Friday, June 28, 2013

Sesi dialog laki bini di malam Jumaat. eheeemmmm...




ok Perbualan laki bini di malam Jumaat ini bebas dr sbrg unsur2 18sx yer. masih sesuai untuk tontonan umum. tapi saya tak bertanggungjawab kalau anak2 dara yg masih belajar kat Uni tetiba geletis nak kahwin jugak sebab kahwin dan berkasih sayang krn Allah itu hasilnya adalah super ohsem! ;)

isteri: suami... kite rasa x larat sesangat nak gi usrah mlm ni. badan penat sgt.



suami: isteri tahu x... org yg lawan nafsu dia tu adalah jihad yg besar! lawan isteri! bla3 (syarahan ringkas dr suami)....




*lalu bangunlah isteri dan bersiap... 




suami: mesti nafsu menangis mlm ni sebab isteri abg kuat! 



isteri: dia biasa jer... x sedih mana pon (sambil wak muka toye)




*bila nk keluar. suami hantar sampai muka pintu. bagi air masak dlm botol sbg bekal

suami: nah, abg wak air utk isteri (air masak jer pon kot). isteri drive lek lok yer... niat krn apa?



isteri: kerana Allah. suami, nak salam! 




********
Alhamdulillah... QADA' (perlaksanaan takdir) nya  ialah: dgn suntikan/ceramah suami, saya cuba dan berjaya lawan nafsu malas dan usahakan utk ke usrah... dan QADAR (ketetapan takdir) nya Allah sudah takdirkan saya memang bersama-sama Bulatan Gembira saya yg ohsem malam tadi. 



itulah tajuk usrah malam tadi: KEPERCAYAAN KPD QADA' & QADAR. topik akidah yg agak berat juga. tapi Alhamdulillah... mendapat penjelasan yg saya tak dapat di sekolah mahupun universiti. 

kesimpulan:
kita adalah apa yang kita nak. bila kita nak yg baik, kita usahakan yg baik, insyaAllah Allah dorong kita yg baik. 

Salam Jummah buat kesayangan hamba semua.

sorry minggu ni tiada entry membina sebab tuan tanah super busy. tegang segala urat saraf tunjang dan sendiri. dan peluang bekerja di hari minggu seakan mekar mewangi. oh Tuhan, permudahkan urusan2 kami..



Tuesday, June 25, 2013

Perkongsian Ilmu Seciput: Akad jual beli (Online Shopping) di sisi Islam

ASSALAMUALAIKUM kesayangan2 hamba di sini... semoga dalam kasih sayang dan redha ALLAH sentiasa...

saya difahamkan; jika online shopping, AKAD JUAL BELI hanya boleh berlangsung selepas barang sampai kpd pelanggan. dan saya sangat hargai kalau customer dapat barang, msg ckp brg dah sampai dan kita sama2 akad jual beli. insyaAllah, ada barakah utk kedua belah pihak.

Untuk mulakan bisnes, selain belajar selok belok ilmu accounting, margin keuntungan, kos overhead semua, jangan lupa ilmu jual beli di sisi Islam. aplikasikan Islam dalam setiap urusan hidup dan semoga kita berkat dunia dan akhirat. :)

#ILoveISLAM! :)




Friday, June 21, 2013

JEREBU - Fikir di luar kotak logik semata.


Assalamualaikum w.b.t. wahai kesayangan-kesayangan hati hamba...
syukur Allah masih bagi kesempatan waktu untuk kita sesali dosa2 lalu dan kembali kepada fitrah dan membaiki iman yg 'sakit'.




Semalam quit shock la jugak bila dengar berita indeks JEREBU di beberapa buah negeri di paras bahaya, terutamanya di Johor dan Melaka. beberapa sekolah kat JB dah kena tutup utk sementara waktu. banyak aktiviti luar terpaksa dibekukan. macam kawan saya, gi bercuti Melaka pun terpaksa terperap kat hotel jer sebab risau kesihatan anak terjejas akibat jerebu ni. dan paling worst kat Singapore kot. sampai club2 ditutup (bagus sangat ler tuh!).

mungkin kita lihat fenomena jerebu ni kesan daripada pembakaran hutan di Indonesia. tapi pernah tak kita sebagai mukmin melihat fenomena ini di sisi yang lain? pembakaran itu sbg asbab nya sahaja?

