Friday, November 30, 2012

KAHWIN/NIKAH - bukan sekadar kerana gatal nak kawen!


Wahai adik2 yg masih berstatus bujangan...
yang sudah bergelar suami, isteri, duda dan janda pun boleh juga...

KAHWIN bukan untuk suka2... 
kahwin bukan untuk elak maksiat semata... 
kahwin bukan sebab excited nak bersanding ker aper... 
juga bukan sebab ko dah bosan hidup bujang yg hari minggu tak tahu nak wak ape... 
juga bukan sebab jeles tgk kawan semua sudah berkahwin dan punya cahaya mata.

KAHWIN itu perkongsian hidup, 
tentang tanggungjawab, kepada Allah juga manusia.
tentang suami mendidik isteri ke jalan Allah... 
tentang isteri kena patuh pada suami dgn menjadi isteri solehah... 
oh, kahwin itu banyak tentang yang kamu kena ambil tahu dan tak boleh terlepas pandang...
biar tiada cinta... asal saling menghormati kerana cinta semata tidak cukup untuk menjadikan rumahtangga itu bahagia.

tapi ingat, tiada cinta sehebat cinta DIA yg Maha Memberi Cinta... dan cintailah seseorang yg mencintai DIA... cinta yang buat kamu makin dekat denganNYA...



  tapi percayalah...



kahwin itu sangat2 membahagiakan bila mana kamu menjaga hubungan dengan Allah...





Wednesday, November 28, 2012

WordlessWednesday: finally!!! ai dah boleh berlagak!!!



 beger bakar ~ biasa2 jer...
jadilah utk lepas kerinduan pada beger mekdogol. ;)


doyan crepe. ni sumpah delicious.
kena pulak free, kwn bagi! up lagi delicious dia!
makan sampai sendawa bau doyan!


berlagak aper nyer tah!
makan beger bakar ngan doyan crepe jer pon!
koh koh kohhhhhh~~~ :p

#rasa tidak lagi ketinggalan zaman :p




Friday, November 23, 2012

Kriteria SELAMAT makhluk bernama STOKIN dalam menutupi aurat wanita

Saya kongsikan satu email dari salah seorang reader Blog Kakikusukaberjalan yang telah menerjah email.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Saya bla2 (nama dirahsiakan), one of your blog reader.

Actually, saya tertarik dengat post Ina yang bertajuk "Tentang Aku, Jeans, Skirt dan Stongan. Pilihan di tangan sendiri..."
Saya ada satu pertanyaan tentang Stokin kaki. Saya nak tahu kriteria stokin yang macam mana dikira menutupi aurat bagi seorang wanita. Maksud saya, ketebalan dan warna  yang macam mana?  
Bagaimana dengan stokin nipis dan jarang seperti gambar di bawah ? Adakah jenis itu juga dikira cukup untuk menutup aurat?

 
 -------------------------------------------------------------------------------------------

Ini JAWAPAN saya yang bukan seorang Ustazah mahupon ahli ilmuan:
 

oke, saya bagi jawapan direct jerla erk...  berdasarkan ilmu saya yg seciput ni, stokin dlm gambar ni tak mematuhi piawaian. ini bkn stokin, ini sarung kaki cover parut kudis. hehee... oke tahu x lawak! :p 
stokin haruslah tebal sikit. saya punyer teori senang jer; bila pakai stokin, tak nampak kuku tu kira selamat la. nak pakai kaler aper, terpulang. nak kalerful gambar hello kitty pon boleh. saya pon alami masalah cam awk ni masa mula2 hijrah dulu. tersalah beli stokin, beli secara pukal lak tu kat mydin. sudahnya, sedikit nipis dan rasa tak konfiden. biasa saya beli stokin di kedai2 muslimah nk pergi haji, tu confirm selamat. dlm rm6-7 sehelai. 


# bak kata Ustaz Azhar Idrus,  TAK WAJIB PAKAI STOKIN tapi WAJIB TUTUP KAKI. so, nak pakai stokin ker... nak pakai kasut but phua chu kang ker... nak labuhkan kain jer ker... terpulang! asal tutup kaki. CLEAR kan?



Jom RALLY 25.Nov.2012 (Ahad). Ada berani?!






25Nov2012 ~  
Ustaz Haslin Bollywood ade... 
Ustaz Zahazan ade... 
Ustaz Roslan ade...
oke, 3 Ustaz ni jer yg saya kenal...
ustaz2 power yang lain tu baru nak berkenalan. hehehee...

ohhhh~ teruja nak rally!

jom pakat RALLY sesama meh kengkawan. 

