Wednesday, August 28, 2013

Banyaknya kau minta diberi???


Kau minta mahu masuk universiti… Allah bagi…

kau mahu graduate dan mahu kerja bagus… pun Allah bagi…


kau mahu punya suami sayang kau sepenuh jiwa… dgn izin Allah, kamu miliki…


kau mahu rumah… ya Allah beri lagi…


banyak urusan dunia kau Allah mudahi…


Kau di kelilingi orang2 yg menyayangi dan disayangi…


apa lagi kau mahu dan minta diberi?!

mahu mengeluh hiba utk satu dua hal yg Allah duga dan uji?!

hey hey heyyyyyy… 

hidup kalau tak mahu diduga dan indah semuanya itu ada di SYURGA!!!

jadi… usahakanlah di dunia selagi ada sisa masa…

ya... ya ya....
aku tahu kau dan aku manusia biasa...
terkadang rasa mahu menangis bila teruji.

ah, dasar perempuan hati kristal dan banyak air mata.
ah, baik menangis dari sesak jiwa tahan sebak di dada.

Menangislah jika itu redakan sakit di hatimu... derita di jiwamu...
tapi jangan menangisi episod hidup yg telah Allah atur dan tentukan untukmu...
kerna MENANGIS DAN MENANGISI itu jauh bezanya...







"Rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir."

[ "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."]





Monday, August 26, 2013

Masih pulang ke 'daerah' sama...

kenapa yer...
masih berpaling dan kembali ke 'daerah' lama setelah Allah bukakan jalannya...
telah berkali mencuba... tapi tetap pulang ke daerah sama!
kenapa susahnya saya nak istiqamah?!!!
kecewa dgn diri sendiri...

contoh merujuk kepada situasi ini:
dari bertudung biasa... ke bertudung labuh elok tutup dada. 
baju dilonggar dan dilabuhkan, sorok susuk tubuh.
mula sedar dan faham stokin itu bukan fesyen org berubah jadi baik ataupon pakaian ustazah, 
tapi kewajipan utk menutup aurat kaki.

tapi ini tak bertahan lama... 
rasa tudung labuh tak trendy... 
baju longgar gelobos buat diri nampak gemuk. 
stokin? ala... aurat kaki jerpon, kalo dosa... kecil jer kot?

sahabat...
aurat kita wanita tak terlindung dgn tudung singkat tayang dada...
baju ketat tunjuk susuk tubuh dan lemak.
stokin pakai bila suka... tak pakai bila lupa letak stokin kat mana.

dan tak lengkap konsep tutup aurat kalau berstokin tapi baju ketat tudung singkat. 
atau tudung labuh tapi tak tutup aurat kaki, lengan baju tersenteng sampai nampak lengan.

bagaimana nak istiqamah atau realisasikan fahaman menutup aurat yg sebenarnya?
yg belum mula... mulakan! 
jgn kata tak mampu kalau tak cuba dahulu. 
tak susah mana pun... sungguh ni ai tak tipu! 

dah mula... cemana nak istiqamah?
buangkan sikit kegilaan pada fesyen.
eh wanitakan sukakan kecantikan?! mana boleh buang rasa nak berfesyen?
hei hei hei wale wale heiii... siapa kata tutup aurat tak boleh nak cantik? tak boleh berfesyen?
eh cantik juga ape!
dan cerdikkan fikiran bagaiman berfesyen dalam Islam.
jangan sempitkan fikiran tutup aurat yg sebenarnya perlu berjubah mahu bertudung bulat macam ustazah di sekolah PASTI...
pakailah apa mahumu yg penting baju tu longgar... labuh... tak tayang dada dan susuk tubuh. 
pakai stokin pon cantik ape, boleh tutup kuku cagu! huhuuu... :)


eh... bosan la cik kaki... asyik tulis topik sama berkali kali...
pasal aurat tak habis2 lagi...
eh, kenapa harus jemu?!
syukur andai kata ada satu hati terbuka setiap kali pesanan diulang tayang...
yg pasti, ini cara tarbiyahkan diri sendiri.
berpesan pesan... 
dah pesan takkan tak praktikkan pada diri sendiri.
kalau tak, itu namanya cakap tak serupa bikin! ;)


ayuh!!! persiapkan diri ketemu ILAHI.


# maaf andai ada email dan persoalan tak dijawab secara khusus... soalan sama dan jawapannya juga sama. terkadang saya punya kekangan masa. maaf juta2...



