Tuesday, May 8, 2012

Hukum Sambut Mother's Day (Hari Ibu)



Ustaz, apakah hukum menyambut hari ibu?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ): Hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian.. siapa yg nak sambut silakan... siapa yg rasa takut rosak akidahnya, sebab raikan hari besar kristian ini... jgn sambut!

Betul ke hari ibu haram di sambut?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ): begitulah kata setengah ulamak.. Nabi saw ajar kita mengingati ibu sepanjang masa..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ): sebaiknya ikut cara islam yaitu sepanjang hari ingat kepada ibu yg byk jasanya kpd kita, bukan setahun sekali..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ): hari ibu dan hari bapa ialah hari perayaan bukan Islam..kenapa kita mesti nak sambut juga? kenapa orang barat tak sambut awal muharram atau maulidur Rasul?


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ):
Maksud sabda nabi s.a.w:
Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.
Para sahabat nabi bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani?
Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan mereka, siapa lagi?
(Hadis riwayat Abu Said al Khudri )


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Inilah penjajahan yang tidak kita sedar dan akhirnya menjadi budaya untuk kita... kata kita, oh tiada ape... cuma untuk menghargai kasih sayang ibu sahaja... tiada apa salahnya, yang penting niat dan nawaitu kita. tapi kasih sayang ibu tak perlu dipilih harinya untuk dihargai... hari-hari pun hari untuk sayang ibu... titipkan doa buat ibu di setiap kali sujudmu... dan y not, jadikan hari ibu lahirkan kita tu sebagai hari ibu. (just my 2 cents)


Dan...

Saya sedih bila ada yang kata...
Ustaz Azhar ni suka jatuhkan fatwa suka2 hati. ya Allah... beristighfar wahai sahabat...
sejauh mana ilmu mu untuk melawan kata Ulama'? Mereka berkata bukan hanya ikut akal logik semata, tapi berdasarkan hadis dan al-Quran... setinggi manalah sangat ilmu kita untuk melawan kata Ulama'?! Jika tidak ikut jalan yg Ulama' suluhkan untuk kita, kamu nak harapkan siapa??? temanmu yang juga sama ceteknya akal dan ilmunya dengan kamu?


Wallahuallam...
hanya Allah sahaja yang maha tahu...
tapi sebaik baik ummat, keluarkanlah diri dari khilaf...




**UPDATED**


Di atas hanyalah perkongsian yang bukan rekaan saya... Saya ni ilmu sangatlah cetek... sedang belajar tentang banyak hal. Jika anda punya pendapat oleh tokoh agama yang lain, terpulanglah. Lagi bagus kalau dapat dikongsi bersama. Dan ini perkongsian dari kawan saya, Noi:
"Jika dapat dibuang segala maksud dan niat yang tidak baik serta unsur yang bercanggah dengan syariat Islam maka diharuskan dan sewajarnya tidak dinamakan perayaan Hari Ibu tetapi cukup semata-mata disebut Hari Ibu atau sambutan Hari Ibu. - Majalah Anis , Bil 177



Dan ini pula perkongsian daripada Ustazah Bulatan gembira (baca Usrah) saya:

Ulama’ berselisih pendapat dalam perkara ini dan secara umumnya mereka terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:

(1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).

(2. )Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan .

Pandangan kelompok pertama adalah cukup mudah untuk difahami.

Pandangan kelompok kedua boleh diperhatikan pada pendapat-pendapat beberapa ulama’ kontemporari. Sheikh Faisal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (Majlis ini dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) yang juga seorang pemimpin gerakan Islam di Lubnan (seangkatan dengan Sheikh Dr Fathi Yakan) berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu tetapi dengan dua syarat:

(1.) Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu.
(2.) Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.




Jadi ape pun, terpulang pada anda. Cuma saya yang masih bertatih ni suka mendengar nasihat Ustaz supaya keluarkan diri dari khilaf (perbezaan pendapat). Kita buat sehabis mampu kita. Jika kita tak mampu keluar dari khilaf, anggap ajer itu kelemahan kita dan dengan harapan Allah memaafkan segala kekurangan kita... bukan menidakkan dan mempersendakan pendapat2 orang2 yang lebih tahu dari kita jika berlawanan dengan pendapat kita.


Lagi pun pada saya, untuk raikan ibu, saya tak perlu tunggu minggu ke-2 dalam bulan May untuk raikan ibu saya. Boleh bagi mak hadiah bila2 masa jer... boleh blanje mak bila2 masa jer... kan Cik Esah kannnnnnnnnnn~~~ oh, sayang cik esah ketat2!


Segala yang baik dari Allah, kekurangan itu dari kelemahan saya...
Lagi sekali, hanya Allah yang maha mengetahui atas segala hal.





#notakaki cik kaki:
Kadang2 kita banyak berdebat tentang hal2 yang kecil sedangkan banyak hal yang besar kita buat2 tak nampak. Beria berdebat tentang sambutan hari ibu, sedangkan hal solat dan penutupan aurat yang terangan WAJIB ke atas setiap ummat Islam kita pandang remeh!






15 comments:

  1. TQ ina, atas pencerahan ini..

    ReplyDelete
  2. itulah..kalau bukan ulamak yg keluarkan fatwa siapa lagi..nak harap org yg komplen tu kah?

    sekurang-kurangnya ustaz tu dah laksanakan t/jwb dia..sebab kalau dia ada ilmu tapi tak sebarkan lagi besar dosa dia..

    ReplyDelete
  3. Thks for sharing..

    Setiap hari adalah hari ibu..:)

    ReplyDelete
  4. cik kaki ! Thanx u for sharing ye !! ade betoinye kate ustaz azhar tuh...

    ReplyDelete
  5. baru aku tau....tenkiu kawan atas info ni!

    ReplyDelete
  6. thanks for sharing this info.....

    ReplyDelete
  7. Sila baca Majalah Anis Bil 177 untuk kupasan lebih lanjut.
    "Jika dapat dibuang segala maksud dan niat yang tidak baik serta unsur yang bercanggah dengan syariat Islam maka diharuskan dan sewajarnya tidak dinamakan perayaan Hari Ibu tetapi cukup semata-mata disebut Hari Ibu atau sambutan Hari Ibu.

    Just my 2 cents..

    ReplyDelete
  8. Hahahaha...
    Mesti ko cakap budak yg komen kat fb aku semalam kan? Wallahualam...

    ReplyDelete
  9. thank ina...aku pong ssh kdng nk phmkn n xplain kt org psl hari ibu n bapa ni...kdng bile kt ckp or bg nasihat ade yg ckp kt pndai2 la...jeles la...huuu...papepong yg pntg kt dh usaha tuk bg penerangan kt org kn....

    ReplyDelete
  10. kami sekeluarga tak pernah sambut pon hari ibu hehe
    sebab kami bukan jenis yg celebrate2 menda2 ni celebrate pon beday je

    ReplyDelete
  11. sy lg suka pandangan en.hamka kereta mayat...hehe
    http://keretamayat.blogspot.com/2012/05/hari-ibu-haram.html

    ReplyDelete
  12. as salam sis.. sy follow yer.. boleh x sy nak link entry sis ni kat blog sy.. sy pun keliru jugak dgn isu nih..

    ReplyDelete
  13. Terima kasih inan sebab enligten us , the readers about it. Saya pun takkan sambut. Sebab, kebetulan hari ibu tahun ni jatuh betul 2 genap 2 tahun arwah mak saya meninggal.

    ReplyDelete