Hari minggu itu bukan setakat untuk ukur keluasan shopping mall...
itu jugalah masa yg kita ada untuk ke majlis ilmu.
so, pepandailah susun masa dan xtvt kita.
jangan sampai terlalu kejar lara dunia hingga kita lupa cari ilmu sbg bekalan ke akhirat sana.
(yer, bila aku kata KITA, ia adalah pesanan untuk AKU juga)




Thursday, November 22, 2012

Cinta, Mencintai dan Kecintaan



Ya Allah...
berikanlah cintaMu kepada ku 
dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU 
dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu.


Sedekah TERMAHAL & Saluran Bantuan GAZA mana yang betul dan jamin sampai ke GAZA?


Dah solat sunat DHUHA?
sedekah termahal sbg hamba... terus terapkan rasa kehambaan dalam diri.  


ya Allah, tetiba rasa sebak sangat2.. sumpah, hati sayu! 
di kala ada umat Islam yg sedang bertarung nyawa, solat dalam risiko dibolosi peluru, entah makan entah tidak... 
kita yang dalam keadaan terlalu selesa di bilik berhawa dingin... masih terlalu banyak waktu... dan apalah susah sangat kita (bila kata kita, ia termasuk aku) nak memperuntukkan masa yang tak sampai 5 minit untuk solat sunat sebagai tanda syukur. 
bukankah orang2 yang bersyukur itu diterjemahkan dalam sujudnya?

(bila mana aku berpesan-pesan, ia adalah pesanan paling mujarab utk diri sendiri)



 doa minta negara kita tak diuji sehebat begini...
jadi, di kala diberi kebebasan bersolat dalam tenang, hargai dan  solat/sujudlah semampu banyak.
bila kita menunaikan yang sunat, kita pasti takkan tinggal yang wajib!



*********************************************************************

 TERUSKAN INFAQ!

kepada yang bertanyakan saya tentang saluran mana yang betul dan paling boleh dipercayai - 100% sampai ke GAZA? InsyaAllah 3-3 ni oke CUMA semalam saya dah pastikan bagaimana operation AQSA SYARIF. AQSA SYARIF dikelolai oleh PERTUBUHAN IKRAM Malaysia, sebuah NGO yang diiktiraf. saya juga ahli IKRAM daerah Setiawangsa. mengikut penerangan sahabat dari ahli IRAM, InsyaAllah sumbangan 100% dijamin sampai ke GAZA kerana operation cost mereka cari melalui jual barang yang mereka buat seperti baju, pen, coklat dan lain2.


 

 

Wednesday, November 21, 2012

Cermin untuk cermin diri?!


saya ditanya... eh bukan!
diberi ayat penyata. eh bukan jugak!
ntah! 
jenis ayat yang tak dapat dipastikan status dan sifatnya.
bunyinya:
Anda rasanya ada cermin di rumah. Cuba cermin diri anda.


yer, kat rumah saya ada cermin
besar lagi... muat berdiri dari hujung rambut sampai hujung kaki.
untuk 'cermin diri', cermin ini tak berfungsi apa pun... 
hanya menzahirkan fizikal diri... juga penampilan diri.
hati nurani, iman dan taqwa, diri sendiri yang tahu... 
tapi jangan lupa, ALLAH jua yang Maha Tahu.
muhasabah diri adalah yang terbaik.

kerana saya... kamu... dan semua kita yang bernama HAMBA 
yang masih terlalu jauh dengan sempurna

yang baik dari ALLAH... yang lemah dari kelemahan saya sendiri...
MAAF atas segala kekhilafan...





 

GERUN! GENTAR!!! Bila KETETAPAN dijadikan PILIHAN.



gerun dan gentar hatiku membaca kalam ini..
tiba masa kita amalkan hidup dalam Islam secara TOTAL 
bukan ikut yang mana kita SUKA

HIDUP DALAM ISLAM SEPENUHNYA... DALAM SUKA & DUKA!








Tuesday, November 20, 2012

Tudung Labuh Project vs Tabung Bantuan GAZA

Assalamualaikum...




kengkawan semua... ni nak story da story... nak share update terkini hiburan sensasi tentang TUDUNG LABUH PROJECT

Setelah hampir 2 bulan tabung ini dilancarkan, tiba masa saya tutup kutipan sumbangannya. tapi kalau masih ada sumbangan berupa tudung, anda masih boleh boleh email saya dan insyaAllah saya akan membantu memanjangkan amal anda dengan memberi nama&alamat yang memerlukan, dan anda boleh pos terus kepada mereka.

Saya sangat2 terharu dan gembira dengan kutipan sumbangan wang diberikan. memang tak sangka akan cecah kutipan sebanyak itu (tak perlu lah kot saya nyatakan jumlahnya kan... yang pasti, satu jumlah yang agak besar). dan orang2 persendirian dan juga online shop yang bagi tudung pre-love dan baru pon banyak jugak. memang sangat2 di luar jangkaan. ALHAMDULILLAH! terima kasih banyak2 kepada para penyumbang sama ada dari segi wang, tudung, sokongan dan doa.

