Friday, April 26, 2013

Kembara Umrah March2013 [Part 2] : KLIA - Muscat - Jeddah - Madinah

Assalamualaikum kesayangan...

Tanpa perlu berbahasa basi, saya teruskan catatan kembara umrah ini. 

saya mengambil pakej 15H13M (13-27/Mar/2013) penerbangan Oman melalui Andalusia Travel & Tours. sebelum keberangkatan ni memang cuak sangat sebab masa ni timbul isu banyak VISA tak lepas dan ada kes jemaah umrah terkandas di airport. lepas tu boss yg baru balik dari umrah cakap, sana tengah pack sangat. kalau boleh tangguh, tangguh la dulu. lepas bincang ngan suami, suami kata dah tak mampu nak tangguh lagi dah. jiwa memang dah terbang ke sana. masa tu doa tak henti2 minta Allah permudahkan segala urusan dan Allah menerima kedatangan kami.

ikut jadual 13Mar bertolak. flight pukul 8 pagi. seminggu sebelum masih tak dapat apa2 berita dari pihak Andalusia. bayangkan betapa susahnya hati ni. akhirnya penantian berakhir pada hari Jumaat, 4 hari sebelum berangkat. baru dapat pengesahan yang VISA dah lulus. Alhamdulillah... happy giler masa ni. 

hari ganti hari... kerjanya menghitung hari. antara teruja dan berdebar silih berganti. teruja nak ke sana... dalam masa sama, risau adakah Allah sudi menerima hamba hina ini sebagai tetamuNYA... buku panduan Umrah diheret ke sana ke mari. (heret jer tak guna kalau tak dibaca. gulp~~~~)

13.03.13, Rabu...
masa yang dinanti tiba. debaran semakin memuncak. memandangkan pukul 5 - 5:30 pagi lagi kami diarahkan berkumpul di KLIA, jadi pukul 4 pagi dah kena bertolak dari rumah. bangun pagi, dimulakan dengan solat sunat tahajjud, solat sunat taubat dan solat sunat musafir. minta Allah permudahkan perjalanan kami dan jadikan umrah kami ini umrah maqbullah.

keberangkatan kami ke KLIA ditemani oleh mak dan abang ngah saya. lepas taklimat n letak beg semua, kami menunaikan solat Subuh di surau. kemudian sempat lagi breakfast kat OldTown White Coffee. oh lupa nak bagitahu, mutawwif kami gerak bersama kami dari KLIA. ini lebih memudahkan la...

suami dan abang ngah saya.

 masa ni oke lagi... happy2, gelak2 jer. lepas tu mula la scene air mata bila pelok cium minta maaf, mintak halal susu, makan minum semua ngan mak kite. dia mak... dia ayah. 
mak kite sedih... kite lagi sedih. :(

 teruja! subuh yang paling indah dalam hidup saya...


kembara bermula... flying without wings...

Oman Air di langit biru.

 laila masih dengan majnunnya... tiada terpisah seat nya. :)

1st meal - breakfast di langit biru

 2nd meal - lepas breakfast, minum pagi kan? apa2 ajerlah... orang bagi makan, kita makan. :)


perjalanan dari KLIA - Muscat, Oman ni ambil masa dalam 7 jam ++ gitu. jadi, manfaatkanlah perjalanan ini dengan xtvt yang bermanfaat. dengar Quran, baca Quran, banyakkan zikir... hafal beberapa doa yang susah nak lekat kat minda tak genius ni. banyak makan megi sangat! tapi biasa la... selagi tak last minit, selagi tu 'giant' dlm diri ni tak keluar. hehehee...

kami sampai di Muscat International Airport dalam pukul 11 pagi waktu tempatan. beza dalam 4 jam gitulah dari Malaysia. cuaca macam panas, tapi sejuk. cemana tu?! matahari terpacak, tapi suhu dalam 24-25 darjah gitulah... 


kami transit di sini kurang lebih 5 jam. puas tawaf satu airport tu kot. nak shopping tak dapek, sebab 1 Omani Riyal = RM 8! lap peluh dalam aircond jap! kihkihkihhhhh... nak makan pun berkira-kira. lepas la duk convert setiap harga meal tu ke ringgit malaysia. sudahnya, ambik keputusan 'pejam mata'. makan jerla... bila lagi nak cuba masakan diorang kan. lagi pun, perut memang mintak diisi dah pun. 