dalam Al-Quran, ada satu surah khas menyebut pasal ASAP/JEREBU ni dalam surah ke-44, iaitu Surah AD-DUKHAN (bermaksud: Kabut,Jerebu atau Asap). Surah ini dinamakan Ad-Dukhan kerana Allah menjadikan asap tebal seperti kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap bagi mempertakuti atau memberi peringatan kepada yang tidak mahu percaya kepada hari kiamat dan pembalasan; sebagaimana yang Allah nyatakan dalam ayat 10 dalam surah ini. 

"Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)" [Surah Ad-Dukhan, ayat ke-10]


dan saya terbaca satu hadith: Imam Muslim meriwayatkan dari Hudzaifah RA

Kiamat tidak akan terjadi hingga kalian melihat 10 tanda. lalu baginda menyebut antaranya jerebu. (Muslim, #2901)

Marilah kita muhasabah diri banyak2... pandang dan lihat sesuatu kejadian/hal yg berlaku di luar kotak logik semata. ada banyak peringatan yang Allah beri. dunia dah tua sangat... dah rosak teruk akibat perbuatan dan kerakusan manusia. dan kiamat itu dekat... mati itu bila2 masa. Allahuakbar! kembalilah wahai anak adam... kembali kepada fitrah diri kita yg sebenarnya suci. kembali ke Jalan Allah... jalan yang dijanjikan syurga.


Wallahu a’lam (Dan Allah Yang Maha Mengetahui)


Thursday, June 20, 2013

Tajuk entry hari ini adalah ntahhapehapentah

lama tak berpoyo poyoan wak entry tah hape2. 
cam rindu pulak nak merapu meraban.

ok, tajuk entry hari ini adalah ntahhapehapentah yg berbentuk repekan random semata.
kalau taknak baca pun takper, takde keuntungan langsung untuk tambah saham akhirat anda.
tapi kalau nak join mereng ngan tuan tanah sekali dua kala, dialu alukan. :p

# repekan pertama:
saya tak suka lelaki bergelang berantai segala. hilang satu sifat ketokohan sbg IMAM dan KETUA KELUARGA. takyah kata: oh ini gelang magnet utk perubatan dan tenaga dalaman bla3. byk lagi caranya. longjack org kampung pon ade ;)

# repekan ke-2
jangan ajak saya utk MLM, saya tak suka dan tak berminat sepenuhnya. ada sejarah hitam yg saya xnak ulanginya! dan melihat beberapa org terdekat tanggung hutang bank krn MLM buat saya lagi tak percaya! tak semua org ada kebolehan sama. dan jgn tuduh org ni taknak ubah nasib ekonomi rumahtangga hanya krn menolak berMLM. dan hakikatnya back to REZEKI. REZEKI di tangan Allah dan DIA dah atur baik punyer. ;)

#repekan ke-3 nya
tiap kali saya kata nak start DIET, tiap kali tu la perasaan LAPAR membuak buak. tahap gigil kepala lutut! oke, saya TAK NAK DIET! hahahhaa...




ini bukan pengisytiharan diet.
ini hanya sajer nak dera perut sekali sekala.
nak tengok, mampu tak perut comelku bertahan sampai lunch dgn breakfast begini.
kalau agak2 tak tahan, dalam laci ada sebungkus lagi wholemeal bread ni.
jangan sampai nampak plastik roti pon sedap sudahhhhh...
hahahhaaaa...

# eh, bila dah masuk 3 carat ni keupayaan berdiet merudum dgn teruknya.



## meh meh merepek sama meh! segala repekan anda diterima di sini :)

Wednesday, June 19, 2013

Tuesday, June 18, 2013

Pertemuan buta 4 mata yang berakhir dgn penuh tisu atas meja buat lap air mata


Semalam, berlaku pertemuan buta...
setelah dia memilih utk stalk saya untuk 4 thn yg sudah.
akhirnya dia terpanggil utk melayangkan surat layang kpd saya.
yg membawa kepada pertemuan 4 mata.
pertemuan yg mengundang air mata yg tak henti2 nya...
penuh tisu atas meja.
berkongsi rasa yg mana saya pernah berdiri di mana daerah dia berada.