Dengan wang sumbangan itu, saya dah belikan tudung AKEL Bidang 60 untuk diagihkan secara pos dan yang dalam KL, insyaAllah saya akan cuba sampaikan by-hand.

Oleh kerana jumlah sumbangan agak besar, saya membuat keputusan untuk menyalurkan separuh dari TUDUNG LABUH PROJECT kepada TABUNG BANTUAN GAZA. harap sangat2 kalian yang terlibat bersetuju dan merestui cara saya menguruskan 'amanat saham akhirat' kalian ini. pada mulanya saya plan, nak membantu pelajar2 susah dan anak2 yatim untuk dapatkan baju sekolah baru tapi bila melihat apa yang berlaku di GAZA, saya mereka mereka lebih memerlukan wang ini.



insyaAllah, saham akhirat kalian akan saya salurkan di jalan FISABILILLAH... 
tak kurang sedikit pun...


para sahabat... di kesempatan ini, ingin saya mengajak kesayangan semua menghulurkan bantuan sehabis mampu untuk membantu pengjihad2 di bumi Palestine. setiap sen dan ringgit, doa dan sekecil-kecil bantuan dan sokongan kita takkan Allah pandang sepi... ALLAHUAKBAR!






Ini kisah si burung kecil melihat kekejaman Raja Namrud terhadap Nabi Ibrahim. Bacalah...

Hal boikot memboikot tak habis2 lagi...  kesinambungan dari Entry semalam, bila put status di Facebook, ini komen seorang rakan kepada saya;
"anda sangat bagus. tp nape anda tak boikot fesbuk sama? adakah anda lupa....hmmm...sy rasa anda lupa. tokey fesbuk ni yahudi. kita semua ni...sy, anda, kawan2 anda and kawan2 sy semua....boikot tak ke mana pun jugak. ckp je pandai tp buat tak."

Beginilah ya kesayangan-kesayangan semua...
mungkin kita berbeza pendapat. mungkin awak tak berfikir sebagaimana saya fikir... dan begitulah sebaliknya tapi ingin saya kongsikan sebuah kisah si burung pipit (kalau tak silap, jika silap tolong perbetulkan - kena cakap awal2 ni sebab kadang2 orang cari jer mana salah fakta kita, bukan nak ambil iktibar/moral of story dari kisah yang ingin disampaikan) di zaman Nabi Ibrahim.


Tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Api dikatakan sangat besar menjulang-julang; sehinggakan menghampirinya juga berasa begitu panas. Ramai orang memerhatikan sahaja, takut dan bimbang akan kemurkaan Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. 

Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.
"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.


Lalu burung kecil itu membalas, 
"Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."



aku mahu menjadi sang pipit..
ya, mungkin usaha ku kecil cuma... 
tapi aku tak sanggup, malahan takut dari duduk diam tidak berbuat apa...





 
 

Monday, November 19, 2012

Sentap! Sedih!

Di pagi hening Isin..

on da way pergi kerja...

isteri: "nanti kite nak tengok kat McDogol ramai tak orang beratur dapatkan burger free" yer hari ni McDogol bagi egg Mcmuffin secara percuma.

bila dekat McDogol tepi MRR2 kat exit nak ke Karak dari Gombak, 
suami: "oke, suami ambil lane tepi supaya isteri senang nak skodeng" suami memang supportive! ;)

isteri: "alaa... tak nampak jelas la... tapi nampak cam ramai la... nanti isteri nak tengok kat Taman Melati pulak" usaha bacian tetap ingin diteruskan.

bila sampai kat McDogol Taman Melati, ohhhhh~~ SENTAP!!! yer yer, mak sentap di pagi isnin!
ramai giler beratur sampai ke luar. sentap overdose lagi bila tengok ramai kakak2 bertudung. oh, rasa macam nak nangis! dalam hati: harap2 hujan lebat giler, biar dorang takleh beratur. tak sampai 5 minit, hujan turun dengan lebatnya... hmmmmm~~~ oke, hujan rahmat!

sanggup yer beratur sampai keluar hanya kerana seketul egg Mcmuffin yang tak sedap mana pown tu! Otai beger lagi sedap!

sumpah sedih weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
rasa macam nak wak pamplet, gi kat dorang... pass kasik sorang satu. mungkin deme2 ni takde internet. so mereka tak ambil tahu perkembangan atau mungkin mereka tak 'tercelik' tentang BOIKOT MEMBOIKOT ni. 