 ni around RM 30+- gitu lah harga meal ni. rasa nak kunyah ngan pinggan2 nya sekali.
nasib baik sedap. betul, memang sedap!!! nak bukti sedap?


v

v

see! tak toleh kiri kanan. takpe, makan bang... :)

window shopping jer la... tgk fridge magnet 2 Omani Riyal. oke, yang ni boleh congak. = RM16! 
gulpppp~~~ telan air liur banyak2 kali.

ni ntah port lepak yg ke berapa ntah...

kami solat qasar zuhur dan jamak qasar asar kat airport ni. surau dan toilet bersih amat. :)


kembara diteruskan...
Muscat, Oman ke Jeddah mengambil masa dalam 4 jam. sampai Jeddah airport dalam pukul 7 mlm gitu tapi nak tunggu semua jemaah kami lepaskan imigresen tu pepaham jerla... sempatlah solat maghrib dan Isya' di sini dulu. lepastu baru bertolak ke Madinah dengan bas yang mengambil masa lebih kurang 6 jam.

Jeddah Airport.

Alhamdulillah, perjalanan 6 jam tu rasa macam sekejap jer. sempatlah berhenti makan nasi bungkus yang telah disediakan oleh pihak Andalusia. lepastu sambung tidur. dalam sesedap tidur tu, Mutawwif kami, Ustaz Nazrin buat pengumuman kata kita dah nak sampai Madinah. jantung terus dup dup dupppp... waktu tu dah nak masuk waktu Subuh. masuk hotel, tunggu Ustaz panggil untuk bagi kunci bilik, naik ke bilik, letak beg, siap2 untuk Solat Subuh di Masjid Nabawi. Masjid Nabawi??? 

kaki di langkah... laju. ingin segera sampai ke situ.
 ya Allah... bagai mimpi! tears on pipi gebu...
***cerita berhenti di sini***



**********************************
SINOPSIS PERJALANAN:
**********************************


KLIA, KL --> Muscat, Oman = 7jam ++
transit 5 jam
Muscat, Oman --> Jeddah = 4 jam
Jeddah --> Madinah = 6 jam

my very long journey. perjalanan yang mengambil lebih dari 24 jam. bila rasa penat, terus kenangkan penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah yang mengambil masa lebih kurang 2 minggu dengan pelbagai dugaan dan cabaran. baginda dan sahabat jalan kaki jer... kamu jauh jauh jauh beruntung azlina... terus rasa bersemangat dan kisah penghijrahan Rasulullah inspired me a lot! 



# tips 1: untuk long journey macam ni, pastikan anda berpakaian selesa dan mesra solat serta wajah mesra wudhu'. :)



 Entry sebelum:




Thursday, April 25, 2013

Kembara Umrah March2013 [Part 1] : Baru muqaddimahnya

Assalamualaikum kesayangan...

&**#$@!!gdhhkljdg;;h... xxneyhajkkdkff... artdjk;lak;lgkagkl'lmggg@##$%%^&%**

ini bukan virus... inilah anda punca dari ketidaktahuan di mana harus di mula coretan perkongsian kembara penyucian jiwa di Kota Makkah dan Madinah saya dan suami. setiap kali saya cuba untuk menulis entry tentang hal ini, saya pasti blank. rasa yang tak tergambar dgn kata atau bahasa... tapi cukuplah saya kongsikan tentatif perjalanan, pemandangan dan sedikit gambaran.

bagai kata seorang sahabat saya...
"Man lam yazuq, lam ya'ariff" - siapa yg merasa, dia aje yg tau... 



keinginan untuk ke Umrah rasanya semua orang ada... tapi keinginan ini membuak buak di kala fasa 'penghijrahan' saya bermula pada Ramadhan 2011. tapi saya bukanlah orang yang ber-wangbesar. hari ni cakap nak pergi, bulan depan dah bisa tempah tiketnya. tidak... tapi percayalah, bila Allah menyahut panggilanmu untuk menjadi tetamuNYA, maka DIA permudahkan segalanya. bermula dengan tragedi air mata di mana kami suami isteri dikejutkan dengan kehadiran&pemergian khalifah kecil yg belum sedia dilahirkan menjadi penghuni bumi selepas 5 tahun penantian kami. mungkin syurga tempat terbaik untukmu wahai anak. ketika sang suami membawa kesedihan hati di rumah Allah, jatuh flyers umrah ke atas riba seolah Allah sedang memujuk hati: "ada yang lebih indah menanti kamu...". masa berlalu dgn pantasnya... belum pun setahun kisah itu berlalu, satu demi satu urusan dunia kami DIA permudahkan. Alhamdulillah, tanggal 20.12.2012 kami diizinkan untuk mendaftarkan diri untuk menunaikan Umrah pada 13.03.13. Alhamdulillah...

