Thursday, May 31, 2012

Tersenyum tenang dalam kesesakan

Pada suatu hari...
hari yang tak sepi mana pun...
kereta merangkak perlahan.
oh, tak suka jammed!

tapi dalam kesesakan itu...
saya sukakan sesuatu!
indahnya ciptaanMU...
terus rasa tenang selubungi jiwa yg sesak...





Matahari sudah mahu terbenam.
Memberi ruang untuk sang bulan serlahkan diri...
Esok matahari muncul lagi... 
itu pun kalau tak dilindungi awan kelam.

SUBHANALLAH, 
Keindahan setiap kejadian bukti kekuasaanMU...





Wednesday, May 30, 2012

Thursday, May 24, 2012

Begini Lebih Baik


Kaki juga aurat, 
aurat yang SERING DIABAIKAN oleh kaum wanita..
maka, BERSTOKINLAH...



Tuan tanah mood utk bergoblog kedaung...
entry Krabi pon ntah bila nak abes. ntah2 tergantung gitu jerla kot.
tapi tak bolehhh... dah ramai pm mintak detail pasal Krabi ni. 
K2, mood blogging stabil nanti, wa sambung blk k...

chop!
wa perhatikan, ramai (merujuk 3 4 org kwn blogger) yang memula mood blogging kedaung...
tup2... lepas 3 bulan announce "saya pregnant!"
mintak2 jangkitla ke pemilik blog KakikuSukaBerjalan ni...
hehehheee... sesaje propa petang2 ni kan.
nak cetus kontroversi ler tu! pastu orang tanya, sentap! tahhape2ntah!
eh eh ehhhhhh... mana tahu kan... tetiba ALLAH nak tunjuk kebesaranNYA.
kita haruslah bersangka baik dengan Allah sentiasa kan...
so, jangan sedih wahai rakan senasib... Allah bersama orang2 yang sabar...
go go chaiyok!!! :)



Wednesday, May 23, 2012

A Moment To Remember





Kamu cantik kerana imanmu...
kamu anggun dengan busana muslimahmu...
langkahmu tenang tapi yakin...
dan ingin ku serap keyakinanmu...
sbg sinar untuk ku cari bahagia dunia akhirat...
OKI, aku tidak sabar mahu ketemu kamu!

Wahai rakan wahai teman...
tidakkah kamu mahu sertai aku...
kita hayati perkongsian hidup mereka...
ke arah menjadi manusia yang bermanfaat...
mungkin mampu bukakan mata hati kita...
menjadi muslimah yg melangkah yakin di landasan hidup bersyariat...





Tuesday, May 22, 2012

Krabi May 12 ~ Hotel Review: Aonang Phu Petra Resort

Sepanjang 4d3n kami di Krabi, kami menginap di AONANG PHU PETRA RESORT.
Nak pape info tentang harga aper, korang boleh text diorang jer kat fesbuk. mesra alam gitu! :)

Seperti sedia maklum, pada awalan entry aku dah cakap yang masa aku beli tiket flight masa promo free seat hampir setahun lalu, kebetulan plak ada promo kaw2 nyer utk accommodation. tak silap lebih 50% la. terus grab masa tu pastu peram sampai setahun. berbaloi - baloiiiiiiiiii~~~~

kenapa Aonang Phu Petra? 
1st skali, masa promo tu hotel ni antara yg murah. heheheee...
pastu aku suka konsep resort yg sebijik sebijik gitu. i mean bukan berbentuk bangunan berlapis-lapis. kunun feel cam duk kampung gitu la. pastu view yg cantik kehijauan. 