semalam saya dah bagi ceramah free kat ahli keluarga tentang hal ini. pesan kat anak2 buah semua supaya say BIG NO to McDogol. tunjuk gambar anak2 kecil yg syahid. tapi saya sendiri sebenarnya tak suka nak tengok gambar2 anak2 kecil yang terbunuh... yang tercedera... sebab sangat2 mengganggu emosi saya! yer, saya perempuan penuh emosi! pastu mulala telan air liur cam telan pasir. oh~ badan jer macam badang tapi hati persis tisu!




renung-renungkanlah...




yer, McD halal je... tapi ini isu kemanusiaan!


kalau pasni ada orang tinggalkan komen like:
"eleh, fesbuk yang ko guna tu pon yahudi punye. pc yg ko guna ni pon yahudi punye. pasal xder pulak ko nak boikot?!"
sorry, malasy nak layan soklan2 (kalo cakap bodo bleh?!) cenggini.
jika ko tak mampu nak boikot krn kecintaan ko pada mekdogol ni memuncak tingginya, go a head! jgn kondem orang lain... 

DO SOMETHING RATHER THAN NOTHING!



Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon padaMu Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada saudara-mara kami di bumi Palestin dan hancurkanlah tentera Israel laknatullah! 
Ameen Ya Allah.






if tak mampu nak boikot sama sbb syg sama itu McD, takpayah nak condemn orang la..

dari: http://akuislam.com/blog/renungan/kenapa-banyak-alasan-mcd/#ixzz2CdTuzJ6a

if tak mampu nak boikot sama sbb syg sama itu McD, takpayah nak condemn orang la..

dari: http://akuislam.com/blog/renungan/kenapa-banyak-alasan-mcd/#ixzz2CdU7RFfD

if tak mampu nak boikot sama sbb syg sama itu McD, takpayah nak condemn orang la..

dari: http://akuislam.com/blog/renungan/kenapa-banyak-alasan-mcd/#ixzz2CdTuzJ6a

Sunday, November 18, 2012

Tak mati kebulur! tak mati kehausan!!! Arghhhh~~~ kau memang kejam!!!

sumber: LINK



Tidak terasa seperti mahu menulis tentang Gaza, walaupon hati dan jiwa ini meronta. Kerana diri ini terasa seperti hipokrit, menulis tentangnya hanya apabila gegak gempita dunia. Walhal mereka menderita, sengsara, setiap masa dan ketika... - Angel Pakai Gucci

yer, inilah yg aku rasa skrg... apa guna kita bergebang kencang, put status bertubi tubi tentang sedihnya rasa hati melihat keganasan&kekejaman ISRAEL LAKNATULLAH sdgkan usaha kita hanya terhenti di sini. masih sedap melantak MCD, masih bangga menghirup STARBUCKS yg merupakan antara penyumbang terbesar kpd ISRAEL. jom kita mulakan SEKECIL-KECIL JIHAD. oke, kalo kita x mampu nak hindarkan semua, jgn langsung x hindar semua! jom duit mkn mekdi n starbucks tu kita salurkan ke tabung bantuan ke GAZA. 

tadi masa kluar dating ngan suami... lalu dpn starbucks then tetiba tanduk setan bergulung... "uuuuuuuuuu~ sedapnya srup2 starbucks azlina..." 
cepat2 istighfar, lalu bisikan nurani berbisik halus: "sanggup ker even seposen dr duit kamu ni menyumbang dlm pembunuhan saudara2 Islam di Gaza?! mereka ber-SYAHID di sana... kamu menyokong si LAKNATULLAH!" 

ALLAHUAKBAR!!! kuatkan imanku ya Allah... tak mati kebulur aku x mkn mekdi! tak mati kehausan aku x minum starbucks. arghhhhh~ nyah kau nafsu mkn yg bernafsu serakah! aku mahu berjihad walau sekecil-kecil jihad!


ada yang tak bersetuju. pastu mulalah mengutarakan komen yg macam2. 

"ek eleh, yg ko pakai bla2 tu, blablablaa tu... ISRAEL punyer jugak"

"BES kalau macam ni takyah la Beli MC,Donald`s ? bukn ke kat Malaysia ni dah banyak MCD? tapi nape kebnyakan org melayu makan ? abes coca cola takyah minum la? Abis Nestle dari air ape pun nestle termasok la Milo abes nape org melayu minum milo ? kalau camtu nape banyak prosuk "Nestle " yg org melayu minum ? so Starbuck ,L`)Real , DANONE takyah gune bodo betul sape yg buat nihh mmg sah bodo "


camnilah... nak boikot, boikot. taknak boikot, sudah!!! Allah tak pernah pejam. Allah maha menilai atas apa sahaja yang kita lakukan. ya Allah tak menilai kejayaan atas usaha yang kau lakukan, tapi Allah akan lihat apa usaha yang kau lakukan. lempang pipi, tanya iman kamu sendiri! 

sekian...


kalau tak mampu boikot semua, kita ramai2 boikot penyumbang terbesar!
katakan tidak kpd McDoggol n Starbak!!!
JOMMM!