Wednesday, August 21, 2013

Salam Aidilfitri buat kesayangan hamba...

Assalamualaikum kesayangan hati hamba...
lamanya tak menulis berbicara di blog picisan hamba.
nak kata sibuk tak juga, tapi jiwa menulis tu tak ada...
yang ada, mood makan2 raya sahaja.
hehehee...

harap masih tak terlewat kiranya jika saya baru nak ucap SELAMAT HARI RAYA.
AMPUN MAAF dipinta.
susun 10 jari memohon keampunan atas terlanjur kata, terguris bahasa atau lantang bersuara...
maaf juga andai ada perkongsian buat hati terluka.
saya sayang pembaca blog saya.
senyum.

tahun ini raya paling sederhana,
tidak lagi teruja membuat persiapan raya.
dibelenggu rasa sedih tinggalkan bulan puasa.
tapi bila balik kampung, seronok pula!
hilang sedihnya bila ziarah kaum kerabat juga sahabat taulan yg dah lama tak jumpa.
ditambah pula dgn juadah2 raya yg terhidang depan mata.
ngap saja kerjanya! senyum lagi.

dalam seronok berhari raya...
harapnya TARBIYAH RAMADHAN tidak pergi begitu sahaja.
jadi titik momentum IMAN utk bertemu RAMADHAN akan datang harapnya.

tahun ni raya di kampung mertua.
tak kisahlah di kampung sendiri atau mertua, sama sahaja...
dua2 keluarga saya.

pagi raya...
seawal Subuh dah jaga...
hari kebesaran hadiah Allah dimulakan dgn mandi sunat hari raya.
dan pagi tu kami nak solat di masjid jauh sikit dari kampung suami saya.
saya nak sangat solat di Masjid Rusila, masjid Tuan Haji Hadi.
Alhamdulillah, tercapai impian saya. :)



semua menangis bila mendengar khutbah rayanya...
apatah lagi bila yg menyampaikannya juga bersebak hiba.
kelam lagi anak tekak bila solat sunat Aidilfitri bersamanya.
Ayah Chik entah berapa kali terhenti bacaannya kerana sebak di dada.
saya? tinggal tak lap hingus di telekung sembahyang ja...

pesan Ayah Chik...
Marilah kita melangkah meninggalkan Ramadhan dgn taqwa yg lebih tinggi.



coretan riang ria raya bersambung di lain siaran ya...
saje taknak rosakkan puisi Aidilfitri saya. :p



Thursday, August 1, 2013

Sebarkan Cintamu!


Assalamualaikum kesayangan2 hamba...
semalam saya terima massage dari sahabat saya, Syafiqah Yap.
minta saya panjangkan harapannya...

------------------------------------------------------------------------
assalamualaikum..ina, sy ada sesuatu nak minta tolong ina boleh?
ada seorg classmate skolah menengah saya dulu, anaknya ada barah darah (leukimia).
kwn saya nama dia eda, skrg sdg menjaga anaknya d hkl..

ni sedikit detail ttg anaknya:

nama : muhammad iskandar zulkarnain (nama gelaran is)
DOB : 8.9.2012
usia ketika mula sakit : 7 bulan
usia skrg : 10bulan

keadaan terkini Is setelah melalui beberapa operation n chemo slama beberapa bulan, 
doc kata is tak boleh jalani chemo lagi sbb ada darah beku dalam badannya..
ibu is, eda skrg xbekerja n suami tiada d sisi..
tp tpaksa menanggung segala perbelanjaan perubatan is..
jd sy bcadang utk bantu mendapatkan bantuan kewangan untuknya sedikit sbanyak..
sy nak minta tolong ina war2kan d blog ina boleh tentang is? 

kepada sesiapa y ingin menyumbang :
cimb bank : 14081279921522 
(Eda febry binti rusman - ibu is)

------------------------------------------------------------------------

melihat gambar2 IS yang dikirimkan bersama, runtun hatiku...
yer, aku bukan ibu... tapi naluri keibuanku tidak mampu menghadam gambar2 itu...







sahabat2ku...
jika berkemampuan, bantuan kewangan kalian diharapkan.
tak mampu banyak, sedikit.
tak mampu hulur duit, sudi kiranya iringkan doa kesihatan adik ISKANDAR dalam doamu...

tapi bayangkan, kalau followers saya yang 1334 ni sumbangkan RM10 seorang... 
banyak juga sumbangan utk adik IS.



kongsikan banner ini dan SEBARKAN CINTAMU!