tangannya ku genggam erat.
tak payah utk ku selami rasanya...
saya rasa apa yg dia rasa...

tangisnya tak henti...
akak... saya tak tahu baca Quran...
saya tak tahu sembahyang...
mak ayah tak pernah sekali pun tanya saya tahu sembahyang atau tidak.
kalau saya x sembahyang, utk apa saya bertudung?!
tapi kebelakangan ini, bila nak tidur macam2 saya fikir:
utk apa aku dijadikan di dunia?
sedang aku akan pulang ke sana...
sedang aku tak punya bekal apa2...
Allah dah bagi segalanya tapi aku masih memilih utk menjauhiNYA.
aku hidup utk apa sebenarnya?!

Allahuakbar!
itulah hidayah namanya!

Ya Allah... kasih dan cintaMU tanpa syarat sebenarnya.
Kau maha tahu apa sebenarnya hambaMU mahu...
lalu KAU beri apa yg dia perlu.

adik...
akak bukan ustazah...
tapi ilmu yg sedikit ini akan dikongsi bersama.
hijrah kecil ini kita mulakan dgn solat.
tak mampu baca semuanya, baca yg wajibnya.
tak mampu juga?! kita mulakan dgn niat dan perbuatannya.
yg penting, kita mula!
kemudian kita perbaikinya...
kita keluar dari daerah gelap menuju jalan bercahaya!

ya Allah... jalan dakwah ini makin ku rasa nikmatnya!

-------------------------------------------------
wahai sahabat yg telah diberi amanat menjadi ibu dan bapa...
didiklah anak dgn ilmu agama.
solat bukan hanya perlu disuruh tapi ajarin cara solatnya.
bukan harap pada ustazah di sekolah semata.
jadilah ibu bapa yg tidak dipersoalkan yg kejahilan anak berpunca dari kita!
---------------------------------------------------



kita keluar dari daerah gelap ini...
kita cari cahaya ILAHI...





Wednesday, June 12, 2013

INAACHIK Baiti Jannati dgn konsep MINIMALIS - bukan entry deco-deco pun...


Alhamdulillah, awal tahun 2013, kami selamat masuk rumah yang kami tuan milik sepenuhnya.
walau kecik toet jer... tetap syukur. ini syurga dunia kami.
ramai yang inbox mintak saya buat entry pasal deco2 rumahkusyurgakununtinggidiawanbiru...
bukan taknak share, tapi takde apa nak share.
kami masuk rumah secara gamble.
tanpa renovation... tanpa perabot mewah...
tanpa kitchen cabinet dan plaster ceiling yg dah bertahun duk survey...
tanpa deco2 yang memacam dalam kepala otak dan kehendak nafsu serakah.
memandangkan kami beli rumah yg dah bertangan tangan, cukup dgn hanya baiki kerosakan kecil, pasang grill cermin segala, dan perabot basic yg memurah.

ok, cukup sangat dah untuk sebuah KEPERLUAN.
KEHENDAK semua tolak tepi dulu untuk sebuah KEWAJIPAN.
ada sebuah KERINDUAN yang tak tertanggung yang perlu kami lepaskan...
lebih dari KEMAHUAN yang mahukan sebuah kediaman yang cantik.
tidak apa2... merealisasikan KEWAJIPAN & KERINDUAN itu anugerah terhebat untuk kami...
kediaman sederhana yang menjadi KEPERLUAN lebih dari cukup.
Syukur amat atas rezeki ini ya ALLAH...

Jadi...
kesimpulannya...
tiada entry deco2 seperti sebelum ini...
INAACHIK BAITI JANNATI biasa2 sahaja...



masa ni baru lepas cat dan pasang lampu kipas segala.









dan sekarang, ini la ghupe INAACHIK Baiti Jannati...





putih suci dalam debu...
dah tua2 ni, suka konsep minimalis jer.
tanpa perabot yg banyak.
senang INA & ACHIK nak main kejar2 dlm rumah :p




Tuesday, June 11, 2013

Kunci KEMENANGAN!