Friday, November 16, 2012

Tudung baru di tahun baru :)



Keinginan yang terpendam...
akhirnya ter-realisasi di 1 Muharam 1434 Hijrah.
bila pertama kali disarung... berdiri kaku aku di depan cermin.
oh~ kelihatan sgt ustazah!
jika ini mendidik diri jadi lebih baik. biarlah! :)

tenang. 'sejuk'. oh~ rasa sgt2 harmoni 

suami kata, boleh tempah 5 terus lepas ni... ;)

#terima kasih sahabat atas hadiah tudung 'bulat' ni... BIG HUGS!



salam Maal Hijrah kesayangan sekalian...
semoga tahun baru ini adalah satu permulaan yang baik untuk kita jadi lebih baik...




Monday, November 12, 2012

Tentang Aku, Jeans, Skirt dan Stongan. Pilihan di tangan sendiri...



dah lama sgt kot rasanya tak sarung jeans. tapi memandangkan hari ni tugas sebagai engineer cabuk dipinggir kota yang tak berapa nak berwawasan mana ade site visit, terpaksa ler  sarung 'uniform'. aduh... susahnya nak rukuk... nak sujud... nak duduk tahiyat akhir bila solat. 
OOOOoooh~~~ semakin x selesa ber-jeans! 
jubah/berblouselonggar+skirt the best! lapang dan nyaman! :)


selesa begini! blouse longgar+skirt untuk acara santai. 


 jika tidak, jubah menjadi pilihan yang tak pernah menghampakan! :)

tapi sebenarnya... pilihan di tangan sendiri.
pakailah apepun asal memenuhi konsep menutup aurat dalam Islam. 
tudung dilabuhkan... baju dilonggarkan. oh, jangan lupa stokin kerana kaki juga aurat.
tak susah pun kan?!

how bout stongan (baca stokin tangan)???
tak wajib pakai stongan, cuma pastikan lengan baju tak tersenteng. 
nak ikat lengan baju dgn getah ikat lauk pon boleh ;)
dan ini cara saya bila tak jumpa stongan campak mana:
.
.
.
.
.
v

suami kata: kamu ini ade2 ajer! 



"Let us veil our aurah for a bright akhirah"
FarahLee





Friday, November 9, 2012

Geng bas tapi bukan geng bas sekolah...


Tadi lunch date ngan geng bas 305 (ulu klang - ukay perdana) saya.

dulu dekat 3 thn saya gi balik kerja naik bas, seringgit sehari gi balik kerja. laki kerja jauh (sepang tu kira jauh la kan...). binik plak penakut lipas nyer orang nak amik lesen kereta. sanggup lah naik bas kan... 

dalam duk ulang alik naik bas tu, jumpa la sorang ni yg selalu naik bas sesama dan dari situ kitorang jadi kawan. sblom jadi kawan tu, sempatlah dia kutuk ai yang budget gojes masa tu tapi selamba tidur dalam bas. ah, pedulik ah... dah ngantuk, tido jerlah kan. hehehee...

bila dah jadi kawan, kalo naik bas sesama, satu bas kot boleh dgr suara kitorang bergebang. hahahhaa... miss all the moments.

hari ni jumpa after 3 years kot tak jumpa. jumpa2 jer nangis. hover! hati tisu masing kitorang ni walopon sorang2 badan cam badang. hehehee...

walopon hari ni memasing jmp dgn 'wajah baru', tapi yang pasti acara bergebang tetap cam dulu. gelak sampai nangis. oh, byk cerita tak sempat tercerita. ;)


 gebang nyer gebang, saya selamat melicinkan lasagna n sepotong kek tanpa sedar. argh, yerlah tanpa sedar kannnnnnnn!!! sape suruh sedap sgt lasagna SR ni! kan ai dah lupak dirik kejap! 
#nak teh org kampung pleaseeeeeeeeeeeeeeeee!!!

masa berlalu dengan pantasnya...
tapi teman yang baik, takkan dilupa...


"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari."
[Saidina Ali]



Sembang random di pagi Jumaat.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, masih diberi ruang waktu untuk bernafas menghabiskan sisa2 hayat yang entah sampai bila... mungkin esok lusa ajal menjemput, aku tak bisa melawan 'jemputan'MU... hanya doaku, habiskan sisa hayatku sebagai ummat yang KAU sayang... supaya aku bisa bertemuMU nanti dalam keadaan senyum... *sebak!

yer, mati itu pasti... dunia hanya persinggahan...

bila bangun pagi... celik mata... "oh, aku masih bernafas... syukur ya Allah..."
apa lagi nikmat Allah yang hendak kita sangkalkan?!

tapi bagaimana SYUKUR yang kita terjemahkan?
ambil smart phone, dengan mata celik separuh then check fesbuk?! 
inikah ciri2 orang yang bersyukur?!

sekurang-kurangnya... bila terjaga dari tidur... bacalah doa bangun tidur... tanda kita ingat Allah... berterima kasih dengan Allah...