sesungguhnya DIA yang berhak atas setiap hal yang berlaku. Allahuakbar! 

kami mengambil pakej dengan Andalusia dengan penerbangan Oman. kenapa penerbangan Oman? sebab ini adalah antara penerbangan yang menawarkan harga yang termurah. orang kata transit memenatkan... tapi tak apa, kami bersedia untuk menerima segala kemungkinan yang ada. janji sampai ke sana! :)
kami memilih bilik berdua. manakan bisa laila berpisah dengan majnun nya. :p

sebelum pergi, kami sempat menghadiri kursus yang dikelolai oleh pihak Andalusia sebanyak 2 kali. selebihnya, kami membaca buku dan video2 ustaz2 yang dikenali di You Tube. memula baca buku, langsung tak faham apa. pergi kursus sekali... tak berapa clear dan masih blur2 lagi. lepas tu, balik dengar ceramah kat You Tube. lepas tu, gi kursus lagi dan masa ni boleh tanya apa2 persoalan yang kita tak pasti dari 3 sumber tadi. InsyaAllah masa ni kita lebih bersedia. ;)

berbalik kepada tarikh yang dipilih secara rawak tu, perempuan untuk ke umrah ni perlu berhadapan dengan penyakit 'panggilan bulan mengambang'. suratan atau kebetulan, saya terkena penyakit itu seminggu sebelum dan bersih betul-betul pada malam nak bertolak tu. lagi sekali urusan saya dipermudahkan! 
*so, jgn tanya saya pasal pil tahan period ker ape yer... memang tak dapat nak share tentang ini

sebelum keberangkatan pulak, tak putus2 rezeki dari Allah yang didatangkan melalui sahabat2 saya. ada yang dari kejauhan poskan tudung berdagu, yang dekat hadiahkan telekung solat yang berjenama yang saya sendiri tak terfikir nak beli, ada yang belanja makan. yang paling saya segan, bila sumbangan berbentuk wang. yang mana tak sempat jumpa, siap transfer ke akaun saya. jumlah yang bukan sedikit... banyak sangat pada saya! memang segan sangat2. tapi kata mereka, itu pemberian ikhlas untuk saya bermusafir untuk beribadat kepada Allah. gunalah untuk apa sahaja... nak buat shopping pun tak apa. melimpah ruah rezeki saya. ya Allah... macam mana saya tak sebak?! Ada juga yang mengirim wang untuk mewakafkan Quran dan bersedekah di sana. InsyaAllah sahabat, amanah kalian telah saya usahakan sebaiknya.


antara pemberian sahabat2 tercinta... terima kasih yang tak terhingga...



dalam kata takde idea, baru mukaddimahnya sahaja tapi sudah berjela. belum masuk perjalanannya. oh, inilah blogger. nampak gaya stop sini dulu la ya... lain kali sahaja saya sambungnya. :)






Tuesday, April 23, 2013

Hiarggggggggg dushhhhh!!! nyah kau SETAN!



Assalamualaikum kesayangannnn!!!
**dgn nada sedikit menjerit**


Tadi ada seorang ni PM tanya pasal 'kena tindih'. tanya saya apa pendapat dan apa yang perlu/tindakan perlu kita buat.

adik... akak bukan pengamal perubatan traditional. so, akak tak tahu sikit hal2 begini. sorryyyy... tidak dapat membantu secara khusus. cuma... akak nak share la ilmu seciput (kang ada kata kita ni ustajah jadian pulok).  Islam kan ada amalan / sunnah2  sebelum tidur. jadi tiap kali nak tidur, apa kata kita lakukan amalan2 ini:


1- kebas tempat tidur dgn kain.


” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.


2- sebelum baring tu, tadah tangan, baca: AL- FATIHAH & 3 QUL dan hembuskan di tapak tangan dan sapukan ke seluruh badan dr kepala hingga ke hujung kaki. 