Tapi awal2 lagi aku tak ambil breakfast sebab takde sijil HALAL. dan cadangan aku, better korang janganlah amik pakej breakfast. duit tu korang bleh beli breakfast kat gerai2 muslim kat luar yg bersepah nun. lagi sodap n meletops! :p

Juga ingin dinyatakan, Phu Petra ni ke dalam sikit dan agak jauh dari Aonang Beach. Kalo nak jalan, confirm semput separuh jalan. tapi pihak hotel sediakan pengangkutan dari hotel ke depan MC D Aonang setiap sejam dan pick up dari MC D ke hotel pada masa tertentu sahaja. Tapi pada hari kedua, kami sewa skuter comel dan jadi rempitan jadian kat sana. so, takde masalah! :)


check-in.
patutnya kena deposit 3000 bhat (rm300) utk deposit (walaupon kita dah bayar penuh) tapi sebab staff lupa mintak masa aku check-in tu, selamat lah aku. so, bagi yang takde credit card, sila sediakan extra money sebanyak rm300 utk deposit hotel walaupon korang dah wak fully payment.

pastu staff dia bawak ke bilik dan bila bukak pintu, i blushing u! 1st time ade bilik ala2 pengantin baru ala2 hindustan ngan bunga bertaburan di atas katil. 5 tahun mak kawen yer anak2... ni baru dapat katil indah begini. tetiba tacing plak... :p
dan sblom blah, staff tu wish: "Happy honeymoon madam..." ohhhh... tacing lagi! 





k, sini aku share tips cemana nak dapatkan bilik indah begini. yerla, mana dia nak tahu kita ni nak honeymoon ape kan kalo diri sendiri tak cakap. seminggu sblom tarikh keberangkatan kami, aku mesej diorang kat fesbuk mintak jemputkan kat airport. pastu bagilah hint2 kunun x sabar nak nak celebrate hanimun kat sana. dan sgt2 appreciate kalo diorang boleh deco bilik kasik up mood hanimun tu! skill menjadi beb!!! hahahahahahaaaaa... korang cubalah...mana tahu untung sabut timbul kan! :)


 pengantin buruk yg tetap nak feeling2! kasik can la der... :p



 bilik yang besar...


n da best part....



jeng jeng jengggggg...


 k, no caption! :p


mari kita tinjau keadaan sekeliling hotel...


 depan bilik



 bersih!

 tempat makan



 ohhhhhh... saya suka akan kehijauan itu! tenang.


 lobby

 biasan.

 kesimpulan:
i'm enjoy here!!! layanan tip top...


 one of staff yang melayan aku dgn baik sepanjang di sana.
nama dia bahasa siam aku lupa, nama translation: Lucky! :)







Monday, May 21, 2012

Kenapa Saya 'Berhijrah'?

Aku mati...
Kamu mati...
Matahari terbit dari barat...
Saat itu, kita semua akan dihisab... 
Tak terkecuali satu pun walau sebesar zarah!


Qiamat itu rahsia Allah...
Berlakunya pada hari tak siapa yang tahu...

Jika masih ada yang tertanya, apa sebab saya berhijarah secara mendadak... inilah antara sebabnya. Di kala Imam solat jemaah di sepertiga malam (Qiamulai) di sepuluh Ramadhan terakhir membaca surah pilihan, terselit sepotong ayat yang satu-satunya saya faham iaitu: "SAKRATUL MAUT". Kala itu ibarat satu renjatan menyelinap ke setiap urat dan sendi dan rogga anggota tubuhku... dan saya menangis dengan hibanya. Terasa betapa dekatnya MAUT itu ibarat hanya sejengkal di depan mata. Tak lewat mahu cepat walau sesaat bila DIA kata matilah kamu wahai si polan. 

Rasa kerdilnya diri ini. Saya tak punya apa untuk dibawa sebagai bekalan. Kalau aku mati hari ini, pasti aku ke neraka. Terbayang pula azab seksa kubur sementara menunggu berlakunya Qiamat. Ya Allah... sungguh aku takut akan segala azabMU! Sesungguhnya aku tak layak ke syurgaMU, tapi aku sangat takut ke NerakaMU...

Jika benar ini HIDAYAHMU... kekalkan aku di jalan ini...
dan berikan rasa sama buat ahli keluarga dan sahabatku...
Takkan ku berputus arang BERJIHAD dengan nafsu sendiri untuk memperjuangkannya!
ya Allah, terus bantuku agar aku terus jadi pejuang di jalanMU.
Jalan yang masih panjang... 
dan izinkan aku sampai ke destinasi tujuan...
iaitu... JANNAHMU.

Amin...


#Sekadar perkongsian semata...



Hari Selasa bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab.. 
 Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam..  