Then laju2 terjun katil amik wudhu' untuk solat Subuh.
sebaiknya bangun awal sikit,
kalau belum masuk Subuh, mungkin sempat tunaikan solat sunat tahajud. patutnya di 1/3 malam, tapi kalau tak mampu sangat, sebelum waktu subuh pun takperlah (pesan seorang ustaz pada saya). tak mampu setiap hari, sekurang-kurangnya seminggu sekali.tak mampu seminggu sekali, sebulan sekali... tak mampu jugak, tepuk dada tanya iman sendiri. ;)
bila dah masuk waktu subuh, tunaikanlah solat sunat 2 rakaat sebelum subuh diikuti solat subuh. kemudian, bacalah Al-Quran walau satu muka surat.

Pastu usahakanlah untuk solat sunat Dhuha.

Mulakan hari dengan perkara-perkara yang membantu untuk mengekalkan aura positif dalam diri kita. contoh; dalam kereta tu pasang cd zikir atau selawat atau bacaan ayat2 suci Al-Quran. lagi best kot dari dengar panggilan hangit ke... atau ntah hape2 topik pagi yang ntahape2ntah... ngarut jerk. saya sendiri dah lama kot tak dengar radio ntahhape2ntah tu. wak sesak otak jer...


oke, sekian sembang Jumaat yang ntahhape2ntah... semoga ada pengisian untuk perkongsian bersama specially dalam mengingati diri saya sendiri...






Wednesday, November 7, 2012

Di skala serius!

setelah sekian lama tak memasak di skala serius, 
weekend lepas mood memasak di skala serius berjaya diseru...

hasilnya?




 nak kata ikan sweet sour tak jugak...
yang pasti, ada rasa sweet... ada rasa sour. 


 tomyam sutun


kerabu daging


sekian...



Hadiah bulanan dari suami...

111 Wasiat Rasulullah s.a.w untuk Wanita Solehah
hari ni datang kerja ngan mata panda sebab semalam gigih menelaah secara rambang. 
dari hasil telahan secara rambang, sangat sangat sangat membantu! 
senyum tayang gusi kaler pink se-pink hati yang berbunga dapat hadiah dari suami...



suami...
ku tahu cintamu terlalu dalam... 
bukan hanya cintaiku untuk menemani sisa hayatmu di dunia...
tapi mahu aku jadi menjadi ketua bidadari buatmu di syurga...

tinggi harapanmu... tinggi lagi harapanku...

InsyaAllah...
aku wanita di akhir zaman mencuba sehabis baik untuk menjadi  wanita calon bidadari syurga...

suami...
terus temani aku... jangan pernah lelah memimpinku...
hingga kita sampai ke 'destinasi' cinta yang hakiki...

ya Rabb...
kami bercinta demi mencari cintaMU yang Maha Memberi Cinta...
limpahkan rahmatmu dan berkati perjalanan kami...







Tuesday, November 6, 2012

Hellooooooooooooo~~~ ade berani?!




giler cool ah! 
gelak sengsorang saya tengok gambar ni!


take 5!!! jom main skateboard!
hahahahhaaa...

dengan pesanan anak jati klate:
"jange sapa nunggeng nyo sudoh!"




Putus sahabat?! Siapa tak sayang sahabatnya? Oh, bilang sama aku!!!


Pengaruh sahabat dan teman sangat mendalam terhadap manusia. Kata si penyair;

"Elakkan dari bersahabatkan si hina, kelak pasti berjangkit umpama kudis yang menjangkiti orang sihat"


Sahabat handai terbahagi kepada 2 jenis; ada yang menarik kamu ke syurga dan ada yang menarik kamu ke neraka.


Bila kamu fikir kamu telah punya 'teman akrab', cuba fahami Firman Allah s.w.t:

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata:'Aduhai, kiranya dulu saya mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya saya (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan saya dari Al-Quran ketika Al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia." 
(Surah Al Furqan:Ayat 27-29).

Beginilah kita dapati setiap teman akrab di dunia menjadi musuh di akhirat. Mereka menyalahkan serta mengutuk antara satu sama lain. mereka berkata pada temannya; "kamulah yang telah menyesatkan aku"...