3- baca doa tidur: Bismikalla hummahya waamut (dengan namaMU ya ALLAH aku hidup dan mati), selawat dan mengucap dua kalimah syahadah dan gedebush baringkan badan di tilam gebus.


4- kemudian tidurlah dengan zikir specially bila susah nak lelap. kalau dulu, very da orang putih, baca novel la... buku la... kunun membantu menyuntik unsur2 mengantuk. tak payah... baik kita zikir. baca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. tak sempat 33 kali setiap satu tu, kamu dah start laloq pon. mulala kiraan dari 17 jadi 23. hahhahaa... tak kata orang la. ini saya! hiks~


InsyaAllah, amalan2 ini membantu kita dari gangguan jin, syaitan dan sihir. ramai antara kita lupa / pandang remeh pada amalan2 yang nampak kecil ni tapi hakikatnya besar kesannya. kita azamkan untuk jadikan ini amalan WAJIB setiap hari sebelum tidur.

oh lagi satu, saya nak share la jugak. bila nak masuk rumah, bagi salam dan baca ayat Qursi sebab ada sekor syaitan yg bertenggek atas pintu rumah kita dan tugasnya adalah untuk mengganggu rumah tangga kita. kasik bom itu setan dengan ayat Qursi.

hopefully, perkongsian ini bukan hanya berakhir dgn hanya bacaan semata. atau berakhir dgn komen "TQ for sharing cik kaki..." TAPI sama2 kita amalkan. kalau liat pun sekejap jer... lama2 jadi kebiasaan la. ;)



hiarggggggggg dushhhhh!!! nyah kau setan!





Monday, April 22, 2013

Tudung makcik PARIDAH yg labuh menutup dada



yer2... ini bkn tudung glemer FAR***A harga ratus2. 
ini tudung makcik PARIDAH jer pon. 
walaupon harga puluhan ringgit jerk, 
Alhamdulillah... memenuhi piawaian etika berpakaian patuh syariah. 
labuh di dada mahkota terjaga. suka! :)

 sebab suka, haruslah kongsi dengan kesayangan saya.
of course uols nak tanya kat mana nak ni?



ini tauke nya:
kalau berminat, sila terjah laju2 sebab tengah ada promotion sekarang.

2 wanita badang hati tisu. huk3~~~
(terselit juga abang long kat situ kannnnn)

lepas balik dari PINKY MOMMA Laundry semalam, terus pakai tudung tu.
bayangkan dengan skirt kuning, baju biru, tudung pepel + pink + turqoise.
laki mak kata dah ghupe pelangi bergerak daaaaa~~~
wat eva! :p




Thursday, April 18, 2013

Solat dalam kapal terbang - jangan pandang enteng!

Assalamualaikum kesayangan...

Ramai yang PM mintak saya share pengalaman kembara Umrah kami. insyaAllah saya akan cuba memenuhi permintaan kesayangan saya dalam masa terdekat ini walaupun saya macam tak tahu nak cerita apa. sesungguhnya macam tiada kata indah yang dapat menggambarkan perasaan / pengalaman yang saya lalu di sana. tak terungkap dengan kata bicara... lebih kepada rasa dan bahasa jiwa. ahhh~~~ mula ler ni nak nitis air mata. oh, saya adalah sangat sangatlah neng yatimah bila berbicara tentang hal ini. T___T

ok, abaikan hal ini seketika. ada hal lain yang ingin dikongsi.

pagi tadi, terlihat status Ustaz Ebit Lew di Facebook beliau yang berkongsi tentang rasa kecewanya bila melihat masih ramai lagi orang meninggalkan solat ketika dalam penerbangan balik dari menunaikan umrah. Ratusan orang dalam sebuah penerbangan ramai yang hanya lena tidur. Ramai yang cuma solat hormat waktu. Solat tidak berapa solat gayanya.