"Syurganya... kesihatannya... kesejahteraannya... ketenangan... kekayaannya... 
semuanya bermula dgn SEMBAHYANG! 
bila mahukan sesuatu, mulakan dengan SEMBAHYANG. 

mahu isteri?! SEMBAHYANG
mahu mobil mewah?! SEMBAHYANG
mahu rumah besar?! SEMBAHYANG

SEMBAHYANG kunci kejayaan dunia dan akhirat.

tapi mengikut statistik, 2/3 penduduk Islam dunia tidak sembahyang


Dalam seruan azan:

"Hayya 'alal-falāh" 
Marilah menuju kemenangan.

lihat... Allah dan warning/bagitahu/annouce (ntah ape lagi) 5 kali sehari... 
SEMBAHYANG untuk KEMENANGAN. 


jadi, jika anda mahu menang, BANYAKKAN SEMBAHYANG!"


- 10/6/2013 | Syeikh Nuruddin Al-Banjari @ Masjid Al-Khairiyah. -





Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al Banjari 
setiap ceramahnya bagai beduk yg mengetuk titik2 hitam di hati saya...
sentiasa memberi tamparan hebat!
Syukur malam tadi diberi keizinan oleh Allah untuk bersila (lenguh bersila, bersimpuh, lenguh.. bersila lagi. huhuuu) di Majlis Ilmu mencedok ilmu dari beliau di kala iman di dada di tahap 'surut'...  
di kala solat wajib ada yg terlengah... 
ya Allah... satu tamparan hebat untuk saya! 
sekor setan gondol yg gemok dlm diri kena petir malam tadi! 
padan muka dia!!! huhhhhh~~~~~
Terima kasih ya Allah hantarkan 'utusan' lagi dan lagi untukku...



Monday, June 10, 2013

Perkongsian 'Surat Cinta' dari sahabat maya lagi ~ Susah ker nak ISTIQAMAH?


SURAT CINTA dari Chenta (nama rekaan semata. identiti sebenar dirahsiakan):

assalamualaikum ina.. =) ape khabar? harap ina sekeluarga dalam keadan sihat walafiat.. --> mcm karangan sekolah rendah.. :p

ouh..sblm terlupe..TAHNIAHHHHH atas pembukaan 'rumahkubutikku' =D
Chenta belom berkesempatan nk beli or jenguk lagi..sebab skrg mmg oversize laaa..lg badang dr ina kot.. :p pastu tk puas hati sgt nk beli2 online ni..kene pg tgk sendiri..huhuhuuu..insyaallah ade kesempatan nanti Chenta menyinggah ke butikmu itu...hehe

ingat tak dulu Chenta penah email ina tanye pasal jubah2 yang ina pakai..

hmmm...sebenarnye nk cite kt ina ni..Chenta ni tktau la nak cakap mcm mane..nk berubah tp tak istiqamah.. T_______T penah satu ketika, terdetik dalam hati aku kene berubah ni..dosa2 aku enSomi kene tanggung..okay pastu macam insaf..enSomi pon gembira...pastu memangggg tk istiqamah..dalam dua, tiga bulan lepas tu..jadiii mcm dulu balik..zaman jahiliah..huhuuu...mmg still pakai yg menutup, pakai tudung..tapi biase la..pakai la baju yg dulu2..lengan 3 suku tk pakai stongan dah.. T____T setokin tk pakai dah...huhuhuuu...kalo enSomi tegur, ade je la jawapan.. T___T  tambah2 mase mengandung..alasan panas la..pakai setokin kaki gatal..okay ni mmg kenyataan tp tktau sebab ape gatal..huhu..

tapi setiap kali bace blog ina..mmg Chenta mcm tersentuh...ape je yg ina cakap...mesti mcm DUSH! kene batang hidung.. 