#Semoga Allah ampunkan dosa kita dan memberi petunjuk apa yang terbaik untuk kita... 
Amin...







Friday, May 18, 2012

Tak berjalan sendirian...


Saya bahagia ditemukan dengan insan-insan hebat...
yang sentiasa ingatkan saya tentang tujuan kita diciptakan oleh Allah di muka bumi ini...
yang sentiasa suluhkan saya jalan mencari sinar yang hakiki...
dan baru saya sedar...
betapa Allah sayangkan saya...
lalu kenalkan dan fahamkan saya tentang erti berkasih sayang kerana Allah...


Salam indah di petang Jumaat, penghulu segala hari...
semoga kita semua dalam redha Allah sentiasa...
Love you Lillahi Taala...




Thursday, May 17, 2012

Krabi May 12, Day 3 ~ Tour to Tiger Cave + Elephant Trekking + Emerald Pool + Hot Stream Waterfall


Hari ke-3, kami amik pakej one day Tour to Tiger Cave + Elephant Trekking + Emerald Pool + Hot Stream Waterfall. Harga pakej = 900 Bhat (RM90) termasuk lunch. beli pakej kat travel agent yg sama dgn island hopping. plan asalnya kami nak amik half day tour jer: elephant trekking ngan emerald pool (700 bhat = RM70). tapi sebabkan gedix tak nak beli awal2, kunun nak survey2 dulu budget nak dapat harga lagi murah... sekali nan hado! harga lain giler mencekik beza giler ngan travel agent kitorang tawarkan tu. sekali bila pergi balik nak dapatkan half day tour tu, dah penuh daaaa... melopong!!! nak tak nak, terpaksala beli full day tour dan ngan paksa rela kena la ikut dorang gi Tiger Cave.

Oh lupa, ni info penting nak cakap. pepagi sebelum diorang pick up kitorang kat hotel, kitorang kluar merempit cari breakfast dan bekalan untuk ke sana sebab melalui satu travel agent Islam, diorang remind kitorang yg kawasan tour tu majoritinya Buddist. so sila ambil langkah berhati-hati even travel agent kata lunch set adalah HALAL. untuk menjamin HALALAN TOYYIBA, betterla korang bawak makanan sendiri. cam kitorang, beli bihun goreng sedap yg unik (ada byk ulaman dlm tu) + ayam goreng sedap sampai 2 ketul sorang dan kuih muih kat kedai muslim kat simpang nak masuk hotel kitorang.  beg sarat makanan! hehehee...

Perjalanan ambil masa almost 1 hour la jugak. punye lena wa tido dlm van tu sebab dialun lagu siam yg best2! 1st point adalah Tiger Cave tapi kami tak turun. takut tgk tokong byk sgt! besar2 plak tu... huhuuuu... dog pon bersepah sepah. so, kami bertapa dlm van tu jerk. tapi giler lama diorang berenti kat sini. lebih sejam setengah! adoyaiiiiiii~ tensen mak! sampai masa, nunggu ahli rombongan yg x reti nak tepati masa plak. stress lagi!
*sorry, sekeping gambar pon wa tak ambil kat Tiger Cave ni.

Pastu xtvt elephant trekking. xtvt yg wa nantikan! teruja uols! ibaratnya, tak naik gajah dtg Thailand ni ibarat kamu gi Terengganu tak makan kopok lekor la... ;). mesti oke! best experience in Krabi! dalam teruja tu, bila tengok gajahnya, terus cuak. besarrrrrrrrrr nyer gajah (ala jakun gitu!). memula nak naik gajah yg 1st tapi bila tengok dia dtg laju menonong jer, terus batal niat kasik org lain naik dulu. kami naik gajah no 2.

 muka cuak!

 konvoi...
masa ni lah gajah depan wa wak aksi busuk!ader ker berak btol2 depan wa! tahik dah lah besar batang pisang! wekkkkkkkk~ tak senonoh!

 kakikusukaberjalan mencapap (baca mencari publisiti murahan).

 dah kena potong jadi no 3 plak. 



driver elephant (tak tahu nak panggil aper) turun dan amikkan gambar kitorang.