lalu teringat pengalaman yg sama semasa saya dalam perjalanan pulang dari umrah. situasi nyer sama jer dgn Ustaz Ebit Lew. ramai memilih utk lena di kerusi dan meninggalkan solat subuh dlm kapal terbang walaupun baru pulang dari menunaikan umrah. ibadat sudah jadi adat? :(

pada saya, tiada sukarnya dan saya difahamkan oleh ustaz dan mutawwif, tiada istilah hormat waktu. kita masih boleh berwudhu' dlm flight. kalau rasa susah, boleh sediakan spray wudhu' tu. dan bagi perempuan, pakailah pakaian yg 'mesra solat', maksudnya biarlah pakaian kita menutup aurat dengan sempurna dan terus boleh dibawa solat. tudung pon takyah nak berbelit belit dan bermekap bagai. macam saya, saya pakai telekung solat tanpa secalit mekap untuk menyenangkan mengambil wudhu' dalam flight.

kalau tiada tempat utk solat, kita boleh solat secara duduk di kerusi kita. yg penting, mengadap kiblat semasa takbiratul ihram. sebelum ke sana, belajarlah cara2 solat dlm kapal terbang yg betul. jadikan ini antara 1 persediaan penting yg wajib 'dibawa' bersama.

 
# saya cadangkan, ustaz/mutawwif/ketua rombongan/travel agent sediakan pamplet (cemana ntah nk eja) tentang cara2 solat dlm kapal terbang. (just my 2 cents)




tudung telekung mesra solat dgn wajab bugil mesra wudhu'. ;)




Wednesday, April 17, 2013

WordlessWednesday : Sentap?!


Kita terasa dan sentap dengan kata-kata atau penulisan orang? 
Itu bermakna Allah sedang menyentuh hati kita untuk ditarbiah kearah kebaikan....
(copy paste status FB org)

peace yooo~



Tuesday, April 16, 2013

Bukan marah cuma nak tanya

Jika berkongsi tentang kisah percutian...
masak apa... makan di mana...
shopping handbag berjenama...
shopping kain baju kasut juga...
karaoke, hangout dan berlibur dgn teman tercinta...
semuanya tidak apa2...
komen berduyun kata: wahhhhhhhhhhh~~~ best nyerrrrrrrrrrrrrrrr!!!

tapi bila berkongsi hal ke majlis ilmu & berkongsi pengalaman kembara penyucian jiwa;
dikata riak dan berbangga.
mentaliti jenis apakah ini??!!!

cer citer... saya tak faham sebenarnya!


Monday, April 15, 2013

Fakta @ Auta: Opocot ayam aku berak emas!

Assalamualaikum kesayangan... 

Ada cerita gua nak cerita... ini bukan auta, ini fakta! 
**kata ganti nama terpaksa guna GUA hari ni sebab GUA bengkek!**

Situasi:
pagi Sabtu yang tak berapa nak hening. lepas Subuh, ke pasar untuk membeli binatang bernama ayam untuk majlis kenduri kecil-kecilan untuk keluarga tercinta. targetnya nak beli 4 ekor ayam sebab keluarga gua keluarga pemakan tegar. pencinta makanan semuanya! :)

sampai ke pasar, terus tuju gerai yang jual ayam (kata nak beli ayam kan). sebagai pengguna yang bijak, haruslah tanya harga terlebih dahulu.


sekali...


opocot ayam aku berak emas! uhhh~~~ tanjat gegel tau! terkujat bila dgr harga ayam RM 8.40 sekilo.

tak puas hati. gi gerai lagi satu (ada 2 kedai jer pun yang jual ayam) dgn harapan abg jual ayam gerai 1 ni simpan niat nak gi Mekah balik hari. tu yang letak harga kaw2... lalu berlalu gua ke gerai ke-2. oh, harga di kedai ke-2 juga sama; RM 8.40 sekilo!

gua rasa macam pening2 ayam (tipu, ni saje nak sedapkan karangan!).
tapi betul, gua jenjalan tawaf pasar untuk bertenang dan cuba absorb harga ayam tu.
dah dapat tempoh bertenang, baru gi gerai no-2 tu.

gua: "terkejut saya dengar harga ayam RM 8.40 sekilo bang."

rupanya bukan saya sorang buat aksi terkujat monkey cenggitu. abang jual ayam tu cakap, ramai
customer terkejut bila last week dtg harga lain, hari ni dtg harga lain. dia ckp tetiap hari naik 20 sen sampai takut dia nak berniaga.

gua tetap beli itu ayam-ayam... tapi hati gua tetap rasa bengkek. kalau gua yang kerja laki bini, anak pun belum ada lagi dah rasa bebannya, macam mana yang berpendapatan rendah atau berpendapatan sederhana beranak ramai?! gua tetiba rasa sedih untuk mereka!