sampai la malam tadi..tapi takde la pulak Chenta duk berpikir pasal ina sebelom tido..ntah mcm mane ina masuk dalam mimpi.. :D ina masuk keje kt opis Chenta .kite jadi kawan...dr situ Chenta nmpk ina live depan mata pakai baju2 yg ina selalu pakai..tutup aurat..cantekkk sangat..Chenta siap suruh ina promote 'rumahkubutikku' kt opis ni..tapi ina cakap..Chenta la tolong..Chenta pakai dulu..nanti kalau orang tanye, bole la bgtau beli dr ina.. :D huhuhuuu

mcm ina tulis dlm belog ina..bile kite nak berubah, Allah datangkan kawan yg akan membimbing kite.. adekah ini macam petunjuk? =)

sesungguhnyeeeeeeeeeeeee (ini ikhlas  bukan cobaan) Chenta nakkkkkkkkk sangat jumpe ina..huhu..tapi kdg2 pikir, cmne nk jumpe nye..kang segan lak..aku ni dh la kdg2 anti sosial..huhuuu..kang ina je duk gebang..Chenta duk mendengar... huhuhuuu...maka mcm cakap..jadi sahabat dlm alam maya je la.. =D

okay la..tu je nak cite.. T____T tapi hari ni mmg rase semacam je...sebak dlm hati kot..Allah dh bagi petunjuk sekali, Chenta dh sia2kn..tapi kali ni? hmmmm...insyaallah, Chenta nak berubah...ina tolong doakan Chenta..

terima kasih sudi baca email ntahhape2ntah dr Chenta ni yang juge ntahhape2.. :D


-Chenta-




SALAM Chenta...
ya ALLAH, surat Chenta dah mengundang 'hujan lebat' di Taman Melawati... sebak sgt2!
ina x tahu nk balas mcm mana sebenarnya... terima kasih atas ingatan dari Chenta...

tapi tang masuk dlm mimpi suruh promote rumahkubutikku tu mcm kelakar la pulak kan... hehehee...

Chenta, mmg x nafi... ramai kwn2 yg berubah skejap dan tak mampu nak istiqamah. yer, mujahadah berperang dgn syaitan dan nafsu sendiri itu menuntut kegigihan dan kesabaran yg tinggi. memang bukan mudah. tapi tak payah juga sebenarnya. tapi ina pegang satu; bila kita ikhlas benar2 ingin berubah utk mencari redha Allah, Allah akan bantu kita! dan hijrah itu bkn hanya pada pakaian, tapi cara kita berhubung dgn Allah. bila kita yakin seluruh jiwa raga dan jasad kita ini milik Allah, pasti segalanya rasa mudah. jaga solat wajib, bykkan solat sunat taubat... mengaji... insyaAllah, solat yg berkualiti mampu utk membantu kita utk jadi lebih baik.

meh ler jumpa... apa nk malu nya. kita eratkan silaturrahim dr alam maya ke alam nyata. ina berbesar hati nk jmp Chenta...

ina sentiasa doakan diri sendiri dan sahabat2 supaya dpt disitiqamahkan kita utk jadi muslimah yg lebih baik... jadi, Chenta x terkecuali. :)
insyaAllah, Chenta mampu... malah, mungkin boleh jadi jauh lebih baik dr ina. ina sendiri pun masih banyak utk diperbaiki.



****************************************************

tiap kali dapat surat begini... saya rasa Allah sedang hantar reminder untuk saya. untuk saya terus muhasabah diri dan perbaiki diri. yer, kadang kala iman kita goyah. seperti ada pasang surutnya pantai... 

biar berulang kali menaip hal yg sama, saya tak pernah lelah... saya tak pernah bosan. jika ada sepotong ayat untuk mengingatkan diri sendiri menjadi pendorong utk sahabat yg lain, mengapa saya harus bosan?! mengapa harus ada lelah?! apatah lagi jemu! insyaAllah... saya akan terus menulis tanpa jemu walau yang membaca itu hanya satu! atau hanya yg membacanya itu cuma aku...

sahabat...
PENGHIJRAHAN dan TERHIJRAHnya kita bukan sekadar pada pakaian, tapi cara kita berhubung dengan ALLAH. Solat dan ibadah yg sempurna akan membantu kita menjadi lebih baik. tingkatkanlah kuasa bertuhan... akui yg kita hidup sementara sebelum mati bertemu Ilahi. 

ya Allah...
bantu kami... berikan petunjuk dan bantu untuk ISTIQAMAH untuk menjadi calon2 bidadari Syurga.