 pastu wa hasut achik suh turun kat kepala gajah ala2 cam dia la driver gajah tu... 

 memang sejibik sejebon cam rakyat tempatan laki mak nih! hahahhaaa...

 cinta si pengembala gajah dan nyonya jual sayur.

ololooo... kiut sgt tau driver gajah ni. :p

sedang elok habis posing ni, tetiba hujan turun dengan lebatnya. dekattttttttt sgt dah ngan stop point tapi maklumlah... nama pun naik gajah kan. lembab giler r... dia leh wak bodoh jalan2 lenggang kangkung dalam hujan lebat tu. lencun la kitorang... seb baik mak pakai topi nyonya tu, dapatlah selamatkan kamera kitorang.


Pastu lunch kat restoran sebelah tempat naik gajah ni.

Hidangan yang kelihatan super delicious tapi kami tak jamah pon. Beria tauke kedai (agaknyalah) cakap "halal... halal... muslim cook..." tapi biasalah, wa ni suka wak edisi siasat (tambah2 teringat pesanan kakak yg kat travel agent muslim malam tadi), terus tinjau sekeliling: tokong dan berhala bersepah sepah. pastu staff yg bersidai takde sorang pon pakai tudung. ngan anjingnya... oke, halal diragui! terus bukak bekalan sendiri dan makan ngan lahapnya. seafood tomyam tu wa jeling2 dan telan air liur jer tgk member sebelah makan...


Pemandangan depan restoran tu. cantik!
makan dlm keadaan perut lapar dalam gerimis hujan bersaksikan panaroma yg indah... oh~ sumpah rasa bekalan tak cukup! :p


Next destination adalah Emerald Pool. Jauh tu jalan dari entrance... 800m! aduh, melecet peha nak boleh ke sampai. Pastu tour guide yg tak mesra alam tu bagi masa 45 minit jer kat sini. logik ker?! jalan gi balik jer dah setengah jam! marah tol la hati ni! 
Sampai2, ramainyerlahai makhluk manusia! ngan becak2 lepas hujan nyer. terus rasa nyesal bakar lemak jalan jauh-jauh...









specialnya Emerald Pool ni adalah kaler airnya, hijau kristal gitu... yg lain, xder aper la kot... kalo tak datang pon wa sikit pon x nyesal! heheheeee...


Last destination: Hot Stream Waterfall. malas nak komen banyak tapi wa nak cakap satu jer... indah khabar dari rupa. tempat dia kecik giler... pastu air keruh semacam jer. mungkin sebab hujan kot. yg kelakarnya, ada sorang Uncle Cina dari Ipoh cakap: "Tambun much better. see u at Tambun ok?!" sampai jumpa kat airport masa nak balik pon dia jerit benda sama kat kitorang: "see u at Tambun ya!" sambil gelak2. hahhahaaaa... lawak uncle ni.  sudahnya kitorang panggil dia Uncle Tambun. 


 ini ajerlah hot spring nyer... cinonet jer kan...



Dekat pukul 6 baru sampai hotel. ohhhhhhhh~~~ tour paling bosan wa kira! seb baik gajah selamatkan mood wa. yg lain2: OUT! not my interest! rasa buang duit... buang masa jer! kalau awal2 beli pakej half day tour kan bagus... tapi takperlah, tak pergi tak tahu kan... #sedapkan hati! :p


Patutnya malam tu kitorang nak gi Night Market at Krabi Town. tapi terpaksa cancel sebab balik pon dah lewat. so malam tu kitorang enjoy da food kat stall2 muslim yg bersepah depan McD Aonang... massage legakan urat2 yg tegang... abeskan duit beli souvenir... jadi rempit jadian sekitar Aonang Beach lagi...


 Achik yang kebosanan nunggu binik dia massage lebih dari sejam. so, jalan2 sengsorang bawa jiwa yg bosan. kamu sgt cool la!

 letak la gambar moon ni sebab achik kemain bangga ngan wa bleh snap gambar moon ni. even bergegar seribu pon xperlah, puji jugaklah ckp "cantiknyaaaaaaaaaaaaaaa abg snap gambar moon ni..." :p

tunggangan di sana...