sebab ketakpuasan hati gua, gua nak share apa yang gua rasa dgn kengkawan gua kat Facebook. kot2 gua jer yang terkena kan... sekali bermacam komen lah keluar. antaranya:
  • semua mahal !!
  • Haah la kak, kami ni gaji kecik je, kalo mahal gitu ari2 la mkn telor la... semlm kt p.mlm 7.80 sekilo
  • kt pasar JB ni da biasa harga rm8 sekilo.. skrg rm8.50 sekg..plg murah pn dpt rm7.50 skg. 
  • Kat kota kemuning rm7.70. X jadi beli. Terus pegi kedai az-zain..beli ayam organik. Hehhe.
  • Apa susah? Brim kan ada? ***gaji 5 ribu brim x dapat anak 5 orang...aptb blah..KRIM la pulok!!Eh sentap lak pagi2 neh..
  • Aah mahal btol ayam skrg..jom pakat bela ayam la pulok..ngeww
  • na..skrg ni kalau kite beli ayam..alamatnya kena potong kecil2 gitu..aduhai...
  • itu murah lg kak,..kt tempt sy paling murah pun rm9.80 tau,..huhu sabar jela.mahal pun beli gak,..huhu
  • Aym..ikan..sotong..udang..kepahan..semua mahal!!! Ayuhhh..jom jadi vegetarian...huhu..
    Bahan mentah dah mahal..confirmla... Nasi ayam $ up, nasi campur $ up, gorengan kat gerai2 pun $ up.. Mau cost 1hari utk berdua shj dlm rm50.. Nowadays, nak masak sendiri pun xberbaloi dah..kdg2 mkn kt kedai lebih jimat..cuma, xberkhasiat n xde nilai2 kasih syg dr air tgn isteri n ibu...
rupanya ramai kawan2  senasib... tapi apo nak buek, inilah 'bayaran' yang kita terpaksa bayar untuk hidup di Malaysia sebagai negara maju yang aman damai. erk?! 

tapi nak tergelak pon ada baca komen kawan2. ada yg ajak bela ayam... ada yg ajak jadi vegetarian! hahahaa... ada juga yg share boleh dapat harga semurah RM3.79 di Mydin. tapi dekat rumah saya takde Mydin! takkan nak keluar blanje utk minyak & tol dan spend masa utk ke Mydin semata utk beli ayam kan. tapi jujur kata, saya tak beli ayam & daging di supermarket seperti Mydin, Giant, Tesco dan apa2 jerlah sewaktu dgnnya. tak fresh dan banyak isunya. kalau di pasar2 kecil begini, lebih terjamin halalnya. tapi ini pendapat peribadi saya semata... takde kena mengena dgn manusia lain.



 
inilah hasil dari 'ayam berak emas' gua beli tu. gua hasilkan ayam penyet.


dihidangkan bersama spaghetti yang dimelayukan sebagai menu tambahan.


 tapi segala ketakpuasan hati gua terubat bila keluarga tercinta gua enjoy masakan gua. 

 gua cintakan family gua! :)






Friday, April 12, 2013

Dedikasi khas untuk DIA yang istimewa.





Tiap kali naskah mulia ini ku baca...
pasti wajah lembut itu menerpa di minda...
wajah yang cantik seindah peribadinya...

bila ku kenang tentang dia...
hati aku diragut rasa cemburu.

kerana dia... 
mengenal indahnya Islam...
lebih dari aku yang dilahirkan sebagai Islam.
yang Islam nya aku mungkin kerana berbintikan bapa seorang Melayu...
jauh berbeza dengan dia...
yang memilih Islam walaupun di IC tertera bangsanya adalah CINA...

dialah yang menghadiahkan aku naskah ini...
hampir 10 tahun yang lalu...
kala dia baru bergelar Islam...
sedang aku seorang Islam yang masih dengan lara dunia...

naskah ini ku simpan lama...
tanpa ada jiwa untuk menyelongkar keindahannya...

kini...
naskah ini lah yang menjadi kesayangan jiwa.
naskah ini yang kubaca dan kubongkar rahsianya
setiap hari...
sebagai permulaan hari sebelum kaki ku langkah ketemu dunia yang bermacam ragamnya...