Firman Allah s.w.t lagi:

"Teman-teman akrab pada hari itu, sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa"
(Surah Az-Zukhruf: Ayat 67)

Bertolak dari sini, sebahagian  ulama mengingatkan agar menukar kawan. pesan mereka; "Penyesalan itu adalah dengan hati, keazaman untuk meninggalkan perkara maksiat, beristighfar dengan lidah, meninggalkan jasad dan menjauhi diri dari teman yang jahat".
dan ingatan dari Al-Qurasyi; beliau menasihati orang yang bertaubat agar memulakannya dengan menjauhi diri dari teman-teman yang jahat kerana merekalah yang mendorongnya agar membatalkan keinginannya untuk bertaubat serta meraguinya tentang kesahihan azamnya untuk melakukan ketaatan.

 #diinspirasikan dari buku Astaghfirullah... (Prof Dr. Yusof Al-Qaradwi)




Jadinya, jangan kamu dera hatimu hanya kerana ejekan teman-teman (kononnya) bila kamu memilih untuk berhijrah... siapa yang tak sayang sahabat kan? oh, bilang sama aku! jika ada, pastinya dia kekurangan susu ibu hingga kurang rasa kasih dan sayang terhadap sesama manusia (erk?)... tapi jika benar sahabat yang baik, pastinya dia tidak akan menghalangmu untuk jadi lebih baik apatah lagi mengutuk dan mengeji kamu! jika kamu patah semangat untuk berubah/berhijrah hanya kerana sahabat jenis ini; jangan rasa ralat untuk say bye2! bercerai kasih bercerai sayang untuk mencari kasih dan sayang yang tak mungkin kamu akan terluka!!!





Sahabat...
andai bertemu, sapalah aku...
andai tersilap, bimbinglah aku...
andai berduka, khabarkan padaku...
andai berpisah, kenanglah aku dalam doamu...
andai Khaliq menjemput, ziarahilah dan sedekah ayat2 suci untukku...


**tears on my pipi gebu**





Monday, November 5, 2012

Pendaftaran Haji melalui KWSP.


Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang kita tahu (kalau ada yang tak tahu, meh sini saya bagitahu) ; seseorang itu perlu membuka akaun Tabung Haji dan perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM1,300 barulah boleh untuk mendaftar untuk menunaikan Haji. Tapi bagi yang berpendapatan rendah , mungkin 'sakit' sikit nak keluarkan RM1,300 tu. Tapi sekarang kita boleh mendaftar haji menggunakan Akaun 1 KWSP

OH, kedengarannya sangat menarik tertarik memang da bom!
Sebenarnya skim ini dah start Januari 2012... tapi masih ramai kut yang tak tahu...

tapi jangan keliru yer, MENDAFTAR menggunakan AKAUN 1 KWSP, BUKAN PENGELUARAN!


Bagaimana? apa prosedur? kena buat apa???!
# sabar sikit boleh? jangan gelojoh sangat... nak tell u ler ni... :p

1- Pastikan Akaun 1 KWSP anda sekurang-kurangnya ada RM1,300

2- Cetak penyata KWSP

3- Daftar Haji di kaunter pejabat cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat atau Bank Islam. gi kaunter cakap: "encik/cik, saya nak daftar haji menggunakan Akaun 1 KWSP" sambil layang2kan penyata KWSP korang depan dorang then diorang tahulah apa nak buat. hehehee... tapi untuk mendaftar ni, korang kena ada akaun Tabung Haji. kalau takde, bukaklah. cakap kat kaunter tu, saya takde akaun tabung haji. diorang boleh bukakkan akaun untuk korang terus masa tu.

OK, dah setel pown! tak sampai sejam kot... tapi jangan terkejut kalau korang dapat giliran 2054! ;)



#untuk info lanjut, boleh rujuk SINI



Perkongsian:
saya pernah dengar satu ceramah seorang Ustaz dalam Kuliah Maghrib, kalau kita dah mendaftar dan menabung, maksudnya kita memang dah ada plan dan usaha untuk menunaikan Ibadah Haji... jika kita ditakdirkan meninggal sebelum sempat menunaikannya, insyaAllah kita akan dapat ganjaran menunaikan haji. tapi jangan kata nak pergi haji, tapi daftar tak... menabung tak... tu memang takdelah... Wallahuallam...

Berdaftarlah... sekurang-kurangnya, kita dah usahakan untuk menunaikan Haji. Allah tahu apa dalam hati kita dan apa usaha yang kita ambil...

Labaik allahumma labaik
Labaik la syarika la
Innal hamda wa ni’mata
Laka wal mulk la syarîka la

Ya Allah... izinkan aku menjadi tetamuMU...
permudahkan segala urusanku... kerna hati ini terlalu sarat dengan rindu...
ingin sekali aku bersujud di hadapan 'rumahMU'...






