih baik.
tapi jgn lupa ajak kawan2 kita yg lain, jalan sama2... sama2 ubah diri jadi baik.
itulah gunanya kawan...

kadang2 tak mampu nak tegur secara berdepan. hanya mampu berkias apa ada sahaja...
terus berkongsi ilmu2 yang kita rasa ada manfaatnya.
dalam hati, doa minta saudara dan kawan2 diberi hidayah bagaimana Allah sudi beri pada kita yg hina.
jangan pernah berhenti mahu rasa lelah.
biar ada kata2 "ustazah segera" atau "tunjuk baik padahal dulu sama jer jahilnya"...
biarkan!
yer, walau kita tak se-maksum Rasulullah saw yg sabar dlm perit dakwah baginda, kurang2 kita mencuba.
cuba apa daya... walau org kata lagi... "kalau setakat berdakwah di muka buku je tak guna!".
lebih baikkan dari merapu merepek benda tak guna?!

sama2 kita jaga hati... agar hati tak mati.
sama2 kita tilik kekurangan diri. agar tak bongkak mendongak langit.
yang kurang kita sama2 perelokkan...

akhir kata...
kita itu ingatan keras untuk aku sebenarnya.
semoga hati kebal tak lut dgn kata perli mahu cepat putus asa.
kadang ada yang terasa sebab Allah sedang ketuk hatinya.
bukankah itu lebih baik dari mereka tak rasa apa.
tapi bila mereka berubah sama, apa lagi yang lebih bahagia?!
jawapannya, tak ada!

ya Allah...
tetapkan aku di jalan mujahadah.
biar tak punya sijil atau gelaran ustazah.
sentiasa ingatkan aku yang dakwah itu tugas setiap insan.
jangan tamak nak masuk syurga sorang2...
perelokkan akhlakku lebih dari apa yang dizahirkan.

-azlina hasan-


**tq pakcik Google**







Sudi kiranya...


Tanganku akan hancur di dalam tanah, 
yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku
Moga sesiapa yang membaca tulisanku, 
doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka).
-Imam Shafi'i-

tetiba sebak amat terbaca tulisan ini.


sahabat...
aku tahu aku bukan sasterawati yang bijak menyusun kata juga menulis puisi.
aku juga bukan ilmuan berijazah hebat berbicara tentang fakta dan ilmu pelbagai.
aku hanya insan kerdil penuh khilaf yang hanya berkongsi ilmu sedangkal serta cerita perjalanan hidupku.

aku juga tahu...
tulisan dan kata-kataku di sini mati...
sehingga ada hati-hati yang yang hidup menghidupkan kata-kata yang mati ini...

tapi andai ada tulisanku yg bermanfaat... sudi kiranya doakan aku.
doakan aku dijauhkan daripada azab api neraka.
kerna bekalku amat sedikit untuk dibawa pulang ke sana.







*nak bawang.! nak bawang!*


Wednesday, September 11, 2013

Merempan?! sendiri meroyan... ;)


Bila...
kata sering disalah ertikan… 
kadang teguran seolah mencari kesilapan… 
kadang diam dikatakan kesombongan… 
kadang tidak berbalas komen dikata tidak pandai berukhwah sdg ayat sentiasa berbaur tarbiyah. 


Beginilah manusia kalau hati diisi hasad dan prasangka, 

semua org tidak kena.

Ah, biarkan dia…
biar dia dgn penyakit hatinya.
minta Allah jaga hati dia dan hati2 kita.
bebas dari prasangka.
terkadang mungkin ini teguran Allah pada kita.
Mungkin ada silapnya dari kita juga…

Muhasabah diri yg terbaik…

ada kurang, kita perbaiki...
ada lebih, kita kongsi...

cari redha Allah lebih dari manusia.
hebat lagi boleh jaga keduanya.
itu sama2 kita usaha.


jangan merempan tak tentu pasal nanti sendiri yg meroyan dan sakit jiwa. 
peaceeeee yooooo~~~ hehehee...



Wednesday, September 4, 2013

Not my so wordless wednesday: Cemana ko boleh pergi wedding retis ni?!

jawapan:
pergi atas jemputan. :)

tanya lagi...
"cemana boleh dapat jemputan?"
dari pelanggan jadi kawan...

awal perkenalan...



pertemuan seterusnya...




 terima kasih atas ukhwah ini kak Abby Abadi...
u r humble... kelakar juga! ;)
pedulikan suara2 mereka... 
mereka kenal sedikit, lebih bila mengata.
kita hidup cari redha Allah lebih dari manusia...


SELAMAT PENGANTIN BARU ABBY ABADI&FARHAN
semoga bercinta sampai SYURGA,

:)



Tuesday, September 3, 2013

Bicara rakyat pertengahan bersama salam DUAPLOHSEN...


Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia. 

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.

Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

****************


akhirnya ada bicara yg luah apa aku rasa. terima kasih wahai penulis qalam!
 
oh kesian pada yg mereka yg tak sudah bicara "bersyukurlah dgn keamanan yg Malaysia ada." 

heyyyyy, ko tahu tak bersyukur tu ape?! 
dan ko yakin sgt ke Malaysia ni aman even jenayah sini sana... 
tembak menembak mcm dah kat SIAM?! 
bukaklah mata... jgn bercakap pakai voucer BRIM!



janji PM tersayang sebelum pilihan raya.



hadiah Merdeka dari PM selepas pilihan raya.
tak ape... next pilihanraya, mereka akan lupa. 
MELAYU KAN MUDAH LUPA!



sekian salam DUAPLOHSEN dari saya, rakyat pertengahan.




mata akan memandang sebagaimana otak berfikir. fikirlah ikut kotak dan keperluan masing2. 
berdebat pon tak guna... berhak setuju atau tidak.

yer, negara kita jauh lebih baik dr apa yg berlaku di luar sana. 

jadi berdiam diri dan bersyukurlah apa yg ada. 
sekurang kurangnya kita masih mampu mkn dan pakai dgn selesa. 
org lain yg struggle utk mencari rezeki akibat kekangan ekonomi semasa buat apa kita nak fikir, 
bkn tanggungan kita.
[ayat sinis yg tak menjadi]