Nurul Syafiqah atau Yap...
apa ada pada nama...
apatah lagi pada bangsa...
kamu tetap calon bidadari syurga...

Nurul Syafiqah atau Yap...
terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dalam perjalanan hidup saya...
mengajarkan saya tentang hidayah itu milik sesiapa yang Allah suka...
tanpa kenal warna kulit dan bangsa...

doaku mengiringi harimu...
semoga kamu dalam lindungan Allah sentiasa.
dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.
InsyaAllah...


# sedikit beremosi. arghhhh~~~ kenapa tetiba banyaknya habuk masuk mata!





Thursday, April 11, 2013

Dinihari itu...




di dinihari pagi... 
kalimahMu ku amati...
ada sahaja pesanMu untuk kami...
yang tinggal; tak dibaca, baca dgn hati yg buta 
atau baca dan dinikmati dengan hati dicelik buka. 

ya ALLAH, aku... kami... hamba hina.
 jangan KAU butakan mata kami...
matikan hati kami...
pekakkan pendengaran kami...


T___T






Wednesday, April 10, 2013

WordlessWednesday ~ Bersama artis Padang Pasir



makhluk Allah paling glemer kot kat sana.
semua orang nak bergambar dgn 'dia'.
so, ni kira 'retis' padang pasir yer... :p




Friday, April 5, 2013

Nah, ada hadiah untuk kesayangan di hari Jumaat

Salam SAYYIDUL AYYAM buat kesayangan hati hamba yg dikasihi...

semoga kesayangan dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH sentiasa...

di sini ada 'hadiah' untuk kesayangan sempena hari Jumaat yang mulia ini.




7 SUNNAH RASULULLAH SAW yang mungkin kita boleh jaga SETIAP HARI.

tang jaga wudhu' berterusan yang hamba bermasalah sket neh ;)




Thursday, April 4, 2013

Ter-Osem!






Tak sampai sebulan lagi, genap 6 tahun usia perkahwinan kami. 
Alhamdulillah, tahun ini 'anniversary' yang ter-osem. 

kalau tahun lepas (anniversary ke-5), kami dikejutkan dgn kehadiran 'baby' yg hadir untuk 3 bulan yg terindah. dalam kesedihan pemergian baby, jatuh flyers umrah ketika menghadiri majlis ilmu di masjid. seolah-olah Allah sedang cuba memujuk hati kami...

masa berlalu... terasa pantasnya...
kemudian, Allah berikan kami rumah... walau bukan semi-D mahupon duplex, ia terlebih cukup untuk kami.
dan dgn sedikit simpanan yg tersisa, Allah izinkan kami menjadi tetamu di Tanah HaramNya. 

ya Allah, setapak kami kembali ke sisiMU, satu demi satu urusan kami KAU permudahkan. 
ya Allah, nikmatmu terlalu banyak untuk dihitung. 





di kesempatan menjejak kaki ke Jabbal Rahmah, ku titip doa buat sahabat2 yang belum ditemukan jodoh agar ditemukan jodoh yg baik2... jodoh yg mampu membantu sesama sendiri untuk lebih dekat dengan Allah... 



dan berdoa agar ditemukan jodoh kami di Syurga kelak sebagaimana ditemukan Adam dan Hawa...




# masih mencari masa untuk travelog Umrah untuk dikongsi bersama... argh, boss jeles tak kasik can! :p



Monday, April 1, 2013

Bukan aku tak rindu... bukan aku tak sayang

Assalamualaikum wahai kesayangan2 hati hamba...

Diam tak diam, hampir 3 minggu Cik Puan Kaki tidak bersiaran secara langsung.
#siapa rindu angkat keyboard tinggi-tinggi! :p

oh, benar...
bukan aku tidak rindu...
jauh sekali tidak sayang...
yer2... aku rindu... aku sayang sama kammoooo2...
banyak-banyak!

tapi menghilangku bukan kerna suka2...
ada misi penting yang harus ku laksana.
pergiku demi sebuah kembara penyucian jiwa...
pergiku mencari sesuatu yg tak pernah ku jumpa...

Alhamdulillah... Allah terima kedatanganku...



harapan tinggi menggunung...
'hilangku' harapnya melahirkan aku yg baru...
yg lebih baik dari semalam.



#otak masih blur2... jiwa ku tertinggal di sana.