Friday, November 2, 2012

Hal / perkara / XTVT wajib buat tiap kali balik Terengganu


Masak untuk keluarga mertua
sebab mereka suka masakan saya specially bapak dalam undang2 saya.
dan saya suka sangat bila mereka makan cam phirana tak jumpa makanan seminggu! ;)
even ada masa saya malas masak, saya akan lapangkan dan rajinkan jugak masak walau sekali setiap kali balik kampung.  kalau saya beli siap, mesti bapak mertua tanya: "kenapa tak masak?"selamba jawab: "malas la abah..." hahhahaaa... menantu hantu yang solehah memang cenggitu :p




Cari nasi dagang
ini memang wajibul ghunnah! kalau tak macam tak lengkap balik ganu tak pekena nasi dagang.



Makan binatang celup tepung
biasa singgah on da way balik KT atau masa nak balik KL kat Pantai Kelulut atau Pantai Kemasik. kadang-kadang bersama-sama kaum kerabat ke Pantai Teluk Ketapang.


balik kali ni ni, kami terjah Pantai Teluk Ketapang. selain dapat makan binatang celup tepung mandi air gula (sebab rasa sangat manisnya tu), ada bonus kali ni... dapat coconut shake super sedap kalah Pantai Klebang :)


bersama anak2 buah... 
boleh pelok cobit2 pipi anak buah yang laki puas2 sebelum capai usia baligh. asal balik jer, tiap kali nak salam mak lang, mesti kena jawab soalan cepu cemas dari maklang: "adik ni dah baligh blom?" hahahhahaa... pastu siap pesan; "adik, kalo adik dah baligh, adik kena bagitahu maklang tau! nanti maklang dah tak boleh cubit2 pipi adik lagi. pastu adik pun dah tak boleh salam maklang tau" hahahahhaaaa... gelak guling2 lagi. naseblah dapat mak buah cam maklang!




Malam2, gi Pantai Batu Burok slurrrppp A&W Float
kat KL takdenya nak hadap tapi kalo balik Terengganu, mesti jadi satu kemestian. seronok sebab lepak ngan ipar duai kot...





PICNIC
 ni memang akan jadi xtvt kekeluargaan yang wajib tiap kali balik kampung. menu wajib tiap kali picnic adalah BBQ kambing. tapi balik kali ni, special sket... ade menu tambahan: CHIM CHUM. ni gara2 dorang gi jenjalan Kelantan, pastu makan chim chum tak puas. beli periuk siap kat pasar wakaf che yeh. saya oghe kelate terus sorok muka bawah tikar sebab nama chim chum pun x pernah dengar...



 tauke chim chum

 tauke kambing bakar

saya?! tauke colek pelam jerla... ;)


 oh, love it!
lepas jadi menantu orang ganu baru belajar makan kambing.


 berpicnic dari petang sampai ke malam! 

lepas makan, ramai2 berbaring berbumbungkan langit disaksikan bulan mengambang, ditiup angin pantai sepoi2 reti bahasa... oh, moment yg sangat berharga!


Tiba masa untuk say bai2 to kesayangan semua... kerja2 di KL dah menyeru-nyeru... dengan berat hati, perjalanan ke KL bermula. tapi jangan biarkan kesedihan membantutkan agenda cuti2. oyeahhhhhh~ balik ganu itukan satu percutian! :)


on da way, saya mesti singgah Pantai Batu Pelanduk. 
memang tak pernah jemu! kadang bawak bekalan, picnic secara romen-tik laki bini. tak pun, singgah semata-mata nak tengok pemandangan yang cantik. dan of course lah layan fotogedix barang sekeping dua! :)

sila percaya, gambar ini segar dari tab sendiri tanpa sebarang editing. apa yang anda lihat di sini, inilah hakikat realiti nya... saya suka sangat2!!! 

 rasa dekat dengan sang PENCIPTA alam semesta...

 
takleh nak feeling lama2... driver kehormat dah panggil! potong stim btol la...



Pantai Kemasik juga antara destinasi wajib singgah!
 one of my feveret place sebab scenery dia memang cantik bagi saya manusia pencinta pantai'laut ni. biasa kami singgah makan binatang celup tepung kat sini. tapi kedai yang kitorang selalu makan tu tutup, kami batalkan niat. sediakan space perut stokin untuk makan sata kat kemaman nanti...




 pemberitahuan sekali lagi, gambar2 ini adalah segar dari dslr kokak paling murah tanpa sebarang editing!



 dan....


destinasi akhir adalah makan SATA di Pantai Geliga, Kemaman.

 sata - pulut jantung ; rasa macam pulut panggang. sedap sangat! - dan otak2 KT ; ikan fresh salut sambal otak2. tak sama dengan otak2 kempas. tak faham?! sakit otak nak terang! :p





lemak menari riang...
hati menyanyi tenang...

counting days untuk balik kampung lagi...
sebab Terengganu indah di mata... sedap di mulut!
huhuuuuuuuuuuuuu~~~