Sahabat...
Ramadhan sebulan jer lagi. teringat kisah hijrah saya yg bermula pada 10 terakhir Ramadhan 2011. mungkin bulan mulia itu menjadi kekuatan utk saya memulakan langkah keluar dari kegelapan. barangkali setan2 semua sudah digari! yg tinggal saya kena bertumbuk bergusti dgn syaitan dlm diri. mungkin inilah yg mungkin menjadikan jalan hijrah saya seakan dipermudahkan (mungkin!). semoga kita sama2 jadikan Bulan Baraqah ini untuk kita dapatkan momentum yg boleh menjadi bekal untuk setahun (kalau umur panjang bertemu Ramadhan lagi). masa tak tunggu kita walau sesaat...




wahai PENDOSA... jangan putus asa...
kita masih ada peluang untuk 'padam'kn DOSA...
kerana kita ada Tuhan yang Maha mengampunkan DOSA...
yang penting, kita taubat nasuha atas segala DOSA2 kita...









Sunday, June 9, 2013

New Update from INACHIC Fashionable in Syariah Way - stok baru! :)







InsyaAllah, petang nanti saya akan upload gambar2 stok baru.
dengan rasa hormat dijemput jamu2 mata ke Page Blog Kakikusukaberjalan 
untuk jamu2 mata, pilih2 mana berkenan, lalu men-jebakkan diri dengan Online Shopping. :)

siapa cepat dia dapat. 
please ikut prosedur pembelian seperti yg dinyatakan sebab saya tak cukup kaki tangan. huhuuu...





#rumahkubutikku dibuka hari ni.



Monday, June 3, 2013

Dengan rasminya saya perkenalkan INACHIC Fashionable in Syariah Way. Meh SHOPPING meh! :)

*** Sticky Post***


Ehemmmmmmm... hemmmm... perasan tak kat bahagian TAB PAGE kat atas tu wujudnya page baru: INACHIC Fashionable in Syariah Way
cer klik tengok aper ader?! pastikan klik di awal bulan! baru tak meroyan! hehehehee...





Alhamdulillah... tercapai hasrat/impian untuk jadikan RumahkuButikku yang mana anda boleh membeli secara online atau jika anda jenis cerewet mcm saya; nak kena pegang, belek, timbang, cuba berkali kali, menari nari depan cermin sebelum beli, boleh ke rumahkubutikku. tapi by appointment la... siang hari saya masih bekerja sbg pemakan gaji lagi. set date bila nk dtg. boleh WhatsApp saya di no di atas.

INACHIC menampilkan pakaian yang insyaAllah akan memenuhi kriteria sebenar MUSLIMAH atau bahasa mesra alamnya ialah PAKAIAN PATUH SYARIAH dengan pendekatan: 
SIAPA KATA TUTUP AURAT TAK BOLEH BERFESYEN. ;)
jika fesyen yg kita suka tu nipis, jadi bijak dgn fesyen berlapis.
LEBIH LAPIS, LEBIH TEBAL, LEBIH LONGGAR = PAHALA LEBIH ;)
panas?! xper... dunia panas sikit jer nak banding kat Padang Mahsyar. kan?!

dengan rasa rendah diri, saya menayangkan beberapa koleksi
 INACHIC Fashionable in Syariah Way.
























untuk pembelian, sila TERJAH di 
Page Facebook Blog Kakikusukaberjalan.

sorry, banyak stok dah SOLD OUT. saya sendiri pun tak sangka sambutan sebegitu rupa... dalam masa 3 hari, hampir kosong butik (butiklah sgt kan). sekarang banyak hanger kosong dari baju-bajuan. huhuuuu...

lagi sekali, saya minta maaf dengan kesayangan di sini kerana langsung tak sempat nak update di blog ni. hanya kengkawan di Facebook jerla yg dapat berita ni. **siapa suruh taknak like Fanpage saya! :p**
 tapi jangan sedih kesayangan, next week insyaAllah saya restock yer...

INACHIC telah berjaya dirasmikan oleh diri sendiri pada hari Ahad 26.May.2013 dengan mengalu alukan kengkawan datang ke rumahkubutikku itu. tak ramai pun yang datang tapi sorang2 membeli belah secara pukal. tak sangka kawan2 saya semuanya kaya2! :)



RUMAHKUBUTIKKU :)


nanti saya sharekan gambar2 di Majlis INACHIC's GRAND OPENING. :)